Tuesday, June 28, 2016

'Cabinet Reshuffled With Eye On Coming Polls, Analysts Say', Malay Mail Online, 28 June 2016

 

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak arriving to announce a cabinet reshuffle, at Bangunan Perdana Putra in Putrajaya, June 27, 2016. — Bernama picKUALA LUMPUR, June 28 ― Changes Datuk Seri Najib Razak made to his Cabinet indicate that the prime minister has shifted his attention to the next general election, after having overcome recent challenges to his leadership.
According to political observers, the new appointments showed that the prime minister was both rewarding loyalists who stood firmly beside him when he faced the height of opposition and shoring up support in key battlegrounds ahead of the coming poll.
Ibrahim Suffian who heads independent pollster Merdeka Center said the biggest clue was the selection of Selangor Umno chief Tan Sri Noh Omar as housing, urban well being, and local government minister, which he said would be a vital portfolio heading into the polls.
“It is clear that Najib is gunning to regain Selangor in the next election,” Ibrahim said.
Yesterday's reshuffle came after Umno sacked Tan Sri Muhyiddin Yassin and Datuk Mukhriz Mahathir who had been openly attacking the prime minister over 1Malaysia Development Bhd (1MDB) and related issues.
Datuk Seri Shafie Apdal was also suspended from the party and Umno leaders from his Semporna division yesterday quit en masse in protest.
With the three leaders as well as former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad no longer in Umno, Najib's position as party president — and, by extension, prime minister — is now virtually unassailable from within.
In further clues that the reshuffle was orchestrated to quell dissent over the sackings, Jerlun MP Datuk Othman Aziz was made deputy finance minister while Silam MP Datuk Datu Nasrun Datu Mansur was picked as deputy plantation, industries and commodities minister.
Mukhriz headed the Umno division in Jerlun prior to his sacking while the Silam chapter is led by Shafie's brother, Datuk Yusof Apdal.
One oddity Ibrahim noted in the reshuffle was that the vacancy left by Datuk Amar Douglas Uggah Embas, who became Sarawak deputy chief minister, was not filled by another  Barisan Nasional leader from the state.
The possible fallout was also pointed out by Deputy Rural and Regional Development Minister Datuk Alexander Nanta Linggi, initially tipped to replace Uggah, who said Sarawakians were likely to be upset by the omission.
Sarawak overwhelmingly returned BN to power during a state election in May, and is considered a key state for keeping the coalition in Putrajaya.
“It is quite surprising to note that no Sarawakian minister was appointed even to replace Douglas,” Ibrahim added.
Universiti Sains Malaysia’s Professor Dr Sivamurugan Pandian said the current lineup was likely to be Najib's vanguard heading into the 14th general election.
Although the prime minister yesterday declined to say if the reshuffle will be the last before BN heads to the polls, Sivamurugan also took Noh's appointment as a clear indication that further changes were unlikely.
“It is a minor reshuffle but a restructuring of the Cabinet. This is the team that the PM would be taking into the next elections,” he told Malay Mail Online when contacted.
Independent political analyst Khoo Kay Peng told Malay Mail Online that the appointment of Gerakan president Datuk Seri Mah Siew Keong as the plantation, industries and commodities minister was Najib's way of rewarding the party for its efforts in the recently concluded by-elections.
He added that Najib was banking on Mah and Gerakan to help foment the return of the Chinese vote to BN, after the community that abandoned the coalition in Election 2013 began showing signs of reconsidering its previous hostility.
“When Mah was given a full ministership, it was Najib trying to help restore Gerakan's influence. He is trying to shore up the Chinese votes ahead of the GE,” Khoo explained.
Other notable changes in yesterday's reshuffle was Datuk Abdul Rahman Dahlan, who previously held Noh's portfolio, as minister in the Prime Minister's Department and Datuk Johari Abdul Ghani as second finance minister.
The 14th general election is due no later than 2018.

'New Cabinet Will Lead BN Into GE14', New Straits Times, 28 June 2016


'Kukuh Urus Tadbir', Harian Metro, 28 Jun 2016


'Promotion For 3 Deputy Ministers?', New Straits Times, 27 June 2016


Monday, June 20, 2016

'Gagal Terima Kekalahan Pilihan Raya Antara Ciri Diktaktor - Penganalisis Politik', Bernama, 20 Jun 2016


Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Pihak pembangkang yang obses terhadap kemenangan dan enggan menerima kekalahan pilihan raya dengan hati terbuka dilihat mempunyai ciri-ciri diktator, kata beberapa penganalisis politik.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Md Shukri Shuib berkata sistem demokrasi memberi jaminan kepada hak kebebasan rakyat memilih, dan pemimpin politik yang bijak sepatutnya amat maklum tentang perkara itu.

Justeru itu, katanya, kenyataan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli terhadap keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak yang seolah-olah menyalahkan rakyat kerana tidak memilih calon mereka, adalah respons yang 'tidak matang'.

"Mereka sahaja yang betul, pandangan masyarakat tidak dikira. Ini adalah ciri-ciri diktator. Kalau kelompok sebegini perintah (negara), saya khuatir nanti suara rakyat akan hilang," katanya ketika dihubungi di sini.

Sebuah akhbar melaporkan Rafizi dipetik sebagai berkata penyakit 'kebendaan' dalam kalangan pengundi menjadi antara penyebab Barisan Nasional (BN) memenangi kedua-dua kerusia Parlimen itu.

"Baik pengundi Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan semua yang lain, faktor projek dijanjikan dan wang kebendaan yang diagihkan semasa kempen tetap berkesan mengekalkan sejumlah undi kepada mereka (BN)," kata Rafizi dalam laporan itu.

Md Shukri berkata rakyat dan pemimpin matang adalah dua perkara yang saling diperlukan ke arah pembentukan Malaysia yang membangun.

"Dalam konteks ini, saya lihat keluhuran hati pemimpin itu sendiri. Kalau penghormatan ke atas rakyat tidak boleh diberikan, ini meruncing kepada pembentukan sebuah negara yang matang.

"Rakyat seharusnya buka mata," kata beliau.

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian pula menyifatkan Rafizi sebagai pemimpin yang emosional.

"Beliau sepatutnya lebih rasional dan praktikal dalam perkara ini," katanya.

Sivamurugan berkata hak dan kedudukan pengundi untuk memilih perlu diiktiraf, dan tidak ada mana-mana parti yang boleh perlekehkan perkara ini.

Jika dilihat pada pilihan raya sebelum ini, katanya, pengundi telah menganugerahkan parti pembangkang beberapa negeri untuk ditadbir.

"Kekalahan dan kemenangan boleh disebabkan faktor calon, jentera parti dan juga isu-isu yang dibawa. Tiga elemen ini menyumbang dengan besar.

"Dalam konteks ini, pihak yang kalah haruslah lakukan bedah siasat (tentang kekalahan mereka)," kata beliau.

Pada PRK Sungai Besar, calon BN Budiman Mohd Zohdi menang dengan majoriti 9,191 undi menewaskan calon PAS Dr Abdul Rani Osman dan calon Amanah Azhar Abdul Shukur.

PRK Kuala Kangsar pula menyaksikan calon BN Datin Mastura Mohd Yazid menang dengan majoriti 6,969 undi mengalahkan calon PAS Dr Najihatussalehah Ahmad, calon Amanah Prof Dr Ahmad Termizi Ramli dan calon bebas Izat Bukhary Ismail Bhukary.

-- BERNAMA

'Jentera BN Jitu', Harian Metro, 20 Jun 2016


'Chinese Voters Fed up With Opposition', New Straits Times, 20 June 2016


'Iktibar Buat Mahathir', Utusan Malaysia, 20 Jun 2016



p/s: Kenyataan saya adalah sumbangan faktor nasional ke atas keputusan PRK. Kenyataan 'Iktibar Buat Mahathir' dibuat oleh oleh Tun Abdul Hamid, bekas KHN.

Tuesday, June 14, 2016

'BN Perlu Berhati-hati Undi Berubah Pada Saat Akhir - Penganalisis', Bernama, 14 Jun 2016


Oleh Kamarul Irwan Alias

SUNGAI BESAR, 14 Jun (Bernama) -- "Bukannya Superman atau Batman, tapi Budiman yang akan datang membantu menyelesaikan masalah anda."

Itu janji Budiman Mohd Zohdi, calon Barisan Nasional (BN) kepada pengundi-pengundi bagi pilihan raya kecil (PRK) kawasan Parlimen Sungai Besar.

Jika mengikut bacaan politik, peluang BN dilihat cerah di Sungai Besar, namun andaian itu bukan signal untuk BN 'beraya' awal kerana parti itu dikatakan perlu berhati-hati dengan elemen perubahan undi yang mungkin berlaku saat akhir.

Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata pesonaliti dan kredibiliti Budiman yang mesra masyarakat dan mudah didekati mampu menjadi faktor penentu kepada kejayaan BN pada pilihan raya kecil itu.

Beliau berkata penduduk kawasan Parlimen Sungai Besar yang meliputi kawasan luar bandar mementingkan wakil rakyat yang boleh memperjuangkan isu-isu tempatan dan kebajikan mereka.

"Apa yang pengundi Sungai Besar mahu ialah wakil rakyat yang mudah didekati dan mampu membawa suara mereka ke peringkat persekutuan," katanya kepada Bernama di sini.

Malah katanya isu-isu yang dibangkitkan PAS dan Amanah sejak bermulanya kempen PRK itu pada 5 Jun lepas tidak begitu memberi impak terhadap masyarakat luar bandar.

"Isu-isu seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) merupakan isu yang sudah lama berlalu, kesannya pada pengundi tidak begitu besar," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata BN perlu memberi perhatian kepada faktor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang boleh membawa perubahan undi pada saat-saat akhir.

Katanya menteri besar Selangor itu yang tidak menonjolkan diri pada separuh masa pertama kempen, boleh datang bersama jentera kerajaan negeri, dalam memberikan harapan dan janji-janji kepada pengundi.

"Namun, ini juga bergantung kepada kesediaan Azmin untuk mengorbankan kestabilan kerajaan negeri Selangor ketika ini yang turut dianggotai PAS dengan membantu Amanah bagi mencapai matlamat jangka pendek," katanya.

Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian, pula berpendapat kehadiran Mohamed Azmin boleh mempengaruhi undi, namun dilihat agak minimum, kerana Timbalan Presiden PKR itu tidak menyertai kempen sejak peringkat awal.

"Sedikit sebanyak kehadiran beliau (Mohamed Azmin) mempengaruhi pola pengundian tetapi impaknya tidak sehebat seperti Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang berada sejak awal kempen di Kuala Kangsar," katanya.

Justeru, katanya, BN perlu mengambil peluang berkenaan dengan memanfaatkan hari-hari terakhir kempen dalam memastikan penyokong setia BN dan pengundi yang berada di luar Sungai Besar keluar mengundi pada 18 Jun ini.

"Saya lihat di Sekinchan juga banyak pertubuhan-pertubuhan Cina dan BN perlu mendekati mereka dalam mendapatkan sokongan kaum Tionghua," katanya.

Kekosongan kerusi Parlimen itu berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon yang merupakan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

-- BERNAMA

Monday, June 13, 2016

'Pengundi Cina, Atas Pagar Penentu - Prof Dr Sivamurugan', Malaysia aktif.my, 13 Jun 2016

Pengundi Cina, Atas Pagar Penentu – Prof Dr Sivamurugan

IMG-20160613-WA0030
Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa
SUNGAI BESAR, 13 Jun (Malaysiaaktif) – Minggu pertama selepas Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar telah berlalu. Pelbagai kempen bagi memancing undi telah dilaksanakan oleh calon tiga penjuru yang bertanding, iaitu Barisan Nasional, PAS dan PAN.
Penganalisis politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Profesor Dr Sivamurugan Pandian, ditemui oleh wartawan Malaysiaaktif pada Sabtu lepas menjawab beberapa soalan berkenaan suasana seminggu kempen PRK di Sungai Besar.

IMG_1107

Malaysiaaktif: Seminggu kempen PRK berlangsung, apakah yang dapat dilihat oleh Prof?
Prof Siva: Sepanjang tujuh hari PRK berlangsung dilihat agak perlahan dan tidak seperti pilihan raya yang lain oleh sebab kempen diadakan dalam bulan Ramadan. Ketiga-tiga parti yang bertanding parti Barisan Nasional (BN), Amanah dan PAS menggunakan pelbagai pendekatan.
Kalau kita lihat BN disebabkan calonnya, Budiman Mohd Zohdi yang merupakan seorang calon tempatan yang telah pun menggarap nilai demografi dan geografi, saya rasa mungkin serasi dengan apa yang sedang berlaku. Budiman dilihat akan cuba mendekati bukan sahaja ahli parti BN yang pernah mengundinya bahkan pengundi atas pagar dan juga mereka yang bermastautin di luar Sungai Besar yang akan turun mengundi.
Berbanding dengan calon PAS yang merupakan calon luar, mantan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr. Abdul Rani Osman yang juga ADUN Meru dilihat turut juga mempengaruhi melalui pergerakan kempen beliau.
Bagi calon Amanah, Azhar Shukor walaupun ayahnya bekas wakil rakyat tetapi parti Amanah bertanding buat kali pertama di Semenanjung dan merupakan calon yang dianggap tidak dikenali umum menyebabkan kempennya banyak bergantung kepada sejauh mana pemasaran kepada personalitinya.
Dalam konteks tujuh hari ini, kita lihat kebanyakan cara kempen yang dilakukan dalam bentuk kecil dan berkumpulan yang dianggap penting untuk mengetengahkan personaliti calon masing-masing.
Saya lihat masih sehingga kini kelebihan kepada BN memandangkan Budiman merupakan ADUN di Sungai Panjang, yang tahu persekitaran dan kedudukan konteks pembangunan kawasan setempat.
Saya percaya dalam tempoh tujuh hari akan datang, pasti kempen akan jadi lebih intensif untuk menarik momentum kedudukan sebelum mencapai kemuncak pilihan raya.

IMG_1108-1

Malaysiaaktif: Apakah faktor penentu kemenangan di PRK Sungai Besar?
Prof Siva: Pengundi Cina dilihat akan menjadi faktor penentu kepada siapa yang akan menang. Sebab itu pendekatan yang cuba digunakan oleh pembangkang adalah untuk memenangi sekurang-kurangnya separuh daripada pengundi bukan Melayu, separuh lagi daripada pengundi yang membuat protes kepada Umno manakala separuh lagi daripada mereka yang protes ke atas PAS.
Pendekatan yang digunakan oleh pembangkang adalah untuk memberi persaingan kepada BN adalah dengan merujuk majoriti yang dimenangi oleh Budiman walaupun arwah Noriah menang dengan majoriti 399 undi tetapi undi yang dimenangi oleh Budiman di Sungai Panjang lebih daripada 2000
Jadi mungkin pendekatan itu mahu diguna pakai di Sekinchan untuk menarik sebahagian daripada pengundi bukan Melayu supaya menyokong lebih daripada 30% itu akan membantu BN.
Sekinchan boleh menjadi penentu, waktu yang sama pengukuhan juga harus dilakukan untuk memastikan mereka yang telah menyokong BN sebelum ini mampu untuk memberikan sokongan semula.
Pembangkang cuba untuk memastikan pengundi bukan Melayu akan memberikan sokongan kepada mereka kerana itu juga akan berpecah kepada PAS dan Amanah. Sebelum ini mereka bertanding di bawah pakatan Rakyat bukan pakatan Harapan.
Mengikut perkiraan atas kertas, mereka cuba mendapatkan sokongan di situ supaya tidak mengganggu sokongan diterima dalam Pilihan Raya Umum (PRU ke-13) pada 2013.
Jadi harus juga kita ingat keputusan juga akan bergantung kepada peratusan yang keluar mengundi ketika itu hampir 88% peratus yang keluar. Dalam PRK pula biasanya jangkaan yang akan keluar ialah 74 hingga 76%. Penurunan itu juga akan banyak mempengaruhi peratusan sokongan.

IMG_1030

Malaysiaaktif: Komen Prof berkenaan provokasi berbaur perkauman di Sekinchan.
Prof Siva: Budiman harus menunjukkan kad laporan beliau, prestasi beliau dan perkhidmatan yang telah diberikan oleh beliau.
Provokasi perkauman tidak akan membantu membangunkan mana-mana komuniti. Itu harus dijadikan sebagai petunjuk kerana provokasi itu tidak dilakukan oleh beliau.
Jadi provokasi yang dilakukan oleh pihak tertentu untuk kepentingan perjalanan politik masing-masing harus tidak diutamakan.
Sepanjang 2013 hingga 2016, Budiman tidak meminggirkan mana-mana komuniti dalam gerak kerja dan perkhidmatan yang beliau berikan. Itu harus dijadikan sebagai sandaran supaya mereka yang ada di kawasan ini memahami bahawa yang ingin dibangunkan ialah kemajuan tempat bukan kepentingan di peringkat nasional.
Jadi jika mereka mahu proses pembangunan dan proses urbanisasi di kawasan ini mereka memerlukan seorang calon yang sejiwa dan serasi dengan mereka. Jadi Budiman harus menunjukkan nilai-nilai itu.
Kedudukannya sebagai anak tempatan, kemampuannya untuk bekerja dengan kerajaan pusat dan kewibawaannya berdasarkan kontrak itu harus dilengkapi dengan jentera parti yang tidak membenarkan mana-mana pihak melakukan proses yang bersifat perkauman.

IMG_0935

Malaysiaaktif: Siapakah yang memiliki X-Factor bagi menawan pengundi?
Prof Siva: Calon BN, Budiman dilihat sebagai pemimpin akar umbi. Kemampuannya untuk menangani apa-apa sahaja isu dirasakan penting untuk dijadikan sebagai petunjuk kepada kewibawaannya. Budiman juga mampu mendampingi mana-mana kumpulan sasar tidak kira muda, pertengahan atau yang telah berusia.
Berbanding calon PAN, Azhar yang masih lagi baharu. Pembinaan imej perlu dilakukan oleh parti. Beliau dan dirinya yang tidak dikenali berdasarkan kepada kedudukan latar belakang utama beliau wajar diberikan pengunjuran. Sebagai calon yang kali pertama bertanding, mungkin banyak yang mahu dilakukan ibarat satu uji kaji. Di manakah masa depan Amanah selepas ini. Jika diikutkan demografi dan geografi di Sungai Besar ini hampir 60% sama dengan 222 kawasan parlimen dalam konteks peta.
Bagi Calon PAS, Dr. Rani pula beliau bergantung kepada prestasi dan kedudukannya sebagai mantan pesuruhjaya PAS, Selangor. Hubungan beliau dengan pemimpin Amanah sendiri dianggap penting bagi PAS. Beliau juga banyak bergantung kepada imej parti.
X-Factor yang boleh kita letakkan atas meja ialah x-factor yang diletakkan kepada Budiman. Itulah yang memberikan satu lonjakan berbanding dua calon lagi dari segi keperibadian.

IMG_0943
Malaysiaaktif: Komen berkenaan calon PAN yang diper”kuda” DAP?
Prof Siva: Barangkali dilihat sedemikian rupa kerana DAP yang mendominasi gerak kerja, strategi, guna tenaga, logistik kerana mereka tidak boleh bergantung kepada PAS yang mewakili pakatan Rakyat sedangkan Amanah parti baharu, serpihan kepada PAS yang dari segi penjenamaannya masih baharu.
Yang jadi dilema ialah kedudukan PKR. Kenapa PKR tidak menggunakan jentera di peringkat negeri? Ketidakhadiran Azmin membantu menyebabkan DAP dilihat mendominasi strategi yang ingin disalurkan kepada pengundi.
Tumpuan yang diberikan kepada Sekinchan akan menyebabkan gangguan kepada perutusan yang mahu disampaikan oleh calon Amanah kepada kawasan Sungai Panjang.
Apakah Amanah hanya mahu bergantung kepada DAP sepenuhnya? Atau mereka boleh menggunakan tujuh hari yang tinggal untuk menampilkan bukan sahaja calon tetapi jentera parti mereka khususnya pemimpin di peringkat atasan yang ada khasnya untuk mencapai kumpulaan sasar di sini.
Apakah mereka risau akan mengganggu mereka yang memberikan kesetiaan kepada PAS kerana Amanah banyak bergantung kepada usaha untuk menarik mereka yang menjadi ahli PAS?
DAP bertanggungjawab untuk mempengaruhi mereka yang bukan Melayu. Barangkali bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir pula digunakan untuk menarik mereka yang mampu melakukan protes ke atas Umno.
Itu mungkin strategi yang telah diatur oleh Amanah, DAP dan PKR.
Malaysiaaktif: Apakah faktor ketidakhadiran Azmin sepanjang kempen berlangsung?
Prof Siva: Azmin mungkin berada dalam dilema di peringkat negeri kerana beliau bergantung kepada DAP, PAN dan PAS tetapi dalam PRK sukar untuk beliau menyokong hanya PAN sahaja walaupun beliau sepatutnya memberikan sokongan kepada calon PAN kerana mereka ini sebahagian daripada pakatan Harapan. PAS bukannya berada dalam gabungan kerjasama tersebut.
Jadi dilema Azmin di sini jika menunjukkan sokongan kepada calon Amanah ini maka mungkin PAS akan mempunyai impak negatif kepada struktur pentadbiran kerana exco PAS juga ada dalam kerajaan negeri.
Kedua, ketidakhadiran Azmin mungkin dipengaruhi oleh insiden yang berlaku dalam parti sendiri. Sebagai seorang Timbalan Presiden sepatutnya beliau hadir dan pada masa yang sama beliau juga yang menerajui kerajaan negeri Selangor.
Malaysiaaktif: Apakah kaitan Rafizi dengan ketidakhadiran Azmin?
Prof Siva: Kita lihat ketidakhadiran Azmin juga mungkin disebabkan oleh percakaran dengan Rafizi kerana sebelum Penamaan Calon, beliau hadir di Sungai Besar tetapi selepas sahaja Penamaan Calon selepas terbongkarnya apa yang telah cuba disampaikan oleh Rafizi seolah-olah beliau tidak menunjukkan minat untuk hadir.
Jadi, banyak faktor yang turut menyebabkan kerjasama di peringkat pakatan Harapan dan juga apa yang boleh dilakukan oleh PKR untuk membantu calon Amanah.
Rafizi ketika itu membongkar adanya isu rasuah dan wanita yang mempengaruhi kerajaan negeri Selangor yang telah membawa kepada kehadiran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Jadi dalam konteks ini, insiden ini berlaku beberapa hari sebelum penamaan calon. Mungkin tindakan itu juga mempengaruhi keputusan ketidakhadiran Azmin. Barangkali itu ialah satu elemen yang mempengaruhi sehingga dilihat adanya pergeseran dalaman dalam PKR.
Saya percaya jika berterusan pasti akan memberikan kesan yang negatif bukan sahaja kepada PKR di peringkat negeri tetapi juga kepada suasana yang dilihat pada hari PRK nanti.
Malaysiaaktif: Komen Prof tentang kehadiran Tun M di Sungai Besar.
Prof Siva: Kehadiran Tun M adalah untuk menarik sebahagian sokongan daripada mereka yang mahu melakukan protes di sini. Sejauh manakah mampu mereka meyakinkan, banyak bergantung kepada jentera BN sendiri untuk meyakinkan pengundi tegar dan pengundi setia bahawa mereka harus menyokong calon BN.
Jadi kehadiran Tun M yang menampilkan isu-isu nasional dengan tujuan untuk mendapatkan sokongan protes tetapi juga untuk mempengaruhi pengundi atas pagar kerana kalau kita lihat di Sungai Besar berdasarkan PRU 13, majoritinya 399 tetapi undi rosak adalah lebih besar iaitu 690 undi.
Jadi itu sebahagian daripada strategi yang disusun untuk memastikan mereka yang ingin melakukan protes akan turut menyokong calon Amanah.
IMG-20160613-WA0035

Malaysiaaktif: Bagaimanakah pula dengan sokongan kaum India?
Prof Siva: Sokongan kaum India tidak banyak berubah berbanding 2013. Sebelum ini apa yang diperlukan mereka sudah diberikan. Jadi kita tidak nampak perubahan yang drastik. Kita patut lihat pola pengundi Cina. Apakah akan berlaku pertukaran atau ada protes dalam kalangan mereka sehingga mempengaruhi tahap sokongan menyeluruh kerana mungkin hubungan dalam pakatan Harapan sendiri?
IMG-20160613-WA0031

Malaysiaaktif: Pendapat Prof tentang Manifesto Budiman?
Prof Siva: Manifesto Budiman merupakan sesuatu yang harus dinilai oleh pengundi secara menyeluruh. Apa yang dilakukan oleh Budiman bergantung kepada kemampuannya menerajui dan pengaruhnya di Sungai Panjang. Manifesto itu bersifat realistik. Dalam konteks ini, pengundi harus disemai dengan apakah yang mereka mahu Budiman lakukan atau mereka mempunyai harapan yang lain.
Saya rasakan tiga perkara yang diberikan oleh Budiman itu bersifat realistik tetapi sejauh mana keyakinan dapat diberikan oleh jentera beliau? Itu akan menyebabkan majoriti meningkat. Bergantung kepada hubungan calon itu sendiri, jenteranya, dan isu yang dibawa.
Jentera perlu banyak memainkan peranan supaya keyakinan dalam kalangan pengundi dapat dibina itu diterjemahkan dalam bentuk sokongan kemudian.
Malaysiaaktif: Komen Prof tentang PRK ini secara keseluruhan.
Prof Siva: Kalau kita perhatikan PRK kali ini merupakan yang ke-12 sepanjang tiga tahun yang lepas sebelum sampai tempoh matangnya pada 24 Jun. PRK ini juga akan menjadi satu penentu kepada pola pengundian yang boleh diramal pada PRU 14.
Keputusan PRK ini boleh dijadikan uji kaji kepada tarikh awal pilihan raya. Kita lihat akan memberi impak besar kepada kedudukan secara menyeluruh mungkin tarikh pilihan raya juga bergantung kepada keputusan PRK ini
PRK kali ini juga akan memberikan satu legitimasi moral dan politik kepada kepimpinan di peringkat nasional. Sejauh mana kemampuan untuk memastikan apa yang mereka telah lakukan itu dapat disangka atau memerlukan perubahan dengan apa yang dilihat?
Ramai yang menjangka persaingan yang hebat dalam PRK kali ini. Saya percaya BN akan terus menerajui kerusi Sungai Besar ini namun masih bergantung kepada peratusan yang keluar mengundi pada hari pengundian 18 Jun ini.

'BN All Geared To Win Both Seats', New Straits Times, 13 June 2016


'Azmin Perlu Turun Bantu Kempen', Sinar Harian, 11 Jun 2016


Monday, June 06, 2016

'Will Budiman Have Upper Hand In 3-Cornered Fight?', Bernama, 5 June 2016

SUNGAI BESAR: The fiery three-cornered fight involving Barisan Nasional (BN), Parti Amanah Negara (Amanah) and PAS in the Sungai Besar parliamentary by-election on June 18, appears more in favour of BN candidate, Budiman Mohd Zohdi.
Budiman's strengths lie in his position as Sungai Panjang assemblyman in the parliamentary constituency; a young leader of local origin who enjoyed a close working relationship with the incumbent, the late Tan Sri Noriah Kasnon; and, having streetwise skills at his disposal in the area.
According to Universiti Utara Malaysia College of Law, Government & International Studies senior lecturer, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, the three-cornered fight not only gave BN the upper hand in defending the parliamentary seat, but also the possibility of adding onto the majority polls.
"Budiman is always available in his constituency and ready to serve society, thus, making him have the potential in attracting support from all.
"Meanwhile, other candidates like PAS, are not locals in the area, whereas Amanah has internal problems (involving its relationship with PAS). Although Amanah has placed a local candidate, the person is not well-known among the locals, giving advantage to Budiman," he told Bernama.
In the by-election, Budiman will face PAS contender, Meru assemblyman Dr Abdul Rani Osman while Amanah has put forth Sungai Besar Amanah chairman, Azhar Abdul Shukur.
Mohd Azizuddin, however, said BN's candidate had the potential to win the by-election, so long as there was no sabotage from those not chosen as the candidate.
Besides that, he said the increase in the number of outside voters returning home to the constituency was also worrisome as they might affect, albeit slightly, BN's chances of winning the by-election.
"Outside voters rarely return to vote, but if they do, they may cause slight trouble as they do not really know Budiman ... but I expect not all will return, and if they don't, then there is a bigger chance for Budiman to win, with even an increase in majority by about 1,000 votes," he said.
Mohd Azizuddin said attention must be given to the increase of new voters, although the chances of winning the by-election was seen more in the hands of Budiman due to the age factor.
Universiti Sains Malaysia School of Social Sciences political analyst, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian agreed with Mohd Azizuddin's views that this three-cornered fight would give more advantage to BN, especially as Budiman was more well-versed with the locality of the area and was capable of ensuring the party machinery stood strong beside him.
"As for Azhar, he may give competition in terms of being a representative of Pakatan Harapan, but based on the current issues within the Selangor Government, there is a slight probability the party will be affected unless they were each able to put aside their differences for the benefit of this by-election.
"Meanwhile, the PAS candidate, although a Meru assemblyman, is considered an outsider. However, his position as Selangor PAS ex-commissioner may be used to aid his machinery. Anyhow, if we observe on background, it gives an advantage to BN," he said.
Sivamurugan said the BN machinery needed to also ensure that not only the party members and faithful BN supporters voted, it should convince voters who were undecided that Budiman was the best choice.
Universiti Teknologi Mara Faculty of Communication and Media Studies lecturer, Prof Darussalam Abu Bakar said BN was expected to maintain its domination of the parliamentary seat as a result of the 'stubbornness' of PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang, in fielding a candidate there.
He said based on his observation, there were those from PAS who were 'unhappy' with the decision of the party leadership since the relationship between PAS and Amanah in Sungai Besar were close.
"I got to know of the possibility that BN may win as the PAS people may not come out to vote on the grounds that they are unhappy with PAS' decision to field a candidate as although PAS and Amanah (Sungai Besar) are close with one another, Abdul Hadi still wants to field a candidate.
"However, if an Amanah candidate is placed there, the PAS in the locality will vote for Amanah, which is an odd situation as at the leadership level, they are at each other's throats but at the grassroots level, they go well together," he added.
The Sungai Besar by-election is held following the death of Noriah in a helicopter crash in Sebuyau, Sarawak, on May 5.
In the 13th General Election, Noriah defeated her contender from PAS, Mohamed Salleh M. Hussin with a majority of 399 votes.
— Bernama

'Pertandingan Tiga Penjuru, Peluang Calon BN Budiman Lebih Cerah?', Bernama, 5 Jun 2016

SUNGAI BESAR – Pertembungan tiga penjuru – Barisan Nasional (BN), Parti Amanah Negara (Amanah) dan PAS – dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun ini dilihat lebih memihak kepada calon BN, Budiman Mohd Zohdi.
Penganalisis politik melihat kelebihan itu dari aspek kedudukannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang yang terletak di dalam kawasan Parlimen itu, seorang pemimpin muda dan merupakan anak tempatan.
Hubungan kerja yang rapat dengan penyandang kerusi Parlimen itu Allahyarham Tan Sri Noriah Kasnon, dan kemahirannya mengenai selok-belok kawasan berkenaan juga merupakan satu bonus buat anak kelahiran Kampung Sungai Limau, Sungai Besar itu.
Menurut Pensyarah kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, pertembungan tiga penjuru dilihat bukan sahaja memberi kelebihan kepada BN untuk mempertahankan kerusi Parlimen berkenaan, malah berkemungkinan boleh menambah majoriti undi.
“Budiman selalu berada di kawasannya dan berkhidmat kepada masyarakat termasuk bukan Melayu, jadi ini membuatkan beliau berpotensi agak besar untuk tarik sokongan orang Melayu dan bukan Melayu. “Sementara calon lain seperti PAS merupakan orang luar dan Amanah pun ada krisis dalaman (membabitkan hubungan dengan PAS). Walaupun Amanah letak calon orang tempatan beliau tidak berapa dikenali dalam kalangan masyarakat setempat, jadi ini juga kelebihan kepada Budiman,” katanya kepada Bernama.
Pada pilihan raya kecil itu, Budiman bakal ditentang calon PAS, ADUN Meru Dr Abdul Rani Osman manakala Amanah mempertaruhkan Pengerusi Amanah Sungai Besar, Azhar Abdul Shukur.
Mohd Azizuddin berkata, calon BN berpotensi memenangi pilihan raya kecil itu dengan syarat tidak berlaku sabotaj dalam parti oleh pihak yang mungkin mempunyai keinginan untuk menjadi calon tetapi tidak dipilih.
Selain itu, beliau berkata pertambahan jumlah pengundi luar yang pulang ke kawasan untuk mengundi juga dibimbangi memberi sedikit masalah kepada peluang BN untuk memenangi pilihan raya kecil itu dengan majoriti undi yang besar.
“Ada masalah sikitlah sebab mereka pun tidak berapa kenal Budiman,” katanya.
Mohd Azizuddin dalam pada itu berkata, pertambahan pengundi baharu juga perlu diambil perhatian tetapi peluang memenangi PRK itu tetap dilihat memihak kepada Budiman berdasarkan faktor usia.
Penganalisis politik dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian turut sependapat dengan Mohd Azizuddin bahawa pertembungan tiga penjuru bakal memberi kelebihan kepada BN lebih-lebih lagi Budiman sangat memahami lokaliti kawasan berkenaan dan mampu memastikan jentera parti bersama beliau.
“Mengenai Azhar, mungkin beliau boleh beri persaingan dari sudut wakil Pakatan Harapan tetapi berdasarkan kemelut di dalam Selangor sendiri barangkali jentera (parti) akan terjejas sedikit melainkan masing-masing sedia ketepikan perbezaan untuk PRK ini.
“Mengenai calon PAS, walaupun beliau ADUN Meru tetapi beliau dianggap orang luar, namun begitu kedudukan beliau sebagai bekas Pesuruhjaya PAS Selangor mungkin akan digunakan untuk bantu jentera beliau. Apapun, kalau melihat kepada latar belakang akan beri kelebihan kepada BN,” katanya.
Menurutnya jentera BN juga perlu memastikan bukan sahaja anggota parti dan penyokong setia BN keluar mengundi tetapi pada masa sama perlu menyakinkan pengundi atas pagar bahawa Budiman merupakan calon terbaik untuk mewakili Parlimen berkenaan.
Sivamurugan berkata cabaran bagi BN dan jentera pilihan raya di Sungai Besar ialah untuk memastikan pengundi yang bekerja di luar kawasan pulang mengundi kerana mungkin akan wujud intepretasi dalam kalangan mereka bahawa meskipun BN menang ia tidak akan mengubah kedudukan kerusi itu.
“Jika itu dapat dilakukan, sedikit sebanyak mampu tingkatkan majoriti (undi) sebab di (DUN) Sungai Panjang, Budiman dapat majoriti agak besar tetapi jentera BN juga perlu pastikan DUN Sekinchan dapat ditawan BN kerana majoriti penduduk di sana kaum Cina, melainkan wujud peratusan rendah yang keluar mengundi oleh kaum itu,” katanya.
Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Darussalam Abu Bakar pula berkata BN dijangka mengekalkan penguasaan di kerusi Parlimen berkenaan berikutan ‘kedegilan’ Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tetap berkeras untuk meletakkan calon dari parti itu.
Beliau berkata berdasarkan tinjauan, ada dalam kalangan anggota PAS di peringkat akar umbi ‘tidak gembira’ dengan keputusan kepimpinan parti itu memandangkan hubungan PAS dan Amanah di Sungai Besar yang agak rapat.
“Saya dapat tahu kemungkinan BN menang sebab orang-orang PAS dikatakan mungkin tidak akan keluar mengundi. Mereka di peringkat akar umbi tidak gembira dengan keputusan PAS letak calon kerana PAS dan Amanah di sini (Sungai Besar) rapat tetapi Abdul Hadi nak letak juga calon.
“Kalau letak (calon) Amanah, (penyokong) PAS setempat akan undi Amanah. Situasi ini agak pelik sebab di peringkat kepimpinan ‘bercakaran’ tetapi di peringkat akar umbi mereka berbaik-baik,” katanya.
Pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar diadakan berikutan kematian Noriah dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas. Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lepas, Allahyarham Noriah menewaskan lawannya daripada PAS, Mohamed Salleh M. Hussin dengan majoriti 399 undi. – Bernama

'Budiman Mungkin Jejaskan Amanah', Sinar Harian, 5 Jun 2016


'Pertandingan Tiga, Empat Penjuru Di Sungai Besar, Kuala Kangsar', berita Harian, 6 Jun 2016


Blog Archive