Tuesday, November 22, 2005

'Kemenangan Rajapakse Lambatkan Proses Damai', Utusan Malaysia, 22 November 2005

DUNIA sebelum ini menjadi saksi betapa selepas bencana tsunami di Aceh, muafakat di antara kerajaan Indonesia dan kumpulan pemisah Gerakan Aceh Merdeka (GAM) berjaya dicapai sehingga membawa kepada gencatan senjata serta perjanjian damai.

Namun proses yang sama tidak berlaku di Sri Lanka.

Sri Lanka turut menjadi mangsa bencana tsunami sehingga menyebabkan ramai penduduknya terkorban.

Selain Indonesia dan Sri Lanka, turut terjejas akibat tsunami pada Disember lalu ialah Thailand, Malaysia dan India.

Mengapakah sehingga kini kedua-dua pihak, baik kerajaan Sri Lanka mahupun pihak pemberontak Harimau Tamil atau dikenali sebagai Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE) masih tidak dapat berkompromi?

Klik sini untuk artikel lengkap.

Monday, November 07, 2005

Ulasan Buku Abdullah Ahmad Badawi: Satu Tahun Di Putrajaya



Utusan Malaysia - 2 November 2005

Akhbar Utusan Malaysia telah menyiarkan ulasan ringkas mengenai buku ''Abdullah Ahmad Badawi: Satu Tahun di Putrajaya'', di ruangan ''Sehari Sebuah Buku'', buku yang telah disunting oleh saya bersama Profesor Madya Abd. Rahim Ibrahim; Dr. Azrina Husin dan Dr. Chua Soo Yean.
Buku ini merupakan kumpulan artikel pembentang yang telah membentangkan kertas kerja di Seminar Abdullah Ahmad Badawi: Satu Tahun di Putrajaya anjuran bersama Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia; Institut Sosial Malaysia, Yayasan Strategik Sosial dan Asian Strategy Leadership Institute di Legend Hotel pada 20 November 2004.

Tuesday, November 01, 2005

'Budaya Politik Siber', Mingguan Malaysia, 27 Jun 2004

'Asia Timur Guna Laluan Aman', Utusan Malaysia, 9 Ogos 2005

Tarikh 6 Ogos genaplah 60 tahun Hiroshima dibom oleh tentera Amerika Syarikat (AS). Peristiwa pengeboman ini bukan sahaja penting bagi rakyat Jepun, malahan keseluruhan komuniti dunia bersimpati dengan apa yang berlaku di dalam Perang Dunia Kedua itu.

Ada analisis yang menganggap ia bertujuan untuk membawa peperangan kepada penghujungnya. Beratus ribu nyawa terkorban dan begitulah kesan akibat penggunaan senjata nuklear di dalam perang. Peristiwa itu mempunyai beberapa signifikasinya. Antaranya, ia menandakan berakhirnya sejarah Jepun sebagai gergasi ketenteraan di mata dunia.

Pada waktu yang sama, ia menjadikan pengalaman tersebut sebagai petanda kebangkitan bangsa Asia yang akan menakluk dunia secara aman iaitu melalui kekuatan ekonominya. Rakyat Jepun sedar mereka perlu bekerja tekun dan berkeyakinan untuk membina semula jati diri mereka. Hari ini Jepun merupakan gergasi ekonomi dunia yang tidak perlu bergantung kepada kekuatan Barat kerana ia sendiri boleh berdiri sama megah dengan dunia Barat. Begitu juga dengan China, sebuah lagi negara Asia yang sering menjadi kecaman Barat kerana sistem pentadbiran kerajaan dan hak asasi kemanusiaannya.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Pelancaran Buku ''Abdullah Ahmad Badawi: Jalan ke Puncak"


Utusan Malaysia - 21 November 2004

SAMY VELLU menerima buku berjudul `Jalan Ke Puncak' daripada penulis buku itu, Sivamurugan Pandian (kanan) sambil diperhatikan oleh Dzulkifli Abdul Razak di Kuala Lumpur, semalam selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Abdullah Ahmad Badawi: Satu Tahun di Putrajaya.


Klik sini untuk artikel lengkap.

'Seminar Kebangsaan Setahun Kepimpinan Abdullah Sebagai Perdana Menteri 20 Nov', Utusan Malaysia, 12 Oktober 2004

Menurut Dzulkifli, anggota panel yang akan mengambil bahagian dalam Sidang 1: Mengurus Kejayaan ialah Pengerusi Eksekutif Utusan Karya Sdn. Bhd., Prof. Datuk Dr. Firdaus Abdullah dan dua pensyarah, Dr. Sharifah Munirah Syed Hussein Alatas dan Dr. Sivamurugan Pandian, masing-masing dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan USM.

Sidang II: Agenda Sosial Ke Arah Kesejahteraan Rakyat pula disertai oleh Prof. Dr. Roziah Omar (ISM), Dr. Denison Jayasooria (YSS) dan Datuk Dr. Nordin Kardi dari Biro Tatanegara.

Tiga anggota panel lain yang terlibat dalam Sidang III: Islam Al-Hadhari - Memacu Kegemilangan Islam ialah Datuk Nakhaie Ahmad (Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia), Uthman El-Muhammady (ISTAC) dan Prof. Muhammad Syukri Salleh (USM).

Sementara Bicara Halatuju Negara: Cemerlang, Gemilang dan Terbilang akan disertai oleh bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib, Datuk G. Palanivel (MIC) dan Tan Sri Dr. Ting Chew Peh.

Klik sini untuk artikel lengkap.

'Anjakan Minda Pasca-tsunami', Utusan Malaysia, 6 Januari 2005

Selepas satu minggu peristiwa tsunami melanda Malaysia dan merata tempat di seluruh dunia, masih ada yang kehilangan ahli keluarga walaupun sebahagian besarnya sudah ditemui sama ada mati, dirawat di hospital ataupun masih bergelut dengan nyawa di unit penjagaan intensif hospital.

Usaha mencari masih diteruskan oleh pelbagai pihak walaupun hakikat mereka yang masih bersabung dengan nyawa amat tipis sekali. Tsunami yang berlaku akibat gerakan tanah dan laut dari gempa bumi yang melanda Sumatera sebenarnya suatu kejadian alam yang tidak pernah diimpi akan berlaku di negara kita. Walaupun begitu, banyak nyawa yang terkorban yang angka sebenarnya akan terus menjadi misteri.

Apakah yang harus dilakukan kini iaitu dalam tempoh masa pasca-tsunami Asia!

Klik sini untuk artikel lengkap.

'Bina Rakyat Kelas Satu', Utusan Malaysia, 10 Januari 2005

Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Istana Budaya pada 11 Januari 2005 merupakan satu kempen yang dirasakan sesuai dengan persekitaran hari ini demi kesejahteraan masa depan.

Malahan, ini merupakan susulan kepada usaha Institut Sosial Malaysia (ISM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di bawah kepimpinan Datin Profesor Roziah Omar yang telah menganjurkan satu Seminar Nilai dan Pembangunan Sosial ke arah pemantapan Dasar Sosial Negara (DSN) dan masyarakat cemerlang pada 16 September 2004. Seminar ini membincangkan mengenai penyematan nilai-nilai murni dalam usaha melahirkan warga cemerlang sebagai `masyarakat kelas satu di sebuah negara kelas pertama.'

Masalah sosial bukan baru tetapi liputan mengenainya menjadi kronik kebelakangan ini. Ini seolah-olah menimbulkan persoalan sama ada kesejahteraan masyarakat Malaysia dan kehidupan berkualiti mereka belum berada dalam tahap yang memberangsangkan.

Klik sini untuk artikel lengkap.

'Modal Insan Jadi Agen Penjana Wawasan 2020', Utusan Malaysia , 9 Mac 2005

Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) (2006-2010) merupakan Rancangan Malaysia yang sangat penting buat kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ini bukan sahaja merupakan Rancangan Malaysia yang pertama akan mengambil kira proses pelaksanaan dasar berdasarkan kepada fikiran beliau dan matlamat kepimpinannya yang mahu melahirkan masyarakat unggul tetapi lebih daripada itu, rancangan ini merupakan rancangan yang akan berakhir pada tahun 2010, 10 tahun sebelum Wawasan 2020 dapat direalisasikan.

Hanya akan ada dua Rancangan Malaysia iaitu dari tahun 2010-2015 dan 2015-2020 ketika Malaysia berada di kemuncak Wawasan 2020. Mereka yang lahir pada tahun 2005 akan berusia 15 tahun manakala mereka yang lahir ketika Wawasan ini mula-mula dilancarkan pada tahun 1991 oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan berusia 29 tahun. Malahan ketika Dr. Mahathir melancarkannya pada 28 Februari 1991, beliau menyatakan ramai yang mungkin tidak berkesempatan melihat hasilnya tetapi kita berharap mereka yang terlibat di dalam proses melahirkan Wawasan 2020 akan dipanjangkan umur untuk sama-sama melihat hasil muktahirnya. Dr. Mahathir akan berumur 95 tahun dan Abdullah pula 81 tahun pada tahun 2020.

Klik sini untuk artikel lengkap.

'Punca Remaja Menjadi Penjenayah', Utusan Malaysia, 14 Julai 2005

SATU hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah jumlah pelajar yang terlibat di dalam jenayah kini semakin meningkat.Barangkali kita masih belum lupa dengan peristiwa penangkapan seorang pelajar berumur 16 tahun yang ponteng sekolah selama 88 hari dan berjaya menembusi masuk 35 rumah serta mencuri.

Menurut perangkaan, sehingga Mei lalu, 605 daripada 1,048 pelajar sekolah yang ditangkap terbabit dengan kegiatan jenayah.

Statistik Yayasan Pencegahan Jenayah Negara (YPJN) mendedahkan bahawa pada tahun 2004 jumlah tahanan remaja untuk tempoh 10 bulan ialah seramai 4,674 dengan 2,377 adalah pelajar.
Namun angka sebenar agak sukar diperoleh kerana tidak kesemua kes dilaporkan.

Klik sini untuk artikel lengkap.

'Kaji sistem `anugerahi' veteran jawatan tertinggi', Utusan Malaysia, 29 September 2005

Sementara itu, mengulas perkara sama, Dr. Sivamurugan Pandian pula berkata, proses kenaikan pangkat itu sendiri memerlukan masa yang lama - bergerak perlahan dan secara berperingkat-peringkat.

Dalam keadaan sedemikian pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) itu menyatakan, tidak ada apa yang boleh diharapkan selain memperkemaskan sistem yang ada agar ia seimbang dan memajukan semua pihak.

``Memandangkan proses itu lama, sudah tentu barisan orang veteran sahaja yang sampai ke peringkat tinggi misalnya berpangkat Ketua Pengarah.

``Hal ini tidak boleh diubah kerana sistem pentadbiran awam sekarang diwarisi daripada yang sebelum ini.''

Soalnya yang perlu difikirkan sekarang ialah negara kita membiarkan orang bersara muda tetapi kemudian bergantung kepada tenaga buruh import.

``Saya berpendapat kalau seseorang itu masih lagi berupaya dan masih produktif, terpulang kepada majikan untuk menawarkan kontrak kepada pekerja berkenaan supaya dia boleh terus bekerja. Apa-apa pekerjaan selepas umur bersara itu bergantung kepada kemampuan individu dan majikan sendiri,'' kata Dr. Sivamurugan.

Klik sini untuk artikel lengkap.

'Keamanan Menjadi Penggerak', Utusan Malaysia , 19 Oktober 2005

Dalam buku A New Deal For Asia, mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan bahawa krisis di Asia boleh membawa kepada pembentukan Abad Dunia (World Century), membina sebuah dunia baru yang berasaskan kepada `liberte, egalite, fraternite', iaitu sebuah dunia baru yang diwarnai dengan rasa bertanggungjawab, liberal, saksama, produktif, menghormati, menghargai, dan prihatin ke atas kesamaan global yang merupakan tanggungjawab kesemua negara baik di timur, barat, utara dan selatan. Jelas, yang mahu diutarakan adalah keseimbangan di antara nilai material dan bukan material supaya menjadikan wang sebagai faktor yang berkecenderungan untuk memperbaiki taraf hidup masyarakat dan bukannya faktor penyebab untuk menentukan sesuatu agenda pendominasian ke atas masyarakat yang kurang berkemampuan dan lemah.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Pelancaran Buku Malaysia: Isu-Isu Sosial Semasa





























Oktober 2005
Pelancaran buku Malaysia: Isu-Isu Sosial Semasa oleh YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi

Blog Archive