Sunday, October 29, 2017

'MASYARAKAT PERLU TERUS PERJUANG NILAI KENEGARAAN DAN PARIOTISME UNTUK SEBUAH NEGARA MERDEKA', Web USM, 26 Oktober 2017

26Oct

 

WhatsApp Image 2017 10 26 at 12.10.30 AM
KUALA LUMPUR, 26 Oktober 2017 - Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Sivamurugan Pandian hari ini menerima pengiktirafan dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) setelah dilantik sebagai Ikon Patriotik sempena Hari Kebangsaan Malaysia kali ke-60 dan Hari Malaysia 2017 baru-baru ini.
Majlis penyampaian penghargaan disempurnakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak, dan Sivamurugan dirai justeru menerima sijil, plak dan wang tunai ketika di Program Pengukuhan Jaringan Strategik Merdeka 2017 yang berlangsung kelmarin.
Sivamurugan menzahirkan perasaan terharu, dan bagi beliau pengiktirafan ini amat besar di peringkat kebangsaan dan beliau berterima kasih kepada Jabatan Penerangan Malaysia, KKMM.
“Pencapaian ini bukan sahaja untuk diri saya tetapi juga untuk Universiti, ibu bapa yang membesarkan saya, dan rakan-rakan pelbagai etnik yang hidup dalam satu keluarga besar atas nama Malaysia.
“Saya akan terus memperjuangkan nilai kenegaraan, patriotisme dan kemerdekaan di mana-mana platform baik penulisan, penyelidikan, jemputan sebagai penceramah/panel dan sebagai sukarelawan untuk mempertahankan nilai-nilai yang telah kita bina sepanjang 60 tahun merdeka,” jelas beliau.
Anak bongsu daripada 6 beradik ini dibesarkan di Tanjong Malim, Perak dalam suasana harmoni serta dididik oleh keluarganya mengenai nilai kenegaraan yang juga telah membuatkannya memiliki ciri dan semangat tinggi patriotisme sejak dari kecil lagi.
Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

No comments:

Blog Archive