Sunday, August 12, 2012

'Sukar Namun Bukan Mustahil Bagi Parti Serpihan Kembali Ke Pangkuan Umno', Bernama, 12 Ogos 2012


Seorang lagi penganalisis politik Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata bagi memastikan parti serpihan itu kembali, Umno perlu merampas ‘kunci’ kekuatan mereka iaitu anggota mereka yang terdiri daripada golongan pemimpin muda, profesional dan cendekiawan.
“Umno perlu membuka ruang seluas-luasnya kepada golongan ini menyertainya, bukan setakat itu sahaja Umno perlu mengerakkan golongan ini menjadi nadi parti itu dengan memberi peranan penting seperti jawatan dan tanggungjawab membuat keputusan kepada mereka,” katanya.
Timbalan Dekan Pusat Program Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia itu berkata parti serpihan yang dilihat lebih kuat berbanding sebelum pilihan raya umum 2008 menyukarkan usaha penyatuan itu, namun ia boleh berubah sekiranya parti serpihan itu menjadi lemah.
“Sekiranya pakatan pembangkang menjadi lemah dan tidak dapat memenuhi aspirasi rakyat memang ada kemungkinan parti serpihan itu kembali kepada Umno. Jika dilihat sejarah kelemahan ini boleh berlaku jika tiada lagi kesepakatan dalam pakatan pembangkang itu sendiri,” katanya.
Sivamurugan berkata menarik parti serpihan menjadi anggota BN mampu mengukuhkan BN namun kekuatan Umno tetap pada tahap yang sama. “Objektifnya sekarang kita mahu kuatkan Umno, bila Umno kuat BN akan jadi lebih kuat” katanya.

http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsindex.php?id=687517

No comments:

Blog Archive