Tuesday, February 28, 2012

Calon Menjadi Kekuatan PRU-13, Utusan Malaysia, 28 Februari 2012

Artikel di kolum Pena Dr.Siva:-

Antaranya:-

"Masalah dominan yang besar dalam mana-mana PRU adalah politik hasutan, dengki dan cemburu sehingga membawa kepada sabotaj dalam parti sendiri seolah-olah PRU adalah pemilihan dalam parti. Unsur hasutan akan digunakan jika pemimpin tertentu tidak terpilih sebagai calon apatah lagi jika pemimpin tersebut melakukan pelbagai aktiviti dan program serta berbelanja besar; ia akan dilihat tidak berbaloi dan tidak diberikan ganjaran setimpalnya. Apakah hanya menjadi 'calon', maka ia membolehkan mereka dilihat diberikan pengiktirafan? Sifat menghasut, dengki dan cemburu tidak dapat dielak kerana ia adalah 'psikik' politik. Ia dilakukan atas kegagalan mengawal perasaan dan emosi kerana kuasa dan kedudukan adakalanya menjadi penentu dalam percaturan politik kepartian dan kebangsaan. Fitnah akan ditabur dan yang palsu menjadi benar; dan yang benar akan mengelirukan umum sehingga mereka merasa muak dengan politik pembunuhan karakter. Hatta, jika PRU akan dilihat 'ibu segala pilihan raya' dan misi 'hidup atau mati', maka fitnah dan hasutan tidak akan berlaku. Namun, sebagai pemimpin yang bernama manusia, sukar mengetepikan emosi kerana adakalanya pengalaman, pengorbanan masa dan tenaga akan mula dinilai sehingga mempengaruhi keputusan mereka dan penyokongnya. Ada juga yang berjumpa bomoh dan tok sami untuk mendapatkan petunjuk bagaimana menggagalkan misi seteru menjadi calon. Ada pula menyembur mantera 'sumpahan pilihan raya' dengan prinsip 'jika dirinya tidak terpilih sebagai calon, siapa juga yang dipilih akan dipastikan kalah'".

Sila layari disini untuk membaca artikel penuh.





.





No comments:

Blog Archive