Tuesday, May 15, 2007

Pensyarah USM Saran Pilihan Raya Umum Tidak Diadakan Dalam Masa Terdekat

090507 - Bernama

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Seorang pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) berpendapat lebih baik pilihan raya umum tidak diadakan dalam masa terdekat.Dr P. Sivamurugan dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan USM berkata Barisan Nasional (BN) perlu menangani beberapa isu terlebih dahulu jika ia mahu memperolehi keputusan selesa pada pilihan raya umum akan datang."BN mungkin akan adakan pilihan raya umum pada akhir tahun ini atau Mac tahun depan. Walaupun ada pertumbuhan ekonomi (yang memberangsangkan), tetapi indeks-indeks itu bukan semata-mata faktor untuk mengadakan pilihan raya."Banyak faktor lain harus diambil kira," katanya ketika ditemui selepas memberi taklimat mengenai isu-isu semasa di Angkasapuri, di sini hari ini.Sivamurugan berkata faktor seperti masalah rakyat di Sabah dan Sarawak juga perlu diambil kira."BN banyak bergantung kepada kemenangannya di Sabah dan Sarawak untuk mengekalkan majoriti dua per tiga," katanya.Beliau meramalkan pilihan raya umum mungkin diadakan akhir tahun ini."Ogos ialah bulan sambutan kemerdekaan negara ke-50, September pula bulan berpuasa orang Islam, Oktober adalah bulan Hari Raya Aidil Fitri sementara November akan diadakan perhimpunan agung Umno," katanya.Sivamurugan berkata perhimpunan agung Umno kali ini merupakan platform bagi Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menyampaikan amanat sebelum pilihan raya.-- BERNAMA

No comments:

Blog Archive