Wednesday, April 16, 2008

Seimbas Lalu...


i. Dalam kertas kerja bertajuk ‘Abdullah Ahmad Badawi: Praktis Gaya Kepimpinan Seorang Perdana Menteri’ yang dibentang di Seminar Abdullah Ahmad Badawi - Tiga Tahun Di Putrajaya, Prince Hotel, Kuala Lumpur, 4 Januari 2007; saya ada menyatakan bahawa walaupun dasar DS Abdullah baik tetapi pengimplementasiannya lemah. Tidak ada kordinasi antara pembuat dasar, pelaksana dasar dan kumpulan sasar. Ini kemudiannya disiarkan oleh hampir kesemua akhbar pada hari keesokannya. Ia turut mendapat reaksi PM sehingga membawa kepada penubuhan Pemudah.


ii. Dalam artikel bertajuk ‘Ilham Pilihan Raya?’, Utusan Malaysia, 22 Februari 2007; saya ada menyatakan bahawa pertumbuhan ekonomi semata-mata tidak boleh dijadikan sebagai indikator untuk mengadakan pilihan raya. Banyak faktor yang telah dibincang dalam artikel tersebut.

iii. Dalam artikel bertajuk, ‘Politik Moral Atasi Soal Perkauman’, Utusan Malaysia, 23 April 2007; saya mencadangkan agar kita beralih kepada politik bermoral dengan penyampaian secara berhemah dan tidak bergantung kepada faktor 'kaum' lagi.


iv. Dalam temubual bersama Bernama, ‘Pensyarah USM Saran Pilihan Raya Umum Tidak Diadakan Dalam Masa Terdekat’, 9 Mei 2007; saya mencadangkan agar pilihan raya tidak diadakan dalam jangkamasa tempoh tersebut kerana kurang yakin dengan kemampuan kerajaan untuk meraih sokongan PRU 2004.

v. Dalam artikel ‘Menukar Strategi Jadi Pelaksanaan’, Utusan Malaysia, 31 Oktober 2007 sempena 4 tahun pentadbiran DS AAB; saya mensyorkan agar strategi ditukar kepada pelaksanaan kerana rakyat dahagakan keputusan 'instant'. Dasar masih terus kekal dasar yang lemah walaupun saya melihat ada perkembangan tertentu sepanjang 4 tahun kepimpinan DS AAB.


vi. Dalam orang ramai berbincang sama ada calon atau parti penting; saya melihat isu juga penting sebagaimana yang dikupas dalam artikel ‘Calon, Isu dan Parti’, Utusan Malaysia, 16 Januari 2008.


vii. 3 hari sebelum PRU Ke-12, saya melihat akan ada 'gelombang besar' berdasarkan penyelidikan dan pengamatan saya sepanjang tempohmasa setahun sebelum pilihan raya yang menjadi begitu ketara sewaktu kempen pilihan raya lalu. Dalam temubual bersama Bernama 'Early Deciders Make Up About 70 Percent In Any Constituency', 05 Mac 2008, saya menyatakan bahawa hampir 70% pengundi sudah membuat keputusan dan menjangkakan 'pengundi atas pagar' akan melakukan undi protes ke atas BN.

.....


No comments:

Blog Archive