Monday, June 18, 2012

'Mac 2013 Adalah Waktu Sesuai PRU13?', Sinar Harian, 18 Jun 2012

Prof Madya Sivamurugan Pandian berkata, tarikh PRU13 banyak bergantung kepada pengamatan Perdana Menteri ke atas persediaan termasuk mengurus persepsi kepada isu, calon dan jentera parti. “(Oleh itu) tidak memeranjatkan jika Perdana Menteri akan menggunakan tempoh sepenuhnya untuk memenuhi kesemua ciri tersebut kerana PRU akan datang adalah ibu segala PRU dan kemenangan bergantung kepada kesepaduan dalam parti dan itu yang akan diteliti oleh Perdana Menteri,” katanya lagi. Tambah beliau, jika ada pihak yang menekan Perdana Menteri untuk mengadakannya sekarang, maka pihak tersebut boleh meminta pembangkang membuatnya di negeri-negeri pentadbiran mereka.

No comments:

Blog Archive