Wednesday, September 05, 2012

'Pilihan Raya Pada Mac Lebih Sesuai', Kosmo, 5 September 2012





KUALA LUMPUR - Ketika banyak pihak meramalkan Pilihan Raya Umum Ke-13 dijangka berlaku pada bulan November ini, namun ada yang menjangkakan ia akan diadakan pada Mac tahun depan.

Sementara pada itu, Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Prof. Madya Dr. P. Sivamurugan turut meramalkan perkara yang sama dan yakin bulan Mac waktu yang paling sesuai untuk diadakan pilihan raya.
"Bagi saya, Perdana Menteri seolah-olah memberi petunjuk akan berlaku pilihan raya pada November mungkin kerana ia final lap (pusingan terakhir) untuk menguji kekuatan parti termasuk melihat persediaan berbanding tahun 2008," katanya.
Beliau turut menyifatkan, pilihan raya kali ini merupakan yang paling getir dalam sejarah politik tanah air kerana kekuatan yang ada pada parti pembangkang tidak boleh dipandang remeh.
"Sebab itu desas-desus tentang perkara ini sudah bermula sejak Jun, kemudian Julai dan terkini pada November.
"Ramalan-ramalan ini menyebabkan jentera parti dalam keadaan sentiasa siap sedia untuk menghadapi pilihan raya yang akan diumumkan pada bila-bila masa," jelas beliau.



No comments:

Blog Archive