Thursday, August 16, 2012

'Transformasi Sosial Satukan Rakyat', Berita Harian, 16 Ogos 2012




Transformasi Sosial Satukan Rakyat


Pengorbanan, kompromi pelbagai pihak


Sementara itu, Timbalan Dekan, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Padian, turut mengakui yang perubahan sejak kemerdekaan tidak datang sendiri melainkan ada pengorbanan dan kompromi dari pelbagai pihak, pemimpin, masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum.
“Sepanjang 55 tahun ini, dalam mengharungi pasang surut hubungan kaum, kekuatan sebenar negara berstatus pesat membangun adalah pengiktirafan terhadap kepelbagaian.
“Pengalaman 13 Mei 1969 mengajar kita bagaimana harus mempertahankan ketinggian Perlembagaan dan nilai Rukun Negara sebagai warga yang bertanggungjawab ke atas negara ini dan kemerdekaan itu sebenar wajar dijadikan titik tolak dalam proses muhasabah diri,” katanya.

Didik erti kemerdekaan

Walaupun generasi muda tidak mengalami pengalaman seperti generasi zaman merdeka, mereka perlu dididik secara berterusan erti kemerdekaan.
“Saya tidak menganggap generasi muda tiada sifat patriotisme. Bagi saya mereka ada jati diri cuma tidak ditonjolkan seperti orang lama kerana persekitaran berubah. Justeru, dalam menangani kepelbagaian, kemerdekaan perlu diraikan dalam bentuk kenegaraan oleh generasi yang bangga menjadi rakyat Malaysia,” katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Transformasisosialsatukanrakyat/Article/cetak

No comments:

Blog Archive