Sunday, March 11, 2012

Undi Kaum India Beri Kesan Besar Pada Pilihan Raya Umum Akan Datang, Bernama, 11 Mac 2012


Dr Sivamurugan Pandian, penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia, berkata keputusan beberapa pilihan raya kecil sejak 2008 yang melibatkan kawasan Bukit Selambau, Bukit Gantang, Bagan Pinang dan Hulu Selangor dengan jelas menunjukkan peningkatan sokongan kaum India terhadap BN.
Beliau mengaitkan perkembangan itu dengan kesediaan Najib menangani isu penting yang membabitkan masyarakat India dan pola sokongan ini akan berterusan hingga PRU akan datang, terutama hasil peranan penting yang dimainkan badan bukan kerajaan (NGO) berasaskan kaum India dalam memantau pencapaian negeri yang ditadbir PR.
Ahli akademik itu berkata PR gagal memenuhi harapan NGO berasaskan kaum India, yang begitu berpengaruh dalam mengalih undi kepada Pembangkang pada 2008
Dr Sivamurugan berkata BN perlu memanfaatkan kedudukan kukuh Najib dalam kalangan masyarakat India ketika ini dengan meyakinkan kaum itu bahawa setiap undi mereka untuk BN bererti merupakan undi untuk Najib juga.
Bagaimanapun, kata beliau, untuk mewujudkan tanggapan kukuh tentang perkara itu, BN perlu mencari calon yang mampu meyakinkan pengundi bahawa itulah hakikatnya

Artikel penuh boleh dibaca di sini

No comments:

Blog Archive