Tuesday, September 19, 2017

'Pilihan raya tahun depan? Selepas Umno satukan Melayu' The Malay Mail Online, 19 September 22

           
 
 
 
 
Datuk Seri Najib Razak berucap di perhimpunan agung Umno pada 2015. Beliau dijangka mengadakan pilihan raya umum selepas perhimpunan tahun ini. — Foto Bernama© Provided by Trinity Diligent Sdn Bhd Datuk Seri Najib Razak berucap di perhimpunan agung Umno pada 2015. Beliau dijangka mengadakan pilihan raya umum selepas perhimpunan tahun ini. — Foto…SERDANG, 19 Sept — Pilihan raya umum ke-14 (PRU 14) dijangka tidak berlangsung sehingga selesai perhimpunan agung Umno (PAU).
Seorang pensyarah Universiti Sains Malaysia berkata PAU menjadi medan terpenting menyatukan ahli Umno supaya tidak berlaku undi protes nanti.
“PAU harus diguna untuk mendapatkan barisan yang kukuh pada Disember nanti. Sebelum PRU13 hanya tiga parti orang Melayu iaitu PAS, PKR dan Umno.
“Tetapi kini bertambah dua iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (Amanah) yang boleh memecahbelahkan undi Umno,” kata profesor Dr Sivamurugan Pandian.
Dr Sivamurugan berkata sabotaj perlu diminimumkan supaya Umno boleh berdepan dengan masalah lain. — Foto oleh Zulyana Rahman© Provided by Trinity Diligent Sdn Bhd Dr Sivamurugan berkata sabotaj perlu diminimumkan supaya Umno boleh berdepan dengan masalah lain. — Foto oleh Zulyana Rahman PRU14 perlu diadakan selewat-lewatnya Ogos tahun depan, namun pemerhati berpandangan ia mungkin diadakan akhir tahun ini atau awal tahun depan.
PAS, tidak bersama Pakatan Harapan (PH), menyebabkan undi Melayu khususnya pembangkang berpecah dalam persaingan tiga penjuru dengan Barisan Nasional.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini menyatakan kesediaan untuk mengadakan PRU pada bila-bila masa melihat perselisihan dalam PH.
Sivamurugan berkata selain PAU yang menjadi medan menyatukan ahli Umno, rakyat terbanyak juga ingin merasai insentif dalam Bajet 2018.
Katanya, apa yang lebih penting adalah PAU itu sendiri yang akan memberi peringatan kepada ahlinya untuk tidak mensabotaj parti dalam PRU 14.
“PAU itu penting untuk mengelak perpecahan undi Melayu. Ahli Umno perlu disatukan bagi mengelak undi protes dan apakah agenda untuk orang Melayu sendiri.
“Sabotaj perlu diminimumkan supaya Umno boleh berdepan dengan masalah lain.
“Kalau masalah dalaman sukar untuk diatasi bagaimana untuk bersama mengatasi pembangkang,” katanya lagi. Dr Arnold Puyok berkata rakyat tidak melihat isu kabotaj tetapi kesan langsung daripada GST. — Foto oleh Zulyana Rahman© Provided by Trinity Diligent Sdn Bhd Dr Arnold Puyok berkata rakyat tidak melihat isu kabotaj tetapi kesan langsung daripada GST. — Foto oleh Zulyana Rahman
Pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pula berpandangan kerajaan perlu menangani isu kenaikan kos sara hidup di Malaysia Timur menjelang PRU 14.
Dr Arnold Puyok berkata isu itu penting kerana pengecualian dasar kabotaj di dua negeri itu tidak memberi kesan kepada penurunan harga barang.
“Ada pihak mendakwa kenaikan harga bukan disebabkan kabotaj tetapi disumbang beberapa faktor lain. Perdebatan ini masih berterusan. 
“Keluhan yang kita dengar harga barang dan harga minyak semakin naik. Ini menimbulkan keresahan rakyat.
“Rakyat tidak melihat isu kabotaj tetapi kesan langsung daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST),” katanya.

No comments:

Blog Archive