Sunday, August 26, 2012

With Reshmonu


With Reshmonu, one of the most popular singer/performer/songwriter in Malaysia, during the 1Malaysia Indian Student Movement launching ceremony by Prime Minister, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak at DTC, University Malaya.


Mesyuarat Dialog Nasional Pendidikan Negara, Restoran Halia, Sime Darby Convention Centre, 24 Ogos 2012


With Uthaya THR Raaga 99.3 DJ

With Uthaya, the popular THR Raaga 99.3 radio station DJ at Bangsar Shopping Complex. We were together at 5th College, UM.
gambar ehsan Sivaraj@MIC Youth Secretary.

'Wajah-Wajah Perpaduan Dalam Perayaan Di Malaysia', Utusan Malaysia, 25 Ogos 2012

'CM Aloofness Shows All's Not Well With Penang Pakatan', New Straits Times, 25 August 2012


'Cita-cita Besar DAP Jadi Parti Dominan', Berita Harian, 25 Ogos 2012


'Malaysiakini Tidak Beretika, Jadi Alat Burukkan Kerajaan', Utusan Malaysia, 23 Ogos 2012

Saya berpendapat - semua media mempunyai tanggungjawab untuk memastikan ia berperanan dalam 'agenda setting' negara baik media arus perdana mahupun media sosial. Media tidak boleh mengaibkan sesiapa termasuk pemimpin dan orang kebanyakan walaupun boleh bersifat kritis dalam penyampaian termasuk percanggahan pandangan atau penyiaran berita. Pembaca dan pemerhati juga wajar menghormati ruangan kebebasan yang diberikan agar tidak menyalahgunakan kebebasan untuk matlamat akhir yang boleh memberi kesan secara menyeluruh kepada mereka yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung.

'Perlu Campur tangan PKR', Sinar Harian, 21 Ogos 2012


Thursday, August 16, 2012

'Transformasi Sosial Satukan Rakyat', Berita Harian, 16 Ogos 2012




Transformasi Sosial Satukan Rakyat


Pengorbanan, kompromi pelbagai pihak


Sementara itu, Timbalan Dekan, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Padian, turut mengakui yang perubahan sejak kemerdekaan tidak datang sendiri melainkan ada pengorbanan dan kompromi dari pelbagai pihak, pemimpin, masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum.
“Sepanjang 55 tahun ini, dalam mengharungi pasang surut hubungan kaum, kekuatan sebenar negara berstatus pesat membangun adalah pengiktirafan terhadap kepelbagaian.
“Pengalaman 13 Mei 1969 mengajar kita bagaimana harus mempertahankan ketinggian Perlembagaan dan nilai Rukun Negara sebagai warga yang bertanggungjawab ke atas negara ini dan kemerdekaan itu sebenar wajar dijadikan titik tolak dalam proses muhasabah diri,” katanya.

Didik erti kemerdekaan

Walaupun generasi muda tidak mengalami pengalaman seperti generasi zaman merdeka, mereka perlu dididik secara berterusan erti kemerdekaan.
“Saya tidak menganggap generasi muda tiada sifat patriotisme. Bagi saya mereka ada jati diri cuma tidak ditonjolkan seperti orang lama kerana persekitaran berubah. Justeru, dalam menangani kepelbagaian, kemerdekaan perlu diraikan dalam bentuk kenegaraan oleh generasi yang bangga menjadi rakyat Malaysia,” katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Transformasisosialsatukanrakyat/Article/cetak

Sunday, August 12, 2012

'Biar Masyarakat Menilai Tanda Putera – Dr. Sivamurugan', MySuara Net, 9 Ogos 2012


Biar Masyarakat Menilai Tanda Putera – Dr. Sivamurugan


Aug 09, 2012 by MySuara KUALA LUMPUR – Jangan ditunda sebaliknya biarkan sahaja penayangan filem Tanda Putera pada tarikh yang telah ditetapkan, tegas Timbalan Dekan, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr. Sivamurugan Pandian.
Katanya, sekiranya dalam masa tayangan itu, khalayak mempertikaikan adegan peristiwa 13 Mei yang acap kali diperkatakan sebagai tidak wajar diselitkan dalam filem itu, kemudiannya barulah filem itu sesuai ditarik tayangannya.
“Biar tayangannya diteruskan pada tarikh yang ditetapkan.Masyarakat akan menilai sendiri sama ada wajar atau tidak filem itu ditonton. Kalau dalam masa satu atau dua hari tayangan sudah dipertikaikan, jadi tarik terus tayangannya,” ujarnya ketika dihubungi oleh Mysuara.net bagi mengulas filem arahan Datuk Paduka Shuhaimi Baba itu.
Tambahnya, pelbagai persepsi yang timbul oleh masyarakat dilihatnya lebih menjurus kepada unsur politik.
Beliau memberitahu: “Mereka kata jika filem tersebut ditayang akan ganggu hubungan kaum dan sebagainya. Saya tidak bersetuju kerana bagi saya mana mungkin berlaku masalah kaum selepas tonton filem itu, kerana kita sendiri sudah bersatu”.
“Suara-suara yang bising sekarang hanyalah dibayangi oleh anasir-anasir politik yang ditimbulkan oleh beberapa pihak yang tidak berpuas hati. Itu sebab saya katakan biar filem itu ditayangkan dan kemudian barulah kita membiarkan masyarakat sendiri menontonnya,”ujarnya.
Jelas Dr. Sivamurugan, pengarah filem itu, Shumi tidak mungkin sengaja mengambil risiko membikin karya yang akhirnya memakan dirinya sendiri.
“Shuhaimi tidak mungkin suka-suka ambil risiko mahu mencetuskan kontroversi. Sebelum dia menjalani penggambaran pun pastinya dia dan pasukannya sudah mengadakan perbincangan mengenai filem itu. Apa yang baik dan buruk untuk dipaparkan.
“Bahkan saya juga difahamkan, dia menjalankan penyelidikan lebih setahun untuk mengumpul fakta mengenai dua tokoh negara itu serta kejadian yang berlaku sepanjang pemerintahan mereka. Jadi pastinya dia tahu apa yang dia lakukan,”ujarnya mengakhir perbualan

http://www.mysuara.net/biar-masyarakat-menilai-tanda-putera-dr-sivamurugan/

Juga di http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2012/08/biar-masyarakat-menilai-tanda-putera-dr.html

'Sukar Namun Bukan Mustahil Bagi Parti Serpihan Kembali Ke Pangkuan Umno', Bernama, 12 Ogos 2012


Seorang lagi penganalisis politik Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata bagi memastikan parti serpihan itu kembali, Umno perlu merampas ‘kunci’ kekuatan mereka iaitu anggota mereka yang terdiri daripada golongan pemimpin muda, profesional dan cendekiawan.
“Umno perlu membuka ruang seluas-luasnya kepada golongan ini menyertainya, bukan setakat itu sahaja Umno perlu mengerakkan golongan ini menjadi nadi parti itu dengan memberi peranan penting seperti jawatan dan tanggungjawab membuat keputusan kepada mereka,” katanya.
Timbalan Dekan Pusat Program Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia itu berkata parti serpihan yang dilihat lebih kuat berbanding sebelum pilihan raya umum 2008 menyukarkan usaha penyatuan itu, namun ia boleh berubah sekiranya parti serpihan itu menjadi lemah.
“Sekiranya pakatan pembangkang menjadi lemah dan tidak dapat memenuhi aspirasi rakyat memang ada kemungkinan parti serpihan itu kembali kepada Umno. Jika dilihat sejarah kelemahan ini boleh berlaku jika tiada lagi kesepakatan dalam pakatan pembangkang itu sendiri,” katanya.
Sivamurugan berkata menarik parti serpihan menjadi anggota BN mampu mengukuhkan BN namun kekuatan Umno tetap pada tahap yang sama. “Objektifnya sekarang kita mahu kuatkan Umno, bila Umno kuat BN akan jadi lebih kuat” katanya.

http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsindex.php?id=687517

‘Not Impossible For Splinter Parties To Return To UMNO’s Fold’, Bernama, 12 August 2012


Another political analyst, Assoc Prof Dr Sivamurugan Pandian said to ensure the return of the splinter parties to Umno's fold, Umno would have to win back the hearts of the young people, professionals and intellectuals who would be the "key" to their strength.
"Umno should open as wide an opportunity possible for these groups of people to join the party and to mobilise them to become the party's pulse by giving them important roles, like posts and responsibilities in decision making," he added.
The deputy dean of the Social Science Programme at Universiti Sains Malaysia, said the return of splinter parties to Umno's fold would be harder now as they were now seen stronger than before the 2008 general election.
"If Pakatan Rakyat is weak and cannot meet the people's aspirations, there is a possibility that PKR and PAS will return to Umno," he said.
Sivamurugan said that by getting the splinter parties to join as Barisan members, it would make Barisan stronger.


http://www.bernama.com/bernama/v6/newsindex.php?id=687519

Blog Archive