Tuesday, April 03, 2012

Kepelbagaian Wasattiyah Kesederhanaan Jadi Kunci Lahirkan Bangsa Malaysia, Utusan Malaysia, 27 Mac 2012

Selepas mula memimpin negara, Najib bangkit untuk melonggarkan sentimen keetnikan dan ras supaya masyarakat sedar kestabilan adalah segalanya di negara yang kompleks ini. Walaupun berbeza agama, kepercayaan dan keturunan yang disuburkan dengan pelbagai upacara dan ritual serta praktis, nilai kenegaraan tidak boleh dikompromi.
Fahaman politik dan gender tidak terkecuali. Ini jaminan dibawah kepimpinan beliau yang menekankan pendekatan wasatiyah@kesederhaaan agar kepelbagaian masyarakat negara ini tidak terhakis hubungan sosialnya tetapi kepelbagaian menjadi aset dominan untuk kepentingan bersama.
Golongan sederhana mesti secara terbuka menyuarakan keazaman mereka ke atas nilai ini melangkaui kelompok ekstrem yang selalu menonjol agar tidak menampakkan seolah-olah pupusnya nilai perkongsian bersama yang dinikmati selama ini.
Tidak boleh dinafikan bahawa setiap individu yang lahir dalam mana-mana keluarga dengan sosialisasi yang berbeza mempunyai sifat prejudis dan etnosentriknya. Tetapi sejauh manakah masing-masing tahu menyesuaikan diri dengan keadaan dalam mengemukakan nilai tersebut juga berkait dengan kematangan masing-masing berdasarkan prinsip 'menarik rambut dari tepung; rambut tidak putus, tepung tidak berselerak' agar kejayaan memelihara keamanan tidak terjejas disebabkan oleh persepsi ke atas politik dan perilaku sesetengah politikus yang ghairah menilik kuasa sehingga lalai dalam pemahaman ke atas 'yang mana liberal dan yang mana ekstrem' tanpa mahu menghalusi prinsip wasatiyah kepimpinan hari ini.

Artikel lengkap di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0327&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm&arc=hive

No comments:

Blog Archive