Saturday, October 29, 2005

'Dua Tahun Pentadbiran Abdullah', Utusan Malaysia , 29 Oktober 2005

ESOK, genaplah dua tahun Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mentadbir Malaysia sejak mengambil alih teraju kepimpinan negara pada 31 Oktober 2003.

Sebelas hari sebelum tiba kepada kemuncak ini, beliau terpaksa mengharungi ujian getir sebagaimana yang dilaluinya dua bulan selepas mula mentadbir negara.

Jika ketika itu beliau kehilangan bonda Datuk Kailan Hassan, kini beliau dengan tabah menerima hakikat pemergian srikandinya Datin Seri Endon Mahmood pada 20 Oktober lalu.

Endon yang dikenalinya sejak mula berkhidmat di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam merupakan pelengkap kepada kejayaan beliau sehingga menjadi Perdana Menteri pada hari ini.

Malahan, ketika beliau berada di zaman kegelapan politik pada tahun 1987 sehingga 1990, Endon memastikan Abdullah terus tabah menghadapi rintangan dalam percaturan politik.

Sepanjang dua tahun, pelbagai peristiwa telah berlaku.

Klik sini untuk artikel lengkap.

No comments:

Blog Archive