Tuesday, March 06, 2012

Populariti Perdana Menteri Kelebihan BN, Utusan Malaysia, 6 Mac 2012

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandian berkata, rakyat hari ini melihat Perdana Menteri sebagai pemimpin yang mendengar masalah mereka.

''Saya melihat perkara itu menerusi pendekatan Perdana Menteri yang menggunakan laman sosial untuk mendengar luahan hati rakyat dan ia secara tidak langsung memberi kelebihan kepada BN,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pandangan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dalam Mingguan Malaysia semalam yang menyatakan UMNO serta BN mempunyai kelebihan berbanding pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

Ditanya sama ada isu video seks Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek bakal mempengaruhi pengundi Cina, Sivamurugan menjelaskan, masyarakat Cina tidak akan menjadikan isu itu sebagai faktor untuk tidak memberikan sokongan.

Sebaliknya, kata beliau, masyarakat Cina lebih memerhatikan kepimpinan Soi Lek yang berkarisma berbanding Setiausaha DAP, Lim Guan Eng.

''Bagaimanapun, BN perlu berusaha untuk menarik sokongan kaum Cina di kawasan bandar dengan memberi tumpuan terhadap isu pendidikan dan hak asasi manusia,'' katanya.




No comments:

Blog Archive