Thursday, January 26, 2006

'Wakil Rakyat Perlu Manfaatkan Blog', Utusan Malaysia, 26 Januari 2006

Teknologi kini sudah jauh berubah. Perkembangan ini telah membolehkan kebanyakan rutin manusia dipercepatkan mengatasi masa 30 tahun yang lalu. E-mel menjadi komunikasi utama hari ini dan banyak urusan yang dapat diselesaikan melaluinya. Begitu juga dengan penyebaran maklumat melalui laman web yang ada kalanya boleh dicipta menggunakan ruang percuma. Hari ini, perkembangan dunia teknologi bergerak setapak lagi apabila weblog menjadi popular dan tumpuan ramai. Gabungan perkataan web dan log ini dengan sendirinya memberi tafsiran bahawa ia mendekati fahaman kita ke atas penggunaan buku log, catatan seharian yang boleh ditulis dalam laman web tertentu secara online. Secara ringkasnya, ia dikenali sebagai blog. Penulisan dalam blog membolehkan pemikiran, perkongsian dan maklum-balas dilakukan di alam maya tanpa ada hubungan secara langsung. Lazimnya catatan yang disiarkan dalam blog boleh diterjemahkan sebagai pengalaman atau pandangan yang mahu dikongsi bersama pembaca lain kerana ia tidak ada garis panduan. Pemilik blog bebas menyampaikan apa sahaja maklumat yang ingin disampaikan.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Thursday, January 12, 2006

‘DSN Jana Pembangunan Modal Insan’, Utusan Malaysia, 12 Januari 2006

TAHUN 2006 dianggap penting untuk menentukan hala tuju pembangunan negara kerana sepanjang 2005, banyak usaha telah diambil untuk membuat perincian dalam merangka dan merancang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) termasuk mendapatkan input daripada rakyat sendiri.

RMK-9 akan bermula tahun ini dan berakhir pada tahun 2010, sembilan tahun sebelum Wawasan 2020 menjadi kenyataan.

Sudah pasti dalam merancang strategi RMK-9, pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengambil kira usaha untuk mencapai wawasan tersebut di samping turut memberi perhatian ke atas prestasi Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) [2001-2010].

Sepanjang pelaksanaan RMK-8 (2000-2005), sudah pasti ada kejayaan dan pada waktu yang sama ada kelemahannya yang boleh dijadikan sebagai dorongan untuk dijadikan kekuatan RMK-9 nanti.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Blog Archive