Persetujuan yang dicapai oleh Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel dan timbalannya, Datuk Seri Dr S Subramaniam supaya tidak berlaku perebutan jawatan Presiden dalam pemilihan kali ini membuktikan mereka mengutamakan perpaduan parti lebih daripada kepentingan peribadi.
Kompromi itu memberi satu lagi peluang kepada Palanivel untuk terus memimpin MIC bagi tempoh satu penggal lagi, iaitu selama tiga tahun sebelum diambil alih oleh timbalannya pada 2016.
Persetujuan itu juga dapat mengelakkan perpecahan di dalam parti
berkenaan sekiranya berlaku perebutan jawatan khususnya antara penyokong calon
yang bertanding.
Berikutan kemerosotan pencapaian Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya
Umum Ke-13 (PRU-13), MIC sudah tentu tidak mampu berpecah, apatah lagi kerana
perebutan jawatan. Malah parti BN yang lain juga menghadapi risiko perpecahan
yang menyusuli perebutan jawatan.
Tumpuan utama parti berkenaan adalah untuk mengembalikan sokongan
pengundi dan perkara inilah yang mungkin dilakukan oleh Palanivel dalam penggal
terakhir beliau memimpin MIC.
Baki masa yang masih ada padanya memberi peluang kepada Presiden MIC itu membereskan apa juga kerja yang masih tertunggak dalam usahanya untuk memulihkan parti berkenaan.
Baki masa yang masih ada padanya memberi peluang kepada Presiden MIC itu membereskan apa juga kerja yang masih tertunggak dalam usahanya untuk memulihkan parti berkenaan.
Sebagai pemimpin, beliau sudah tentu tidak mahu melepaskan jawatannya
dalam keadaan parti lemah longlai. Mungkin ada sesuatu di dalam pemikiran dan
perancangan Palanivel untuk melonjakkan semula parti yang mewakili kaum India
itu.
Tugas beliau juga amat berat kerana selain keputusan PRU-13 yang
merosot, beliau juga menghadapi saingan daripada beberapa parti lain, di dalam
dan di luar BN, yang turut memperjuangkan nasib kaum India di negara ini.
Keputusan pilihan raya itu juga mendedahkan Palanivel kepada pandangan
dan kritikan tajam daripada kawan dan lawannya sendiri termasuk mentornya,
Datuk Seri S Samy Vellu, yang ternyata masih mempunyai aura pengaruh yang kuat.
Umumnya ahli MIC juga seharusnya memberi peluang terakhir ini kepada
Palanivel untuk membuktikan dirinya. Mungkin tidak ramai orang sanggup menimba
tanggungjawab sebegitu besar seperti Palanivel, untuk memimpin sebuah parti
politik yang hampir hilang pengaruhnya dan semakin ditelan zaman.
Kesanggupan beliau menunjukkan bahawa beliau sebenarnya masih mempunyai
stamina yang kuat untuk meneruskan perjuangan, khususnya untuk kaum India.
Lagipun tempoh tiga tahun yang bukan lama sangat itu boleh digunakan
dengan sebaik mungkin oleh Dr Subramaniam untuk mempersiapkan dirinya bagi
mengambil alih dan meneruskan agenda yang ditinggalkan Palanivel.
Penganalisis politik, Dr Sivamurugan Pandian berpendapat langkah yang
diambil oleh pucuk pimpinan MIC itu dapat memperkukuhkan lagi kedudukan parti
berkenaan sebagai persediaan menghadapi PRU-14 yang akan diadakan paling lewat
pada 2018.
Namun
adalah penting penyokong kedua-dua pemimpin berkenaan memahami tujuan kompromi
itu agar mereka tidak memberi tindakan balas yang boleh menjejaskannya. Sudah
tentu penyokong mereka harus diberikan kefahaman jelas mengenai perkembangan
terbaru itu.
Dr Pandian berkata, penyokong kedua-dua pemimpin itu hendaklah menerima
pelan peralihan berkenaan dengan positif supaya ia dapat memperkukuhkan lagi
parti berikutan cabaran hebat daripada pembangkang.
“Pemilihan parti tidak harus dianggap lebih besar daripada pilihan raya
dan usaha untuk mencapai persetujuan itu adalah langkah bagi memastikan
kestabilan parti tidak tergugat,” katanya.
Kompromi itu dicapai oleh kedua-dua pemimpin atasan MIC berkenaan
selepas perbincangan yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak.
Palanivel mengambil alih jawatan Presiden MIC selepas Samy Vellu
melepaskan jawatan yang dipegangnya selama 31 tahun pada 2010.
Dalam sistem pemilihan MIC, Presiden dipilih secara berasingan daripada
jawatan lain. Pencalonan bagi Presiden akan dibuka pada 1 September depan
sementara pengundian oleh kira-kira 4,000 pengerusi cawangan akan berlangsung
pada 22 September.
Jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan 23 Ahli Jawatankuasa Kerja
Pusat (CWC) pula akan diadakan pada November depan dan pemilihan dilakukan oleh
kira-kira 1,500 perwakilan.
kepada Palanivel untuk terus memimpin MIC bagi tempoh satu penggal lagi, iaitu selama tiga tahun sebelum diambil alih oleh timbalannya pada 2016.
kepada Palanivel untuk terus memimpin MIC bagi tempoh satu penggal lagi, iaitu selama tiga tahun sebelum diambil alih oleh timbalannya pada 2016.
- Berita
Harian, 27 Ogos 2013
No comments:
Post a Comment