Tuesday, May 20, 2014

'Pendekatan Memujuk Kembalikan Ahmad Said', Malaysian Digest, 14 Mei 2014

 

Ahmad Said kembali menyertai UMNO selepas umum keluar semalamAhmad Said kembali menyertai UMNO selepas umum keluar semalamPENDEKATAN 'memujuk' disifatkan langkah yang telah diambil oleh parti Barisan Nasional (BN) dalam mengembalikan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said ke dalam UMNO.
Ini ekoran tindakan Ahmad Said dalam mengumumkan kembali menyertai UMNO yang dimaklumkan beliau kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui panggilan telefon sebentar tadi.
Mengulas mengenai perkara tersebut, Penganalisis Politik, Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandian berkata, tindakan Ahmad Said membuat keputusan untuk keluar daripada UMNO selepas perletakan jawatan sebagai menteri besar Terengganu digambarkan sebagai tindakan menurut emosi.
“Sekembalinya beliau ke dalam parti membuktikan bahawa parti telah diberi keutamaan berbanding dengan hak peribadi dan saya percaya langkah beliau semalam adalah berdasarkan emosi.
“Tindakan beliau boleh dianggap merajuk kerana ada kepentingan yang tidak dapat dipenuhi yang menyebabkan keputusan keluar parti diambil,” katanya.
Tambah Siva, keputusan untuk kembali kepada UMNO juga secara tidak langsung menjadikan kedudukan BN di Terengganu kembali pulih dan BN akan terus menerajui negeri tersebut tanpa  sebarang perubahan yang bakal berlaku.SIVAMURUGAN:Sekembalinya beliau ke dalam parti membuktikan bahawa parti telah diberi keutamaan berbanding dengan hak peribadi dan saya percaya langkah beliau semalam adalah berdasarkan emosi./Pic;AntaraposSIVAMURUGAN:Sekembalinya beliau ke dalam parti membuktikan bahawa parti telah diberi keutamaan berbanding dengan hak peribadi dan saya percaya langkah beliau semalam adalah berdasarkan emosi./Pic;Antarapos
Walaubagaimanapun menurut Siva lagi, krisis politik di Terengganu masih belum dianggap selesai sepenuhnya dan menyifatkan tugas Menteri besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman untuk mengalas dan merangka langkah drastik bagi memikul tanggungjwab segera dalam memulihkan keadaan politik di negeri tersebut.
“Cabaran itu perlu digalas dengan berhemah dan bijak untuk menyatupadukan kembali dalam meraih kepercayaan rakyat Terengganu kepada parti tersebut.
“Dalam tempoh enam bulan akan datang, ia menjadi peralihan penting untuk memperbaiki kerosakan dan memastikan krisis di Terenganu benar-benar pulih,” katanya kepada Malaysian Digest.

No comments:

Blog Archive