Thursday, February 22, 2007

‘Ilham Pilihan Raya?’, Utusan Malaysia, 22 Februari 2007

TIBA-tiba timbul kejutan bahawa prestasi mantap semua fundamental ekonomi negara boleh dijadikan petunjuk sudah tiba masanya Parlimen dibubarkan untuk membolehkan pilihan raya ke-12 berlangsung; yang kedua di bawah pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa belum sampai masanya untuk membubarkan Parlimen kerana manifesto pilihan raya masih belum dipenuhi sepenuhnya.

Manifesto BN dalam pilihan raya 2004 memperlihatkan satu agenda yang menyeluruh, holistik dengan pendekatan ke atas kesemua elemen di bawah tema Cemerlang, Gemilang, Terbilang, memastikan perpaduan antara pelbagai etnik terpelihara di samping kualiti hidup yang jauh lebih baik.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Friday, February 09, 2007

'Reformasi Penyampaian Awam’, Utusan Malaysia, 9 Februari 2007

PENUBUHAN Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) melibatkan 23 personaliti berwibawa dari sektor awam swasta menunjukkan komitmen kerajaan terhadap keperluan persekitaran hari ini.

Ini boleh dianggap sebagai reformasi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ke atas sistem penyampaian awam yang didapati masih ada kekangan sehingga melewatkan proses mencapai matlamat akhir agenda beliau seolah-olah ada jurang di antara perancang, pelaksana dan kumpulan sasar.

Walaupun sudah banyak penerangan dan hebahan dilakukan untuk mendekati kesemua ejen yang terbabit, masih ada lompong kosong yang memperlahankan proses keputusan akhir kerana hasil yang lebih baik dapat dilihat jika wujud pemantauan ke atas hubungan resiprokal antara ketiga- tiga komponen ini

Klik sini untuk artikel lengkap.

Blog Archive