Thursday, March 01, 2012

NGO Buka Kusa Ketiga, Utusan Malaysia, 22 Februari 2012

Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Lepasan Ijazah) Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandian berkata, apa yang diungkapkan Rais memang tepat.

"Sememangnya apa yang dikatakan menteri itu betul kerana ada sesetengah NGO kini berperanan seperti parti politik, menyebelahi parti politik tertentu dan mempunyai kepentingan politik. Mereka bukanlah Kuasa Ketiga yang seharusnya menjadi kuasa pengimbang yang tidak berpihak," katanya.

Menurutnya, NGO seharusnya tahu membezakan antara dirinya dengan pertubuhan politik dan juga perbezaan dasar penubuhan organisasi masing-masing.

Katanya, kalau hal semudah itu pun tidak dapat difahami dengan betul, bagaimana mereka hendak berperanan dengan baik dan akan hanya menimbulkan persoalan di kalangan rakyat mengapa NGO itu berperanan seperti parti politik sedangkan di negara ini sudah banyak parti politik.

Sivamurugan berkata, banyak NGO sekarang ini boleh dilihat jelas mempunyai kecenderungan sama ada kepada kerajaan atau pun pembangkang.

"Kalau nak main peranan sebagai badan politik, sesebuah NGO itu perlu menjadi parti politik atau menyertainya dan tidak menjadikan NGO itu sebagai topeng untuk kepentingan politik kelompok mereka," katanya.

Katanya, NGO yang berperanan sebagai "sekatan dan imbangan" tidak semestinya memilih untuk menentang kerajaan pada setiap masa, ataupun menyebelahi pembangkang dalam apa juga keadaan kerana rakyat kini bijak menilai dan tidak mudah terpengaruh dengan label.


Sila baca disini 


 

No comments:

Blog Archive