Monday, April 23, 2007

Politik Bermoral Atasi Soal Perkauman

Utusan Malaysia 230407

Politik bermoral dirujuk kepada usaha melahirkan pemimpin dan pengikut yang mempunyai hubungan resiprokal yang harmoni, bertunjangkan nilai-nilai mulia, murni dan beretika dalam penglibatan politik seseorang individu. Yang diutamakan adalah tanggungjawab, amanah dan kejujuran ke atas rakyat dan negara.
Wakil rakyat tahu peranan dan fungsinya dalam masyarakat iaitu bukan sekadar memenuhi tuntutan dan keperluan kawasannya tetapi wakil rakyat juga merupakan mekanisme yang akan dan sepatutnya digunakan oleh orang ramai untuk memperlihatkan tanggungjawab pada Perlembagaan, Rukun Negara dan dasar yang diamalkan.
Martabat DUN dan Parlimen bergantung bukan kepada kelantangan menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kaum lain tetapi kekuatan secara berhemah mengukuhkan penginstitusian agensi dan jabatan serta memenuhi perincian kependudukan tanah air.
Politik bermoral boleh dijadikan perintis kepada penjenamaan semula ke atas skop hubungan antara kaum yang boleh diberi penekanan terutamanya dalam kempen pilihan raya. Jikapun mahu berpolitik, garis panduan politik berhemah perlu dituruti; mengetepikan isu perkauman atau serangan ke atas karakter seseorang untuk kepentingan sendiri. Jika ini keadaannya, bagaimanakah parti yang bertanding di Ijok akan tahu batasannya apabila sudah ada perang siber digunakan untuk mendekati pengundi.

Artikel lengkap Utusan Malaysia 230407

No comments:

Blog Archive