Tuesday, December 06, 2005

'Pertahankan Keamanan Jadi Tugas Belia', Utusan Malaysia, 6 Disember 2005

SEJAK akhir-akhir ini dunia dipenuhi dengan berita peperangan, keganasan, pembunuhan dan pemberontakan.

Walaupun Perang Dingin telah berakhir dengan keruntuhan empayar Soviet Union, kini muncul ancaman baru kepada kehidupan masyarakat global.

Sejak September 2001, beberapa pendekatan digunakan untuk membawa kepada interaksi yang lebih mesra dalam kalangan masyarakat global.

Walaupun sistem keselamatan setiap negara diperketatkan dalam usaha menangani keganasan, pergerakan manusia tidak terhenti.

Urusan perniagaan, pendidikan, hubungan diplomasi dan pelancongan berterusan.

Peristiwa di Perancis, Palestin, India, Iraq, Indonesia, Pakistan, Thailand dan Sri Lanka menunjukkan bahawa walaupun proses hubungan kemanusiaan masih berterusan tetapi golongan pengancam keselamatan masih menjalankan aktiviti mereka.

Saban hari, ada sahaja nyawa terkorban akibat perbuatan tidak berperikemanusiaan pihak tertentu yang menghukum individu yang tidak bersalah semata-mata untuk memenuhi matlamat mereka.

Mereka yang lahir ketika Iraq menyerang Kuwait masih melihat peperangan hari ini.

Ketika ini mereka berumur dalam lingkungan 15 tahun.

Kini, mereka melihat Iraq pula diserang oleh Amerika. Mereka mungkin keliru adakah Presiden Bush yang sama menyerang Iraq?

Klik sini untuk artikel lengkap.

Blog Archive