Tuesday, March 20, 2012

Masih TARIKH Pilihan Raya

Hari ini, Perdana Menteri menyatakan bahawa beliau tahu ramai menjangkakan PRU akan diadakan pada Jun 2012?

Jika ini keadaannya, maka meramal tarikh PRU sudah tidak menarik lagi dan menjadi lebih tidak indah jika sekiranya Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak memilihnya kerana ramai sudah tahu? Atau sememangnya mahu diadakan pada Jun agar ramai tidak terkejut; atau semata-mata untuk persediaan awal dibuat dan tarikh akan terus diramal selepas raya aidil fitri atau penghujung tahun atau sehingga tahun hadapan??

Kalau selepas/waktu cuti sekolah bermula, jentera parti akan mempunyai anggota tambahan untuk berkempen terutama yang tidak berkecenderungan untuk menyokong establishment!

26 Mei-10 Jun : Cuti Sekolah
1 Jun Hari Gawai (Sarawak)
2 Jun Hari Gawai (Sarawak)
2 Jun Hari Keputeraan YDPA
17 Jun Israk & Mikraj (Kedah, Negeri Sembilan & Perlis)

Penentuan tarikh PRU masih ditangan Perdana Menteri selaku ketua kerajaan yang akan menasihati YDPA selaku ketua negara waktu yang sesuai untuk membubarkan Parlimen. Barangkali, kesemua negeri kecuali Sarawak perlu mengikut langkah ini agar dari segi logistik, gunatenaga dan infrastruktur boleh digunapakai secara berhemah. Kelantan sudah menyatakan persetujuan, tinggal Kedah, Pulau Pinang dan Selangor tetapi pembubaran DUN masih merupakan kuasa ditangan pemimpin negeri untuk menasihati DYMM Sultan atau YAM Gabenor masing-masing.
 

No comments:

Blog Archive