Tuesday, November 01, 2005

'Kaji sistem `anugerahi' veteran jawatan tertinggi', Utusan Malaysia, 29 September 2005

Sementara itu, mengulas perkara sama, Dr. Sivamurugan Pandian pula berkata, proses kenaikan pangkat itu sendiri memerlukan masa yang lama - bergerak perlahan dan secara berperingkat-peringkat.

Dalam keadaan sedemikian pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) itu menyatakan, tidak ada apa yang boleh diharapkan selain memperkemaskan sistem yang ada agar ia seimbang dan memajukan semua pihak.

``Memandangkan proses itu lama, sudah tentu barisan orang veteran sahaja yang sampai ke peringkat tinggi misalnya berpangkat Ketua Pengarah.

``Hal ini tidak boleh diubah kerana sistem pentadbiran awam sekarang diwarisi daripada yang sebelum ini.''

Soalnya yang perlu difikirkan sekarang ialah negara kita membiarkan orang bersara muda tetapi kemudian bergantung kepada tenaga buruh import.

``Saya berpendapat kalau seseorang itu masih lagi berupaya dan masih produktif, terpulang kepada majikan untuk menawarkan kontrak kepada pekerja berkenaan supaya dia boleh terus bekerja. Apa-apa pekerjaan selepas umur bersara itu bergantung kepada kemampuan individu dan majikan sendiri,'' kata Dr. Sivamurugan.

Klik sini untuk artikel lengkap.

No comments:

Blog Archive