Wednesday, December 31, 2014

Imbasan 2014: UMNO, 365 hari sebelum 2015, Astro Awani, 31 Disember 2014

 

Imbasan 2014: UMNO, 365 hari sebelum 2015
UMNO sepanjang 2014, cabaran, dugaan dan masa depan parti Melayu tertua di negara ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: UMNO memulakan 2014 dengan ucapan selamat tahun baru daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak di laman Twitternya.

UMNO pada suku pertama tahun 2014 mengutamakan isu penambahan keahlian dan sokongan pengundi baru menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Ia turut diterjemahkan dan dizahirkan dengan saranan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mahu mewujudkan Biro Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sebagai salah satu usaha menarik sokongan lebih ramai golongan muda terhadap parti itu menjelang PRU ke-14.

Selain itu, antara yang menarik pada awal 2014 adalah penarikan kembali saman terhadap Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan dua lagi individu yang sebelum ini didakwa mengaitkan UMNO dengan penyebaran video lucah di laman web.

Pada Februari, Ketua Bahagian UMNO Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed turut menyatakan permintaan agar UMNO perlu menjinakkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dengan meletakkan syarat dalam hubungannya dengan badan bukan kerajaan itu dan tidak membiarkan ia terus-menerus menentukan keadaan terutama dalam landskap politik negara.

UMNO juga dilihat cuba membawa kerjasama dengan PAS dan semua pihak tentang hudud. Ia dinyatakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu kedua-dua parti untuk duduk semeja dan berbincang sebelum PAS bertindak membawa usul hudud ke Parlimen.


Sejarah hitam UMNO: Ahmad Said keluar parti, letak jawatan MB Terengganu

  
(Salah faham dikatakan punca Ahmad umum keluar UMNO sekali gus meletakkan jawatan sebagai MB Terengganu - Gambar fail/Grafik oleh Nurmaya Rafeah Shazali (Pelatih KPM Indera Mahkota)

13 MEI mencatat sejarah hitam buat UMNO apabila Datuk Seri Ahmad Said mengumumkan untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu dan mengumumkan keluar dari parti. Bagaimanapun ia disifatkan salah faham yang berlaku sesama mereka seminggu sebelum majlis perkahwinan anaknya.

Krisis politik Terengganu dikatakan sebenarnya bermula selepas pelantikan Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai Menteri Besar yang baru dan menyebabkan Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Roslee Daud serta ADUN Ajil, Ghazali Taib mengisytiharkan keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Ahmad Razif kemudian mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.

Bagaimanapun, selepas dua hari, Ahmad, Roslee dan Ghazali mengumumkan tidak jadi meninggalkan UMNO.

Ahmad Razif pula selepas itu mengumumkan menyediakan bas percuma kepada rakyat untuk pergi ke rumah Ahmad dan menghadiri majlis perkahwinan anak Ahmad yang dikatakan punca keretakan UMNO negeri selain mengenang jasa sebagai menteri besar Terengganu selama enam tahun.

Keadaaan menjadi bertambah manis apabila Najib sendiri memohon maaf kepada Ahmad dan menyatakan persetujuan untuk hadir ke majlis perkahwinan anak Ahmad.

Dengan perkembangan terbaru ini, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat masing-masing menguasai 15 kerusi daripada 32 kerusi DUN Terengganu di mana PAS menguasai 14 kerusi DUN manakala PKR pula satu kerusi sementara baki dua lagi adalah calon bebas.

Kemelut itu dianggap sudah dilupakan apabila Ahmad hadir pada persidangan hari pertama mesyuarat ketiga penggal kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-13 sebagai ADUN biasa awal Disember lepas selain disambut mesra oleh semua pegawai, ADUN dan Exco termasuk Ahmad Razif yang turut meluangkan masa menikmati nasi dagang bersama Ahmad ketika waktu rehat persidangan DUN.


PRK: Ustaz UMNO menang besar di Pengkalan Kubor

Ustaz Razi menguatkan sokongan UMNO di Kelantan dengan kemenangan majoriti 2,635 undi berbanding PAS pada PRK Pengkalan Kubor - Gambar fail 


UMNO mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor apabila calonnya, Mat Razi Mat Ail memperoleh majoriti 2,635 undi pada pilihan raya kecil (PRK) DUN itu pada 25 September.

Majoriti undi juga meningkat 899 berbanding 1,736 undi yang diperoleh penyandangnya Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Mat Razi, 48, meraih 9,961 undi, mengalahkan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim, 56, yang mendapat 7,326 undi.

Bagaimanapun calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary, 47, hilang wang pertaruhan selepas memperoleh 38 undi sahaja.

Sebanyak 73 peratus atau 17,555 pengundi daripada 24,039 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.

PRK itu diadakan ekoran kematian Noor Zahidi pada 20 Ogos.

Pada PRU ke-13, Allahyarham mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Mat Razi merupakan bekas Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Tumpat dan Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Tumpat dan dikenali dengan panggilan ustaz kerana beliau mengasaskan Pondok Simpangan di Tumpat sebagai tempat untuk mempelajari al-Quran dan ilmu agama.

Dari Laman Web
Selain kemenangan UMNO di Pengkalan Kubor, BN turut mencatat kemenangan di PRK Balingian (N51) dengan calonnya Yussibnosh Balo yang mengalahkan calon PKR, Abdul Jalil Bujang dengan majoriti 6,911 undi dan di PRK Teluk Intan (P076) dengan kemenangan calon Gerakan, Mah Siew Keong yang mengalahkan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti 238 undi.


Veteran UMNO: Nasihat kepada yang ada, mengenang kepada yang pergi

Jasa dan pandangan veteran UMNO yang masih ada atau yang telah meninggal dunia akan sentiasa dikenang dan diambil sebagai ramuan kecemerlangan parti - Gambar fail/Grafik oleh Nurmaya Rafeah Shazali (Pelatih KPM Indera Mahkota)

 
VETERAN UMNO dilihat pemangkin selain memegang nostalgia kekuatan parti yang dibina sejak sekian lama.

Mereka harus dihormati selain setiap teguran yang diberi harus diambil pertimbangan demi kelangsungan UMNO sendiri.

Bagaimanapun, nasihat Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang meminta veteran UMNO jangan hanya bernostalgia, sebaliknya perlu berpijak di bumi nyata sebenarnya memberi nafas baru kepada golongan itu.

Kata Ahmad Zahid, pendekatan veteran UMNO juga perlu sedikit penganjakan kerana corak pemikiran pengundi kini sudah berubah dan ia memerlukan pendekatan komunikasi yang lebih baik untuk menarik sokongan mereka.

Dengan mengambil contoh pemimpin lama seperti bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, veteran UMNO dilihat masih mampu memikat sokongan orang muda walaupun lebih veteran dalam parti.

Tegasnya, veteran UMNO tidak seharusnya rasa terpinggir dan berkecil hati kerana perjuangan mereka tidak pernah dilupakan pemimpin muda parti itu.

Katanya, semangat orang lama dalam parti keramat Melayu itu akan terus diambil kira bagi mengukuhkan parti UMNO sebagai sebuah parti lama yang masih unggul.

Dalam pada itu, 2014 juga mencatat kesedihan kepada beberapa veteran UMNO yang meninggal dunia.

Antaranya Bekas Ketua UMNO Bahagian Merbok dan juga bekas Adun Tanjung Dawai, Datuk Azmi Abdul Hamid yang meninggal dunia pada 27 Julai.

Selain itu, pada 8 September, tokoh Kemerdekaan dan veteran UMNO Bahagian Besut, Wan Mustaffa Wan Jusoh juga meninggal dunia.

Sementara itu, pada 14 Oktober, anak kepada pemimpin Melayu, Datuk Onn Jaafar yang juga merupakan pengasas UMNO, Leftenan Jeneral (B) Datuk Jaafar Onn meninggal dunia.

Seorang lagi veteran UMNO yang juga Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Fuad Hassan juga meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pada 8 Disember selepas diserang sakit jantung.

Dalam pada itu pada 25 Disember, bekas senator dan pejuang kemerdekaan di Perlis, Abdul Rahman Ahmad, juga meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) kerana pembuluh darah ke jantung pecah.


Tun M vs Najib: Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan

Teguran Dr Mahathir di dalam blognya disifatkan kerana rasa sayang kepada pemimpin nombor satu negara, Najib - Gambar fail/Grafik oleh Nurmaya Rafeah Shazali (Pelatih KPM Indera Mahkota)

BEBERAPA teguran Dr Mahathir kepada Najib dilihat memberi kesan kepada kepimpinan UMNO sendiri.

Bagaimanapun, teguran Dr Mahathir yang kebanyakannya diluahkan dalam blognya, chedet.cc itu dilihat semakin 'pedas' terutama BN gagal mencatat kemenangan dua pertiiga pada PRU ke-13 pada 2013.

Antaranya, Dr Mahathir berkata, banyak dasar, pendekatan dan perbuatan kerajaan pimpinan Najib 'merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara'.

Katanya, kelemahan Najib bermula apabila mula melayan tuntutan beberapa pihak dengan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri pada 2011 serta Akta Buang Negeri, yang memberi kuasa kepada kerajaan menahan sesiapa disyaki terlibat jenayah tanpa proses mahkamah.

Dr Mahathir turut menegur Najib berhubung dasar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan sejak 2011.

Dalam pada itu, Dr Mahathir turut menyelar pentadbiran Najib dan mengumumkan menarik balik sokongan kepada beliau kerana kesal tegurannya tidak diendahkan.

Paling 'pedas' apabila Dr Mahathir menyifatkan Najib lebih buruk daripada penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Bagaimanapun, Muhyiddin yang mempertahankan Najib selepas dikritik hebat Dr Mahathir pada 25 Ogos memberitahu, setiap keputusan menggubal dasar dan membuat keputusan yang dibuat kerajaan adalah selepas perbincangan dalam Kabinet.

Muhyiddin turut memberitahu, Najib tidak bersifat diktator dalam setiap keputusan yang dibuat.

Muhyiddin juga berkata sudah bertemu Dr Mahathir dan memberikan penjelasan sekiranya maklumat mengenai beberapa isu tidak sampai kepada bekas presiden UMNO.

Dengan memberi alasan masa sudah berubah berbanding era Dr Mahathir terutamanya dengan perkembangan media sosial terutama pengaruh media sosial seperti Facebook, Twitter dan lain-lain tidak boleh dinafikan.

Muhyiddin juga yakin majoriti rakyat masih menyokong kepimpinan Najib, terutama bahagian UMNO di seluruh negara.

Selain Muhyiddin, ramai lagi pemimpin UMNO yang mempertahankan Najib, termasuk Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menggunakan contoh Najib menangani tragedi Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17 sebagai keberkesanan kerajaan.

Ini diikuti Ahmad Zahid yang berkata Najib mesti dihormati semua, termasuk Dr Mahathir.

Dalam pada itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada 5 September menyifatkan teguran bapanya kepada Najib itu datang daripada sifat sayangnya kepada pemimpin tertinggi negara itu selain bertujuan memberi kekuatan kepada perdana menteri yang berhadapan pelbagai ujian akhir-akhir ini.


Perhimpunan Agung UMNO: Solidariti, kuasa Wanita, kelantangan Pemuda dan semut api Puteri

Ucapan Najib, semangat Wanita, kekentalan Pemuda dan insiprasi Puteri pada Perhimpunan Agung UMNO dilihat platform parti untuk lebih dekat di hati bangsa Melayu - Gambar fail/Grafik oleh Nurmaya Rafeah Shazali (Pelatih KPM Indera Mahkota)

PERHIMPUNAN Agung UMNO ke-68 yang membuka tirai pada 25 November sehingga penutup pada 29 November memberi dimensi baru kepada parti.

Ucapan pemimpin tertinggi dan ketua sayap parti yang terkesan kepada perjuangan UMNO selama ini diibarat menyuntik kembali semangat parti untuk berjuang membela nasib Melayu.

Najib selaku Presiden parti yang membuka langkah dengan memperkenalkan istilah solidariti menggamat dewan dengan mengekalkan Akta Hasutan selain memperkukuhkannya dengan dua peruntukan khas.

Itu tidak termasuk perundingan khas demi meremajakan parti dengan Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO untuk diberikan peluang dan jawatan setimpal yang lebih ramai bagi mereka yang berusia di bawah 40 tahun.

Isu meremajakan parti dikuatkan lagi dengan ucapan Muhyiddin, selaku Timbalan Presiden, yang mahukan anggota parti bangkit membaiki kelunturan kepercayaan rakyat terhadap UMNO yang mewakili hasrat, aspirasi dan pandangan generasi muda yang mahukan perubahan dalam parti itu.

Dalam pada itu, permintaan Ketua Pergerakan Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang meminta satu kerusi tambahan diwujudkan bagi jawatan Naib Presiden UMNO dan Naib Ketua UMNO Bahagian untuk sayap itu disifatkan bukan untuk mencantas sesiapa.

Ia disifatkan bagi memperkasa penglibatan wanita dalam politik selain sebagai pengiktirafan terhadap peranan serta jasa Wanita UMNO terhadap parti.

Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin turut menggesa UMNO memberi lebih peluang kepada pemimpin muda termasuk mengangkat mereka menjadi calon dalam pilihan raya untuk memastikan parti terbesar orang Melayu itu memiliki faktor ‘wow’ dan sekali gus menarik sokongan golongan berkenaan.

Ia disifatkan sebahagian daripada proses peremajaan yang dituntut dalam parti dan UMNO tidak boleh tertinggal dalam aspek berkenaan ketika parti pembangkang sudah mengorak langkah tersebut.

Sementara Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin menegaskan akan membina benteng parti di media sosial, dengan menubuhkan barisan semut api yang akan bergerak secara diam dan menepis segala serangan, fitnah dan penipuan melalui internet.

Semut walaupun kecil, kata Mas Ermieyati, gigitannya mampu mengundang sakit dan ini yang mahu diterapkan dalam Puteri UMNO.


Kesimpulan

UMNO dilihat cuba memperbaiki mekanisme dalaman dan menerokai isu-isu semasa apatah lagi ia merupakan tunjang kepada BN.

Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, sebagai parti komponen pemerintah dan kebanyakan pemimpin menjadi pemimpin utama kerajaan dan menyebabkan dasar kerajaan dihubungkan sebagai dasar parti.

"Di samping memberi pengiktirafan, kelemahan juga turut memberi kesannya pada parti.

"2015, sudah pasti cabaran besar adalah untuk menangani persepsi ke atas kepimpinan, pelaksanaan dasar dan isu semasa nanti. Cabaran lain adalah persiapan untuk pemilihan parti pada 2016," katanya.

Tambahnya, UMNO perlu melihat semula petunjuk prestasi utama (KPI) dan penaziran yang mahu dilakukan sebagaimana yang dibahas pada Perhimpunan Agung UMNO yang lalu.

"Malahan UMNO perlu mengenalpasti kekuatan, kelemahan, cabaran dan peluang kerana 2015 akan mempunyai keterbatasan tersendiri khususnya legitimasi politik dan moral yang perlu diperhebatkan.

"Nilai kepimpinan akan mendokongi aspirasi ini dan sebarang kritikan dan pujian perlu dihalusi supaya sokongan tidak membawa rebah dan barisan dipelbagai peringkat diperkukuhkan melangkaui kepentingan peribadi demi survivalitas parti," jelasnya.

Jelasnya, negeri-negeri yang berhadapan dengan kemelut dalaman wajar diperincikan kekangan agar tidak mengganggu persiapan PRU ke-14 akan datang.

Pada PRU ke-13, UMNO kekal tonggak BN apabila menjadi penyumbang terbesar kerusi Parlimen kepada parti gabungan dengan menyumbang 109 daripada 133 kerusi yang dimenangi BN selain bertanding 120 kerusi.

Angka 109 kerusi itu menunjukkan peningkatan pencapaian sebanyak 23 peratus berbanding PRU 2008 apabila BN memenangi 79 kerusi Parlimen daripada 117 kerusi yang dipertanding.

Bagi DUN, UMNO berjaya menguasai 244 kerusi daripada 339 kerusi yang dipertanding berbanding 239 daripada 338 kerusi pada 2008.

Kosmo, 31 Disember 2014


Tuesday, December 30, 2014

'Bahaya Penyebaran Maklumat Palsu Ketika Banjir', Bernama, 30 Disember 2014

 



KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Penyebaran maklumat palsu terutama melalui aplikasi WhatsApp ketika banjir besar melanda negara menimbulkan suasana panik masyarakat malah boleh menjejaskan usaha menyelamat yang sedang diatur.

Pensyarah Sains Sosial Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata tindakan tersebut menimbulkan persoalan sama ada ia bermotifkan politik atau bertujuan menguji kredibiliti kerajaan dalam menguruskan bencana yang berlaku.

Ia juga dilihat sebagai usaha terancang pihak tertentu untuk memburukkan lagi keadaan dan imej kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, katanya yang juga Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan USM.

Katanya keadaan ini menguji toleransi individu yang terdedah kepada akses Internet supaya bijak menilai maklumat atau berita yang tidak tentu kesahihannya.

Terbaharu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terpaksa membuat penafian berhubung maklumat kononnya ATM mengarahkan penduduk di Pekan, Pahang agar segera pindah kerana limpahan air banjir.

Mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, mereka yang didapati bersalah boleh dihukum denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.

Berikut antara maklumat yang tersebar semasa musim banjir yang telah disahkan palsu;

* kematian 10 sekeluarga di Kampung Guchil, Kuala Krai

* seluruh Kota Baharu terputus bekalan elektrik

* kematian 40 pesakit di Hospital Kuala Krai akibat ketiadaan oksigen

* gelinciran pada Jambatan Sultan Yahya Petra di Kota Baharu

* pengisytiharan darurat di Kelantan

* Empangan Kemubu akan dibuka yang memungkinkan banjir lebih besar di Kok Lanas, Kelantan

* Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) menyekat bantuan untuk mangsa banjir di Kuala Krai, Kelantan

* Empangan Batu di Selangor berada diparas bahaya dan mengalami rekahan serta akan dibuka untuk melepaskan air

* Pelepasan air dari Empangan Tasik Kenyir di Hulu Terengganu kononnya akan menenggelamkan Bandar Kuala Berang

* Seorang remaja Tahfiz mati lemas di Rantau Panjang

* Tiga petugas Petronas meninggal dunia dalam kemalangan ketika misi menghantar bantuan ke Kelantan

* Pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Manek Urai runtuh

* Angkatan Tentera Malaysia (ATM) arahkan penduduk di Pekan, Pahang supaya keluar dai daerah itu kerana limpahan air sungai Temerloh sedang menuju Pekan.



-- BERNAMA

Thursday, December 25, 2014

'Krisis MIC Sepatutnya Menjadi Pembuka Mata Untuk Palanivel - Penganalisis', Bernama, 25 Disember 2014

 



Oleh S. Chandravathani

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Beberapa penganalisis politik terkenal menyifatkan bantahan yang diadakan anggota MIC di luar dan di dalam premis ibu pejabat parti itu di sini minggu lepas sebagai isyarat yang sebenarnya telah lama wujud agar presidennya Datuk Seri G. Palanivel mengukuhkan parti itu serta mengubah gaya kepimpinannya.

Kata mereka bantahan itu merupakan kemuncak kepada tuntutan agar Palanivel memperkemaskan dan memperkasakan kembali MIC jika beliau tidak mahu terus didesak supaya berundur oleh para pemimpin dan anggota parti itu.

Mereka berpendapat Palanivel bukan sahaja perlu memimpin sebagai seorang pemimpin yang kuat, malah perlu dilihat menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin kerana banyak anggota parti itu serta anggota masyarakat melihat beliau sebagai "membisu" dan "tidak kelihatan" apabila MIC berdepan dengan isu penting.

Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata pergaduhan antara puak yang bertelagah minggu lepas sepatutnya menjadi "isyarat yang mencemaskan" bagi Palanivel supaya segera bertindak untuk mengembalikan kehebatan dan imej parti itu sebagai parti kaum India terbesar dan parti komponen utama Barisan Nasional (BN).

"Kini, presiden parti itu tidak mempunyai pilihan lagi, selain menunjukkan potensi dan kemampuannya untuk bersikap lebih tegas dalam menyatukan dan membawa anggota serta mereka yang berada di atas pagar supaya kembali bersatu bagi memastikan MIC terus relevan bagi mayarakat India," katanya apabila dihubungi Bernama.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kekecohan yang berlaku di ibu pejabat MIC apabila beratus-ratus penyokong memekik kata-kata kurang sopan, saling menyelar, menolak dan mengherdik satu sama lain ketika berlangsungnya mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) yang dipertikaikan.

Mesyuarat itu diadakan untuk membuat keputusan tentang arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) agar pemilihan semula diadakan dalam tempoh 90 hari.

ROS membatalkan pemilihan tiga naib presiden dan 23 anggota CWC yang diadakan pada perhimpunan agung MIC di Melaka pada November.

Dalam suratnya bertarikh 5 Dis, ROS mencadangkan agar pemilihan bagi jawatan berkenaan diadakan semula dalam tempoh 90 hari berikutan terdapat dakwaan bahawa wujud salah laku dan perbuatan yang melanggar perlembagaan parti serta Akta Pertubuhan.

ROS juga menasihati MIC supaya tidak mengadakan mesyuarat agung tahunannya selagi perkara itu belum diselesaikan.

Kali terakhir ibu pejabat MIC dibanjiri pengunjung ialah ketika presiden parti ketika itu, Datuk Seri S. Samy Vellu berundur pada Disember 2010 setelah menerajui MIC selama 31 tahun.

Dr Sivamurugan berkata walaupun ada kalanya, gaya kepimpinan Palanivel menjengkelkan anggota dan pemimpin akar umbi MIC, namun beliau mampu mengatasi kelemahannya.

"Jadikanlah bantahan itu sebagai pengajaran untuk terus melangkah ke hadapan bagi menghadapi cabaran lebih besar pada masa akan datang dan membantu Barisan Nasional mengekalkan kuasa. Buatlah bedah siasat dan penilaian terperinci serta carilah jalan untuk mengatasi semua masalah dengan cekap," katanya.

Sementara itu, Prof Madya Dr Ahmad Martadha B Mohamed dari Universiti Utara Malaysia (UUM) pula berkata lazimnya, budaya politik di Malaysia memberi penekanan terhadap keperluan mempunyai pemimpin yang kuat, yang mampu membawa parti masing-masing ke tahap lebih gemilang serta berani menghadapi cabaran lebih besar.

"Dalam hal ini, Palanivel dilihat sebagai pemimpin yang lemah berbanding pemimpin sebelum beliau kerana beliau kelihatan kurang lantang dan lebih gemar menunggu sebelum membuat keputusan tentang sesuatu isu kritikal," kata pensyarah bidang Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa UUM itu.

Sikap suka membisu serta "tunggu dan lihat" ini mendorong anggota parti melihat beliau sebagai pemimpin yang tidak berkemampuan, lemah serta tidak berpendirian tegas dan oleh itu, mereka meminta beliau berundur, katanya.

Dr Ahmad Martadha berkata dalam menghadapi keadaan sekarang, penubuhan sebuah jawatankuasa bebas mungkin merupakan pilihan terbaik untuk parti itu memandangkan tidak kelihatan dengan jelas wujudnya sebarang penyelesaian untuk mengatasi konflik yang melanda MIC.

"Sikap suka mencari kesalahan dan berbalah akan berakhir jika terdapat usaha untuk menyelesaikan isu sebenar yang menghantui parti itu. Jadi, satu pelan jelas perlu disediakan untuk menyelesaikan krisis yang melanda MIC ketika ini dan ia perlu melibatkan pihak berkecuali sebagai orang tengah antara kumpulan yang bertelagah dalam parti itu," katanya.

Sementara itu, Prof Madya Dr Sarjit Singh Gill dari Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata Palanivel kelihatan terus membisu apabila berdepan dengan isu masyarakat atau perkara berkaitan MIC.

"Kini, sudah empat tahun Palanivel mengambil alih tugas menerajui parti itu daripada Datuk Seri S. Samy Vellu. Tetapi, apa yang dapat kita lihat dengan ketara ialah timbulnya pelbagai isu dan inilah yang menyebabkan pemimpin dan anggota parti menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka.

"Oleh itu, MIC memerlukan seorang pemimpin yang dinamik, yang mampu menangani cabaran serta berupaya memperkasakan kembali parti itu dengan segera agar ia terus relevan dengan landskap politik tempatan," katanya.

Berkongsi sentimen serupa, penganalisis politik Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata presiden MIC itu perlu bangun dengan segera untuk menunjukkan bahawa beliau mempunyai kuasa terhadap parti dan memimpinnya ke arah yang betul apabila menangani masalah berkaitan masyarakat India.

"Palanivel tidak mempunyai pilihan selain menyelesaikan krisis yang berlaku melalui langkah penjenamaan semula. Sesetengah kelompok dalam masyarakat India menolak MIC kerana menganggap pemimpin parti itu sebagai terlalu tamakkan kuasa," kata dekan Sekolah Pengajian Antarabangsa UUM itu.

Dr Mohd Azizuddin berkata anggota MIC pula perlulah berhenti daripada berbalah, sebaliknya bersatu untuk menyelesaikan masalah pemilihan semula jawatan berkenaan dan menghapuskan perbezaan pendapat antara mereka bagi mencapai kata sepakat.

-- BERNAMA

'MIC Crisis A Wake-Up Call For Palanivel - Analysts', 25 December 2014



 

By Chandravathani Sathasivam

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Political analysts have described the protest by party members inside and outside the MIC headquarters here last week, as a long overdue 'wake-up' call for party president Datuk Seri G. Palanivel to strengthen the party as well as change his style of leadership.

They say, the call was the last straw for Palanivel to step up and reinvigorate the party or face continuous call from leaders and members to step down early.

In their view, Palanivel must not only lead with strong leadership, but must be seen to lead, as many members inside as well as the community at large outside, perceived him to be "silent" and "not seen", when the party and the community was faced with important issues.

Universiti Sains Malaysia Associate Professor Dr Sivamurugan Pandian said the scuffle between rival faction last week was an "alarming signal" for Palanivel to do something really fast under his leadership to restore the party's previous glory and image as the largest Indian-based party and a key Barisan Nasional (BN) component.

"It is high time for the president to show his potential and capability and to be more vocal to unite and bring members and fence-sitters back together, thus ensuring that MIC remains relevant to the Indian community," he told Bernama when contacted.

He was commenting on the chaos at the MIC headquarters where several hundred supporters spewing profanities, with name-calling exchanged, pushing, and shouting as the disputed Central Working Committee (CWC) meeting took place.

The crucial meeting was to decide on a directive from the Registrar of Societies (ROS) to hold a fresh election within 90 days.

The ROS had nullified the elections for the three vice-presidents and 23 CWC posts held during the party's general assembly in Melaka, last November.

In the Dec 5 letter, the ROS said they had recommended that the posts be re-elected within 90 days, following alleged irregularities and breach of the party's constitution and the Societies Act.

The ROS had advised the MIC to not hold its annual general meeting until the matter was resolved.

The last time there was a big crowd at the MIC headquarters was when the then president Datuk Seri S. Samy Vellu stepped down in December 2010 after 31 years at the helm.

Elaborating further, Dr Sivamurugan said although Palanivel's leadership style at times had irked members and grassroots leaders, he can rise from any of his shortcomings.

"Take the protest as a lesson to move forward to face bigger challenges ahead and help Barisan Nasional to retain power. Have a detailed post-mortem study, evaluate and find ways to face the problems, efficiently," he said.

Meanwhile, Prof Madya Dr Ahmad Martadha B Mohamed of Universiti Utara Malaysia said Malaysia's political culture always emphasized on the need for a strong leader who can lead their party to greater heights, and brace themselves to face greater challenges.

"As such, Palanivel seems to be perceived as a weak leader compared to his predecessor because he seems to be less vocal and tends to wait before making decisions on critical issues," said the UUM Law, Government and International Studies lecturer.

This silence and "wait and see attitude" has brought party members to view him as an incapable, weak and indecisive leader, and hence the call for him to step down, he added.

Dr Ahmad Martadha suggested that setting up an independent committee at this particular time seems to be the best option for the party, since there seems no other clear solution in sight, thus the committee would be the plausible answer to the ongoing conflict in the party.

"The blaming game and the bickering will stop if there are attempts to solve the real issues in the party. As such, there must be a clear plan to solve the crisis in the MIC now, and it should involve a neutral party to become the mediator between the opposing camps in the party," he said.

Associate Prof Dr Sarjit Singh Gill of Universiti Putra Malaysia said Palanivel has appeared to have taken to maintaining silence, whenever he was confronted with community issues or party matters.

"It has been four years since Palanivel took over the reins of the party from Datuk Seri S. Samy Vellu. But, what we saw was the internal issues that had stood out prominently, causing party leaders and members to voice out their displeasure.

"Therefore, the party requires a dynamic leadership that can adequately handle the challenges with an urgent need to rejuvenate the party so that it can remain relevant in the local political landscape," he said.

Sharing a similar sentiment, political analyst Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani said the president needs to buck up immediately to show that he is commanding the party and leading in the right direction when handling problems of the Indian community.

"Palanivel has no choice but to resolve the crisis by rebranding. Some segments of the Indian community are already rejecting MIC because they perceive MIC leaders are too greedy for power," the dean of the School of International Studies, Universiti Utara Malaysia said.

Dr Mohd Azizuddin said MIC members should stop bickering, instead stand united to fix the re-election problem, address their differences and hopefully, reach a compromise.

-- BERNAMA

Blog Archive