Friday, November 20, 2009

‘Pelihara Institusi Demokrasi Berparlimen’, Utusan Malaysia, 20 November 2009

SEWAKTU merasmikan pameran "Demokrasi Berparlimen Tonggak Pemerintahan Negara" di bangunan Parlimen pada 2007, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan, "status Parlimen kekal penting kepada tadbir urus negara". Perlembagaan Persekutuan Bahagian 4 Fasal 44 menyatakan, kuasa undang-undang Persekutuan Tanah Melayu terserah kepada Parlimen yang merangkumi Yang di-Pertuan Agong, Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Tahun ini merupakan tahun bersejarah bagi amalan demokrasi berparlimen Malaysia. Ini kerana genap 50 tahun amalan tersebut dipertahan dan diberi pengiktirafan sewajarnya. Ia bersesuaian dengan perkara yang dipersetujui dalam rundingan kemerdekaan di London pada 18 Januari hingga 6 Februari 1956.

Pembinaan negara ini walaupun tidak melalui proses pertumpahan darah, tetapi ia juga tidak datang dengan mudah.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Saturday, September 19, 2009

‘Raikan Hari Raya Bersama Kaum Lain’, Utusan Malaysia, 19 September 2009


Rakan-rakan 1 Malaysia, Siti Rokiah Ibrahim, (kiri) V. Shanti, Janet Tee Siew Mooi dan Sauyah Che Ros bersama-sama membuat ketupat pada majlis perasmian pameran Nostalgia Sajian Raya di Muzium Negara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Setiap kali menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri, nyanyian lagu P. Ramlee Dendang Perantaumahupun M. Nasir Satu Hari Di Hari Raya pasti berkumandang di peti televisyen mahupun radio dalam mana-mana rangkaian media, baik berbahasa Melayu, Inggeris, Cina ataupun India.

Ramai yang bertanggapan bahawa sebaik sahaja lagu tersebut dimainkan, maka bermula juga mood Aidilfitri. Banyak lagu lain turut dimainkan terutama nyanyian Jamal Abdillah ataupun Sudirman Haji Arshad yang masih segar dalam kehidupan masyarakat Malaysia.

Suasana di Malaysia berbeza dengan negara-negara lain yang menyambut perayaan ini. Dalam konteks negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik, kehadiran pelbagai perayaan menggambarkan suasana kepelbagaian dan sejauh mana ia turut diraikan bersama untuk menunjukkan wujudnya nilai 'kemuafakatan'; di samping tanda bermulanya bulan Syawal dan berakhirnya bulan Ramadan serta memenuhi hukum Islam yang ketiga bagi masyarakat beragama Islam.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Tuesday, July 14, 2009

‘6 KRA Najib: Penentu Survival BN’, Utusan Malaysia, 14 Julai 2009

Pada 11 Julai 2009, genap 100 hari Datuk Seri Najib Tun Razak mentadbir negara. Pelbagai penilaian diberikan ke atas kepimpinan beliau; ada yang bersifat positif dan ada yang negatif.

Namun begitu yang menarik adalah kesungguhan beliau untuk mengurus krisis kepercayaan, kesetiaan dan keyakinan dalam kalangan warga Malaysia. Lahir Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang dijadikan sebagai penanda aras atau kayu pengukur ke atas kewibawaan kepimpinan beliau.

Di samping '11 Hadiah Rakyat' yang mencakupi unsur ekonomi dan sosial, beliau muncul dengan enam Bidang Keberhasilan Utama (KRA) yang akan dijadikan sebagai 'petunjuk' sepanjang beliau memimpin supaya dapat mencapai matlamat KPI.

Keenam-enam bidang tersebut adalah mencegah jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan dan meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah serta memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman dan meningkatkan tahap pengangkutan.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Thursday, January 01, 2009

‘Perpaduan Agenda 2009’, Utusan Malaysia, 1 Januari 2009

KITA melangkah ke tahun 2009 dengan dipenuhi keyakinan dalam keadaan tidak menentu selepas menyaksikan satu tahun yang penuh dengan kejutan, sandiwara, ramalan, drama, krisis dan tidak kurang keadaan di luar kawalan dan jangkaan.

Krisis ekonomi global pula diramal akan menjadi lebih buruk dan tempiasnya sudah pun dirasai di negara ini. Ada juga yang membuat spekulasi bahawa tahun 2009 bakal diwarnai dengan konflik antara negara-bangsa dan ketegangan hubungan antara kaum dalam sesebuah negara akibat desakan dalaman dan luaran.

Jika tahun 2008 menyaksikan kesungguhan golongan tertentu untuk berubah; kini ia menimbulkan dilema. Adakah perubahan yang mahu dibawa menjanjikan keamanan dan keharmonian?

Klik sini untuk artikel lengkap.

Blog Archive