Friday, August 30, 2013

'Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tidak Terbuka, Kata Penganalisis Politik', Bernama, 30 Ogos 2013

Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tidak Terbuka, Kata Penganalisis Politik



GEORGE TOWN, 29 Ogos (Bernama) -- Tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP menasihatkan panggung wayang di negeri ini tidak menayangkan filem patriotik 'Tanda Putera' menimbulkan persoalan keterbukaan dan kebebasan yang dilaungkan pakatan pembangkang sebelum ini.

Penganalisis politik Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata berdasarkan kedua-dua prinsip itu, kerajaan negeri seharusnya menggalakkan penayangan filem itu dan memberi peluang kepada rakyat membuat penilaian.

"Dalam konteks ini, apabila filem ini ditayangkan di tempat lain ia boleh melahirkan kemusykilan dalam kalangan masyarakat...tindakan itu akan disalah tafsir oleh masyarakat.

"Sepatutnya filem ini ditonton terlebih dahulu dan kemudian diberi penilaian," katanya ketika dihubungi di sini hari Khamis.

Semalam, Lim dalam sidang akhbar berkata kerajaan negeri pimpinan DAP meminta pengusaha pawagam di negeri ini tidak menayangkan filem 'Tanda Putera' dengan mendakwa ia mengandungi unsur-unsur sensitif dan fitnah yang tidak sesuai untuk tontonan umum.

Filem arahan Datuk Shuhaimi Baba itu yang diterajui dua bintang utama iaitu Rusdi Ramli sebagai Tun Abdul Razak Hussein dan Zizan Nin sebagai Tun Dr Ismail Abdul Rahman ditayang serentak di 60 pawagam seluruh negara mulai hari ini.

Sivamurugan berkata Lim sewajarnya menonton filem berkenaan dan membuat penilaian sama ada filem berdurasi dua jam itu boleh mengancam keharmonian negara dan memberi kesan kepada parti DAP.

Sementara itu, Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) Datuk Seri Mohd Yussof Latiff berkata filem �Tanda Putera itu seharusnya dijadikan pengajaran kepada penonton mengenai sejarah negara.

Sementara itu, pelajar jurusan pergigian Anis Nadia Ismail, 21, melahirkan rasa kesal apabila filem itu tidak ditayangkan di negeri ini dan menyifatkan filem yang mempunyai elemen sejarah wajib ditonton oleh semua masyarakat terutamanya generasi muda.

"Sayang filem ini tidak ditayangkan. Sekurang-kurangnya menerusi filem patriotik sebegini, ia dapat memberi kesedaran kepada generasi muda kepentingan mengekalkan perpaduan di antara kaum," katanya ketika ditemui di TGV Cinemas di 1st Avenue di sini, hari ini.

Beliau juga berharap lebih banyak penghasilan filem bergenre sejarah dihasilkan pada masa akan datang.

Di KUALA TERENGGANU, Gagasan Melayu Pendidikan Malaysia (Gagasan) secara sinis mengucapkan 'tahniah' kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang tidak mahu filem itu ditayangkan di negeri itu.

Setiausaha Agung Gagasan Syed Anuar Syed Mohamad seterusnya mencabar dua lagi negeri yang dikuasai pembangkang iaitu Selangor dan Kelantan agar mengambil langkah serupa.

"Inilah wajah sebenar pemimpin-pemimpin pemangkang yang tiada langsung semangat cintakan negara, sebaliknya mereka cuba pelbagai cara untuk mengelirukan rakyat sehingga mencetuskan ketegangan.

"Kita yakin jika beginilah amalan mereka, masa depan Malaysia tidak akan aman damai, malah lebih teruk daripada apa yang berlaku di Mesir dan Syria," katanya ketika dihubungi Bernama.

Syed Anuar seterusnya menasihati orang ramai khususnya golongan muda yang sayangkan keamanan dan kesejahteraan negara supaya tidak mudah terpedaya dengan agenda pembangkang sehingga boleh mengundang petaka kepada negara.

"Kita juga nasihatkan masyarakat khususnya orang muda agar tonton dulu filem itu dan nilai sendiri apakah benar dakwaan liar pembangkang," katanya.

-- BERNAMA

p/s: Saya berpandangan filem ini yang sudah lama tertangguh wajar ditayang dan tonton; selepas itu baru dinilai jika perlu dilarang kerana ia sudah melalui proses penapisan. Bila dilarang, maka ia memberikan impak jauh lebih tinggi sehingga lebih ramai mahu menonton.

'Tanda Putera' A Must-watch Movie For All', Bernama, 30 August 2013


'Tanda Putera' A Must-watch Movie For All


KUALA LUMPUR, Aug 29 (Bernama) -- 'Tanda Putera', a film directed by Datin Paduka Shuhaimi Baba, is a must-watch movie for all Malaysians, according to Umno Youth executive council member Lokman Noor Adam.

As such, he also called on the people, especially the young generation, to watch the historical biographical film about Malaysia's second prime minister Tun Abdul Razak Hussein and his then deputy Tun Dr Ismail Abdul Rahman set around the time after the 1969 racial riots.

He said he personally had watched the movie twice and admitted that it really touched him emotionally.

"I cried half the time watching the movie.

"Besides showcasing the struggles of our previous leaders in restoring peace after the May 13 riot, the movie revolves around Tun Abdul Razak and Tun Dr Ismail who hide their illnesses to ensure political stability," he said in a statement here Thursday.

Bernama check at the TGV cinemas in the city today found that most of the audience agreed that the movie was remarkable as it promoted the message of struggles.

Freelance photographer, Ng Koh Ying said the multi-racial people of Malaysia must watch the movie as they would understand the struggles and decisions made by the two former important leaders in the country.

"Although the Penang government decided to ban the screening of the movie in the state, we don't have to follow their path and being unsupportive to the local film industry, especially when the movie was based on the country's history," said the Sarawak-born woman after watching the movie here today.

Raja Mohd Nazri Raja Md Esa, 27, also described the movie as a historical material that would help the young generation in understanding the meaning of struggles.

"The two statesmen had strived to carry out various plans to ensure stability and the future of the country. As the new generation, we should not gamble with what we have now," he said.

Meanwhile, Seniman president Rozaidi Jamil, or better known as Zed Zaidi, said the move taken by the Penang government to ban the screening of the film in the state was seen as an attempt to hide a piece of the country's history from the people, especially the younger generation.

"The state government has no power to stop the cinemas from screening certain films, it is actually up to Finas, LPF (Film Censorship Board) and the Communications and Multimedia Ministry.

"It is a very good movie and it is a story that needs to be told to the current generation. Don't judge a book by its cover. Just watch it first," he told Bernama when met at the Malaysian National News Agency's Aidilfitri Open House here today.

In GEORGE TOWN, political analyst Assoc Prof Dr Sivamurugan Pandian said asking cinemas not to screen the movie had also caused the openness and freedom bandied about by the Penang government and the opposition to be questioned by many.

"The move will be misinterpreted by the people. They should allow the movie to be watched by the people first before making any claims," he told Bernama when contacted.

Sivamurugan said Chief Minister Lim Guan Eng himself should watch the movie first before claiming that it had sensitive and defamatory elements against DAP and that it could pose threats to national unity and harmony.

Penang Malays Association (Pemenang) president Datuk Seri Mohd Yussof Latiff, on the other hand, said the movie should be able to teach the audience about what happened in the country 44 years ago.

"The film is approved by Filem Negara. The tragedy of 1969 is real...we should look at it the positive way and learn from it for the sake of our next generations.

"Let it be a reminder for us not to do things that can affect national unity," he said.

Student Anis Nadia Ismail, 21, also expressed dissatisfaction over the state government's decision to ban the screening of the movie in Penang.

"It's a shame that the movie cannot be screened here when the spirit of patriotism among the young generation is declining.

"With this kind of film being produced, at least it can enhance public awareness, especially among the young generation, about the importance of maintaining racial harmony and unity," she said.

In KUALA TERENGGANU, the Malaysian Malay Education Body (Gagasan) secretary-general Syed Anuar Syed Mohamad had cynically congratulated the Penang chief minister for making such a request to the cinemas in the state.

Syed Anuar also challenged the other two opposition-led state governments, Selangor and Kelantan, to take the same action.

"This is the true colour of the opposition leaders who not only have no love for the country, but will try their level best to confuse the people to the extent of creating tension in the country.

"We are confident that if they continue doing this, Malaysia will not enjoy peace in the future and may suffer a lot more than Egypt and Syria," he told Bernama when contacted here today.

-- BERNAMA

Tuesday, August 27, 2013

'Ketepikan Ego, Bergabung Sebagai Satu Parti India - Penganalisis Politik', Bernama, 25 Ogos 2013


Ketepikan Ego, Bergabung Sebagai Satu Parti India - Penganalisis Politik



Oleh Chandravathani Sathasivam dan Norshazlina Norazman

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Proses penggabungan parti politik kaum India di negara hanya dapat dilaksanakan sekiranya semua pihak yang berkepentingan melepaskan ego dan bersedia mengutamakan kepentingan masa depan masyarakat itu.

Penganalisis politik Anbumani Balan berkata faktor kerjasama, tolak ansur dan pengorbanan merupakan tiga asas penting untuk membuka pintu perbincangan antara semua pemimpin parti India.

Beliau berkata isu ini sudah dibangkitkan dari semasa ke semasa termasuk pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) dan kini bukanlah masa untuk menuding jari antara satu sama lain ataupun mahu menunjukkan kehebatan parti mana yang kuat.

Dalam percaturan politik, kita perlu akui pelbagai faktor boleh dikaitkan dengan penerimaan dan penolakan sesebuah parti politik oleh masyarakat umum.

"Justeru, semua pihak perlu mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku dan perlu bersedia untuk melakukan dan menerima perubahan bagi menjamin harapan rakyat," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas saranan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menggesa semua parti politik kaum India di bawah BN bergabung membentuk satu entiti demi kebaikan kaum India, di negara ini.

Tambah Anbumani, banyak parti politik alternatif muncul di negara ini disebabkan faktor tidak puas hati serta perpecahan dalaman sesebuah parti politik.

"Apabila parti-parti itu sebagai rakan BN, maka kepimpinan tertinggi BN juga perlu bersedia menerima hakikat bahawa segala proses penyatuan ataupun penggabungan memerlukan sokongan daripada semua pihak.

"Ini bukannya sekadar cakap-cakap politik sahaja kerana penyatuan sedemikian memerlukan komitmen daripada semua pihak," jelas beliau.

Anbumani mencadangkan MIC sebagai sebuah parti dominan yang mewakili masyarakat India, boleh membentuk satu jawatankuasa khas yang dinamakan majlis permuafakatan parti-parti politik kaum India dan dianggotai semua anggota parti politik yang lain.

"Ini bertujuan untuk mengerakkan proses perbincangan. Walau bagaimanapun, proses tersebut perlu didahului dengan semangat kerjasama dan perpaduan untuk menangani masalah melibatkan kaum India," katanya.

Jelas Anbumani, satu perubahan mendadak tidak boleh diharapkan kerana banyak isu lain harus dipertimbangkan secara teliti dan sistematik agar membentuk formula penggabungan dapat dilakukan secara kompromi dalam situasi memang-menang kepada semua pihak.

Sementara itu, Prof Madya Dr. Sivamurugan Pandian pula berpendapat bahawa gabungan semua parti akan membolehkan mereka bekerjasama untuk kepentingan kebajikan dan kedudukan masyarakat India memandangkan populasinya sekitar 1.8 juta.

"Walaupun berbeza pendekatan politik kepartian, masing-masing boleh berganding bersama kerana matlamat akhir ada perjuangan untuk masyarakat India merentasi elemen ekonomi, sosial dan politik.

"Namun, cabarannya adalah untuk memastikan pengstruktruan parti dan kepimpinan serta kaedah yang mahu digunakan untuk mendekati para penyokong perlu diselaraskan," kata Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

Katanya, ini adalah kerana ini akan menjadi dilema berterusan melainkan masing-masing bersedia berkorban dan berkompromi demi masa depan masyarakat India di Malaysia.

Makkal Sakti Malaysia turut mengulangi kesediaan untuk bergabung sebagai sebuah parti tunggal dengan parti lain yang mewakili kaum India bagi membantu dan memperjuangkan kepentingan kaum itu di negara ini.

Presidennya Datuk R.S Thanenthiran menyifatkan penggabungan itu penting kerana masyarakat India di negara ini memerlukan satu saluran berkesan bagi membantu perjuangan menyelesaikan masalah mereka.

Beliau berharap budaya berpuak-puak dan merebut jawatan yang sering kali berbangkit dalam parti politik lain, tidak berlaku sekiranya penggabungan itu direalisasikan kelak.

"Kami tidak mempunyai sebarang masalah jika ingin mewujudkan sebuah ikatan yang teguh merangkumi kesemua parti-parti politik masyarakat India yang mempunyai ideologi yang murni," katanya.

Namun Thanenthiran berkata semua pemimpin parti perlu bertolak ansur dan bersedia melepaskan jawatan parti masing-masing.

Beliau turut menolak andaian bahawa kelahiran parti-parti baharu berikutan masalah jawatan dalaman, sebaliknya berkata ia hasil perjuangan murni dalam membantu masyarakat India.

-- BERNAMA

'Merger Call For Better Future Of Indian Community - Analysts', Bernama, 25 August 2013


Merger Call For Better Future Of Indian Community - Analysts



By Chandravathani Sathasivam and Norshazlina Norazman

KUALA LUMPUR (Bernama) -- The merger of Indian-based parties under the Barisan Nasional (BN) umbrella could come to fruition if all stakeholders could bury the hatchet and egotism and work together for the future of the community.

Political analyst Anbumani Balan said cooperation, tolerance and sacrifice would open the door of discussion among Indian leaders with no parties pointing fingers against each other or stamping dominance.

"By admitting that there were many pull and push factors in people's acceptance of a political party, all stakeholders should take cognisance of the political scenario and be ready to make changes for the benefit of the community," he said when contacted.

He was commenting BN secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor's proposal to Indian parties under the coalition to merge for the benefit of the Indian community.

Anbumani said the merger called for commitment from all parties as offshoot Indian parties emerged out of a split from the main party due to dissatisfaction and internal bickering.

"As the offshoots become BN friendly, the BN top leadership should be prepared to accept the fact that the process of reconciliation or merger requires the support of all parties," he added.

Anbumani proposed to the MIC, as a dominant Indian party, to form a reconciliation council of Indian parties comprising representatives of all Indian parties as well that of other BN component parties to pursue the merger.

"This is to facilitate discussions. However, the process should be superseded by a spirit of cooperation and solidarity," he said.

He said a sudden change could not be expected as many other issues should be delved into carefully and systematically to strike a compromise in creating a win-win situation for all.

Universiti Sains Malaysia's School of Social Sciences senior lecturer Assoc Prof Dr. Sivamurugan Pandian said despite differences in approaches, Indian parties could work together as their ultimate goal was to champion the Indian community economically, socially and politically.

"However, the challenge is to ensure that the restructuring of the single party and leadership as well as the method used to garner support of the community should be well coordinated," he said, adding that this could become unceasing dilemma unless each party was ready to make sacrifices and compromises for the sake of the community.

Reiterating the Malaysia Makkal Sakti Party's readiness for the merger, its president, Datuk R.S Thanenthiran said the community needed a single potent tool to pursue their struggle for a better future.

He hoped partisan culture and jostling for positions would not occur if the merger were to come to fruition.

"We do not have any problem in creating a strong bond among Indian political parties subscribing to a noble ideology," he said, adding that however, all leaders should be tolerance and ready to relinquish their posts.

Dismissing a suggestion that offshoots emerged out of the dominant Indian party due to a tussle for positions, he attributed it to a noble struggle to improve the well-being of the community.

-- BERNAMA

'Memupuk Semangat Kemerdekaan Dalam Jiwa Setiap Warga Malaysia', Pena DrSiva, Utusan Malaysia, 26 Ogos 2013


'In Perak, Petition Fatigue Sets In', New Straits Times, 19 August 2013


'Kompromi menyebabkan Presiden MIC tidak dicabar', Berita Harian, 27 Ogos 2013


Persetujuan yang dicapai oleh Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel dan timbalannya, Datuk Seri Dr S Subramaniam supaya tidak berlaku perebutan jawatan Presiden dalam pemilihan kali ini membuktikan mereka mengutamakan perpaduan parti lebih daripada kepentingan peribadi.

Kompromi itu memberi satu lagi peluang kepada Palanivel untuk terus memimpin MIC bagi tempoh satu penggal lagi, iaitu selama tiga tahun sebelum diambil alih oleh timbalannya pada 2016.

  Persetujuan itu juga dapat mengelakkan perpecahan di dalam parti berkenaan sekiranya berlaku perebutan jawatan khususnya antara penyokong calon yang bertanding.

  Berikutan kemerosotan pencapaian Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), MIC sudah tentu tidak mampu berpecah, apatah lagi kerana perebutan jawatan. Malah parti BN yang lain juga menghadapi risiko perpecahan yang menyusuli perebutan jawatan.

  Tumpuan utama parti berkenaan adalah untuk mengembalikan sokongan pengundi dan perkara inilah yang mungkin dilakukan oleh Palanivel dalam penggal terakhir beliau memimpin MIC.

  Baki masa yang masih ada padanya memberi peluang kepada Presiden MIC itu membereskan apa juga kerja yang masih tertunggak dalam usahanya untuk memulihkan parti berkenaan.

  Sebagai pemimpin, beliau sudah tentu tidak mahu melepaskan jawatannya dalam keadaan parti lemah longlai. Mungkin ada sesuatu di dalam pemikiran dan perancangan Palanivel untuk melonjakkan semula parti yang mewakili kaum India itu.

  Tugas beliau juga amat berat kerana selain keputusan PRU-13 yang merosot, beliau juga menghadapi saingan daripada beberapa parti lain, di dalam dan di luar BN, yang turut memperjuangkan nasib kaum India di negara ini.

  Keputusan pilihan raya itu juga mendedahkan Palanivel kepada pandangan dan kritikan tajam daripada kawan dan lawannya sendiri termasuk mentornya, Datuk Seri S Samy Vellu, yang ternyata masih mempunyai aura pengaruh yang kuat.

  Umumnya ahli MIC juga seharusnya memberi peluang terakhir ini kepada Palanivel untuk membuktikan dirinya. Mungkin tidak ramai orang sanggup menimba tanggungjawab sebegitu besar seperti Palanivel, untuk memimpin sebuah parti politik yang hampir hilang pengaruhnya dan semakin ditelan zaman.

  Kesanggupan beliau menunjukkan bahawa beliau sebenarnya masih mempunyai stamina yang kuat untuk meneruskan perjuangan, khususnya untuk kaum India.

  Lagipun tempoh tiga tahun yang bukan lama sangat itu boleh digunakan dengan sebaik mungkin oleh Dr Subramaniam untuk mempersiapkan dirinya bagi mengambil alih dan meneruskan agenda yang ditinggalkan Palanivel.

  Penganalisis politik, Dr Sivamurugan Pandian berpendapat langkah yang diambil oleh pucuk pimpinan MIC itu dapat memperkukuhkan lagi kedudukan parti berkenaan sebagai persediaan menghadapi PRU-14 yang akan diadakan paling lewat pada 2018.

  Namun adalah penting penyokong kedua-dua pemimpin berkenaan memahami tujuan kompromi itu agar mereka tidak memberi tindakan balas yang boleh menjejaskannya. Sudah tentu penyokong mereka harus diberikan kefahaman jelas mengenai perkembangan terbaru itu.

   Dr Pandian berkata, penyokong kedua-dua pemimpin itu hendaklah menerima pelan peralihan berkenaan dengan positif supaya ia dapat memperkukuhkan lagi parti berikutan cabaran hebat daripada pembangkang.

   “Pemilihan parti tidak harus dianggap lebih besar daripada pilihan raya dan usaha untuk mencapai persetujuan itu adalah langkah bagi memastikan kestabilan parti tidak tergugat,” katanya.

   Kompromi itu dicapai oleh kedua-dua pemimpin atasan MIC berkenaan selepas perbincangan yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

  Palanivel mengambil alih jawatan Presiden MIC selepas Samy Vellu melepaskan jawatan yang dipegangnya selama 31 tahun pada 2010.  

  Dalam sistem pemilihan MIC, Presiden dipilih secara berasingan daripada jawatan lain. Pencalonan bagi Presiden akan dibuka pada 1 September depan sementara pengundian oleh kira-kira 4,000 pengerusi cawangan akan berlangsung pada 22 September.

   Jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan 23 Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) pula akan diadakan pada November depan dan pemilihan dilakukan oleh kira-kira 1,500 perwakilan.
kepada Palanivel untuk terus memimpin MIC bagi tempoh satu penggal lagi, iaitu selama tiga tahun sebelum diambil alih oleh timbalannya pada 2016. 

- Berita Harian, 27 Ogos 2013

 

Blog Archive