Oleh Zalikha Ameera

Kuala Lumpur, 11 Mei

Faktor dalaman dan sikap ahli  menjadi faktor utama yang  menyumbang kepada kelemahan orang Melayu di negara ini.
Sama ada sedar atau tidak, sedikit demi sedikit mereka semakin kehilangan hak istimewa dan tidak mustahil apa yang dikecapi hari ini akan hilang suatu hari nanti.
Terdapat segelintir pihak yang cuba mengaitkan perkembangan yang berlaku itu dengan kepimpinan  dalam UMNO wal hal sejak 68 tahun lalu parti berkenaan menjadi wadah perjuangan yang membela dan mempertahan hak orang Melayu.
Menurut pensyarah Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr. Amir Hussin Baharuddin, adalah tidak adil meletakkan kelemahan itu kepada UMNO secara mutlak.
Sebaliknya sikap mereka yang kecewa dalam parti menjadi faktor yang mengugat kredibalitinya.
“Masyarakat Melayu tidak boleh menuding jari kepada UMNO, sedangkan selama ini parti itu yang pertahankan segala hak keistimewaan orang Melayu sehingga orang Melayu sendiri yang mula berpaling tadah kepada pembangkang.
” Sebelum merdeka lagi, orang Melayu suka berpaling tadah. Tidak berpuas hati dengan UMNO, mereka keluar parti dan menubuhkan parti PAS, Parti Melayu Semangat 46 dan sekarang wujud pula PKR. Sedangkan mereka mula merangkap dan mempelajari selok-belok politik melalui UMNO,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.
Menurutnya, kewujudan parti yang mengkhianati perjuangan  UMNO menjadi punca sebenar kedudukan orang Melayu diperlekeh.
“Sebelum tubuhnya PKR, kita dapat lihat tiada pihak yang berani mempersoalkan kedudukan Melayu serta Islam sebagai agama rasmi Malaysia. PKR serta rakan sekutunya yang meminta untuk melupuskan hak keistimewaan Melayu dan membenarkan perkahwinan sejenis di Malaysia, jelas bercanggah dengan agama Islam.
Jelasnya, di sebalik ancaman yang berlaku, parti itu sentiasa melakukan penambahbaikan bagi memastikan ia relevan dengan keadaan semasa.
Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr. Sivamurugan Pandian menyangkal dakwaan sesetengah pihak  UMNO sudah lemah dan tidak mendapat sokongan orang Melayu.
Menurut Prof Madya Dr. Sivamurugan Pandian jika PRU13 dijadikan sebagai penanda aras, UMNO masih mendapat sokongan orang Melayu walaupun ia merosot.
Menurut Prof Madya Dr. Sivamurugan Pandian jika PRU13 dijadikan sebagai penanda aras, UMNO masih mendapat sokongan orang Melayu walaupun ia merosot.
Katanya, jika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dijadikan sebagai penanda aras parti itu, ia masih kekal menjadi pilihan utama pengundi Melayu.
“Mereka memenangi paling banyak kerusi parlimen yang membolehkan Barisan Nasional (BN) kekal menjadi pentadbir negara ini,” tegasnya