Friday, November 17, 2006

‘Melihat Agenda UMNO Di bawah Abdullah’, Utusan Malaysia, 17 November 2006

PERHIMPUNAN Agung UMNO kali ini telah menjadi pentas untuk Presiden Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memperjelas, mendengar dan memastikan keinginan untuk meneroka masa depan negara di bawah payung kepimpinannya akan mendapat sokongan padu. Tiga tahun memimpin, ada pasang surut, ada kekuatan serta kritikan; tidak kurang sarat ujiannya.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Wednesday, September 06, 2006

‘Minimumkan Kerenah Birokrasi’, Utusan Malaysia, 6 September 2006

DALAM Bajet 2007 yang dibentangkan Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dilihat memberi penekanan kepada usaha memelihara kebajikan kakitangan perkhidmatan awam. Di samping bonus, mereka diberikan insentif Elaun Tetap Khidmat Awam dan bantuan Kos Sara Hidup (COLA).

Ini seiring dengan dasar kerajaan untuk memastikan keperluan pelaksana dasar terpelihara supaya perkhidmatan yang diberi kepada pengguna turut terjamin mutunya. Walaupun begitu, sejauhmanakah pelaksana dasar termasuk staf sokongan memahami inti pati fungsi serta peranan mereka dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka?

Klik sini untuk artikel lengkap.

Tuesday, June 20, 2006

‘Mempertahankan Kesaksamaan Gender’, Utusan Malaysia, 8 Jun 2006

DALAM persidangan bertemakan “Gender Equality Seminar: Swedish Experiences” anjuran bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersama Kumpulan Tindakan Bersama Wanita (JAG), Menterinya Datuk Seri Shahrizat Abd. Jalil menyatakan sudah tiba masanya kita mempertimbangkan Akta Kesaksamaan Gender.

Pembangunan yang dikecapi oleh Malaysia membolehkan perubahan terus dinikmati oleh kaum wanita melalui anjakan dalam budaya, demografi, populasi dan corak pemikiran masyarakat sendiri.

Klik sini untuk artikel lengkap.

’60 tahun Dewasakan MIC’, Utusan Malaysia, 20 Jun 2006

PADA 24 dan 25 Jun 2006, parti Malaysian Indian Congress (MIC) akan mengadakan Perhimpunan Agung kali ke-60. MIC ditubuhkan pada 5 Ogos 1946 dan bermula dari tarikh tersebut, parti ini berusaha untuk membawa perubahan dalam hampir kesemua aspek dalam masyarakat India di Malaysia.

Perhimpunan kali ini sewajarnya membolehkan kepimpinan MIC melihat semula pencapaian dan merangka strategi untuk bersama-sama rakyat lain merealisasikan pembentukan bangsa Malaysia yang maju, progresif, berdaya saing dan inovatif.

Dengan jumlah seramai 1.8 juta atau 7.6 peratus daripada 25.6 juta penduduk Malaysia, perkongsian ilmu dan kemahiran serta keupayaan akan membantu bersama-sama menggembleng tenaga ke arah pembentukan masyarakat kelas satu dalam negara yang terdiri dari masyarakat berbilang etnik.

Persoalannya, adakah MIC sudah bersedia untuk mengupas persoalan ini supaya perjuangan masa kini akan membuahkan hasil yang lebih baik pada masa akan datang?

Klik sini untuk artikel lengkap.

Friday, April 07, 2006

‘Latihan Sepanjang Hayat’, Utusan Malaysia, 7 April 2006

MISI Nasional yang dikemukakan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bukan sahaja berpaksikan usaha merealisasikan Wawasan 2020 yang tinggal hanya 13 tahun, tetapi juga bertujuan untuk membina tamadun negara yang dihuni oleh masyarakat berkeperibadian mulia di sebuah negara kelas pertama menjelang tahun tersebut.

RMK-9 mengakui bahawa modal insan berkualiti merupakan objek paling penting untuk mencapai Misi Nasional ini.

Pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat akan menjadi kunci kejayaan sepanjang proses tersebut.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Friday, March 17, 2006

‘Gelombang Korea Mantapkan Dasar Pandang Ke Timur’, Utusan Malaysia, 17 Mac 2006

KEBELAKANGAN ini, Korean Wave (Gelombang Korea) seolah-olah melanda seluruh dunia terutamanya rantau Asia.

Di Malaysia, Vietnam, Jepun mahupun China, golongan remaja atau tua seolah-olah hanyut dalam gelombang tersebut sejak drama bersiri Winter Sonata menjadi popular.

Namun sejauh mana Malaysia menggunakan gelombang Korea ini untuk memantapkan Dasar Pandang Ke Timur (DPT) yang diumumkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 8 Februari 1982 semasa Persidangan Tahunan Kali Ke-5 Malaysia-Japan Economic Association (Majeca) dan Japan-Malaysia Economic Association (Jameca), di Kuala Lumpur.

Dasar ini memberi penekanan kepada sikap bekerja, disiplin, rasa tanggungjawab, nilai pekerjaan, kesetiaan dan nilai pengurusan yang dianggap akan membolehkan Malaysia menjadi negara industri maju di Asia selepas Jepun dan Korea Selatan.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Friday, February 03, 2006

‘Kredibiliti Politik MIC’, Utusan Malaysia, 3 Februari 2006

TAHUN ini parti Malaysian Indian Congress (MIC) akan meraikan 60 tahun penubuhan parti tersebut.

Sejak penubuhannya 5 Ogos 1946, MIC telah mempunyai tujuh orang Presiden bermula dari era John A Thivy (1946-1947) diikuti Budh Singh (1947-1950); K. Ramanathan (1950-1951); K.L Devaser (1951-1955); Tun Sambanthan (1955-1973); Tan Sri Manikavasagam (1973-1979) dan Datuk Seri S. Samy Vellu yang mula mentadbir MIC sebagai pemangku Presiden pada 1979 sebelum dilantik ke jawatan tersebut pada tahun 1981 sehingga ke hari ini.

Agak menarik, tahun ini MIC mula menjadi perhatian ramai kerana parti ini akan mengadakan perhimpunan agungnya yang juga membabitkan pemilihan Presiden dan jawatan-jawatan lain dalam parti.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Thursday, January 26, 2006

'Wakil Rakyat Perlu Manfaatkan Blog', Utusan Malaysia, 26 Januari 2006

Teknologi kini sudah jauh berubah. Perkembangan ini telah membolehkan kebanyakan rutin manusia dipercepatkan mengatasi masa 30 tahun yang lalu. E-mel menjadi komunikasi utama hari ini dan banyak urusan yang dapat diselesaikan melaluinya. Begitu juga dengan penyebaran maklumat melalui laman web yang ada kalanya boleh dicipta menggunakan ruang percuma. Hari ini, perkembangan dunia teknologi bergerak setapak lagi apabila weblog menjadi popular dan tumpuan ramai. Gabungan perkataan web dan log ini dengan sendirinya memberi tafsiran bahawa ia mendekati fahaman kita ke atas penggunaan buku log, catatan seharian yang boleh ditulis dalam laman web tertentu secara online. Secara ringkasnya, ia dikenali sebagai blog. Penulisan dalam blog membolehkan pemikiran, perkongsian dan maklum-balas dilakukan di alam maya tanpa ada hubungan secara langsung. Lazimnya catatan yang disiarkan dalam blog boleh diterjemahkan sebagai pengalaman atau pandangan yang mahu dikongsi bersama pembaca lain kerana ia tidak ada garis panduan. Pemilik blog bebas menyampaikan apa sahaja maklumat yang ingin disampaikan.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Thursday, January 12, 2006

‘DSN Jana Pembangunan Modal Insan’, Utusan Malaysia, 12 Januari 2006

TAHUN 2006 dianggap penting untuk menentukan hala tuju pembangunan negara kerana sepanjang 2005, banyak usaha telah diambil untuk membuat perincian dalam merangka dan merancang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) termasuk mendapatkan input daripada rakyat sendiri.

RMK-9 akan bermula tahun ini dan berakhir pada tahun 2010, sembilan tahun sebelum Wawasan 2020 menjadi kenyataan.

Sudah pasti dalam merancang strategi RMK-9, pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengambil kira usaha untuk mencapai wawasan tersebut di samping turut memberi perhatian ke atas prestasi Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) [2001-2010].

Sepanjang pelaksanaan RMK-8 (2000-2005), sudah pasti ada kejayaan dan pada waktu yang sama ada kelemahannya yang boleh dijadikan sebagai dorongan untuk dijadikan kekuatan RMK-9 nanti.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Tuesday, December 06, 2005

'Pertahankan Keamanan Jadi Tugas Belia', Utusan Malaysia, 6 Disember 2005

SEJAK akhir-akhir ini dunia dipenuhi dengan berita peperangan, keganasan, pembunuhan dan pemberontakan.

Walaupun Perang Dingin telah berakhir dengan keruntuhan empayar Soviet Union, kini muncul ancaman baru kepada kehidupan masyarakat global.

Sejak September 2001, beberapa pendekatan digunakan untuk membawa kepada interaksi yang lebih mesra dalam kalangan masyarakat global.

Walaupun sistem keselamatan setiap negara diperketatkan dalam usaha menangani keganasan, pergerakan manusia tidak terhenti.

Urusan perniagaan, pendidikan, hubungan diplomasi dan pelancongan berterusan.

Peristiwa di Perancis, Palestin, India, Iraq, Indonesia, Pakistan, Thailand dan Sri Lanka menunjukkan bahawa walaupun proses hubungan kemanusiaan masih berterusan tetapi golongan pengancam keselamatan masih menjalankan aktiviti mereka.

Saban hari, ada sahaja nyawa terkorban akibat perbuatan tidak berperikemanusiaan pihak tertentu yang menghukum individu yang tidak bersalah semata-mata untuk memenuhi matlamat mereka.

Mereka yang lahir ketika Iraq menyerang Kuwait masih melihat peperangan hari ini.

Ketika ini mereka berumur dalam lingkungan 15 tahun.

Kini, mereka melihat Iraq pula diserang oleh Amerika. Mereka mungkin keliru adakah Presiden Bush yang sama menyerang Iraq?

Klik sini untuk artikel lengkap.

Tuesday, November 22, 2005

'Kemenangan Rajapakse Lambatkan Proses Damai', Utusan Malaysia, 22 November 2005

DUNIA sebelum ini menjadi saksi betapa selepas bencana tsunami di Aceh, muafakat di antara kerajaan Indonesia dan kumpulan pemisah Gerakan Aceh Merdeka (GAM) berjaya dicapai sehingga membawa kepada gencatan senjata serta perjanjian damai.

Namun proses yang sama tidak berlaku di Sri Lanka.

Sri Lanka turut menjadi mangsa bencana tsunami sehingga menyebabkan ramai penduduknya terkorban.

Selain Indonesia dan Sri Lanka, turut terjejas akibat tsunami pada Disember lalu ialah Thailand, Malaysia dan India.

Mengapakah sehingga kini kedua-dua pihak, baik kerajaan Sri Lanka mahupun pihak pemberontak Harimau Tamil atau dikenali sebagai Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE) masih tidak dapat berkompromi?

Klik sini untuk artikel lengkap.

Monday, November 07, 2005

Ulasan Buku Abdullah Ahmad Badawi: Satu Tahun Di Putrajaya



Utusan Malaysia - 2 November 2005

Akhbar Utusan Malaysia telah menyiarkan ulasan ringkas mengenai buku ''Abdullah Ahmad Badawi: Satu Tahun di Putrajaya'', di ruangan ''Sehari Sebuah Buku'', buku yang telah disunting oleh saya bersama Profesor Madya Abd. Rahim Ibrahim; Dr. Azrina Husin dan Dr. Chua Soo Yean.
Buku ini merupakan kumpulan artikel pembentang yang telah membentangkan kertas kerja di Seminar Abdullah Ahmad Badawi: Satu Tahun di Putrajaya anjuran bersama Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia; Institut Sosial Malaysia, Yayasan Strategik Sosial dan Asian Strategy Leadership Institute di Legend Hotel pada 20 November 2004.

Tuesday, November 01, 2005

'Budaya Politik Siber', Mingguan Malaysia, 27 Jun 2004

'Asia Timur Guna Laluan Aman', Utusan Malaysia, 9 Ogos 2005

Tarikh 6 Ogos genaplah 60 tahun Hiroshima dibom oleh tentera Amerika Syarikat (AS). Peristiwa pengeboman ini bukan sahaja penting bagi rakyat Jepun, malahan keseluruhan komuniti dunia bersimpati dengan apa yang berlaku di dalam Perang Dunia Kedua itu.

Ada analisis yang menganggap ia bertujuan untuk membawa peperangan kepada penghujungnya. Beratus ribu nyawa terkorban dan begitulah kesan akibat penggunaan senjata nuklear di dalam perang. Peristiwa itu mempunyai beberapa signifikasinya. Antaranya, ia menandakan berakhirnya sejarah Jepun sebagai gergasi ketenteraan di mata dunia.

Pada waktu yang sama, ia menjadikan pengalaman tersebut sebagai petanda kebangkitan bangsa Asia yang akan menakluk dunia secara aman iaitu melalui kekuatan ekonominya. Rakyat Jepun sedar mereka perlu bekerja tekun dan berkeyakinan untuk membina semula jati diri mereka. Hari ini Jepun merupakan gergasi ekonomi dunia yang tidak perlu bergantung kepada kekuatan Barat kerana ia sendiri boleh berdiri sama megah dengan dunia Barat. Begitu juga dengan China, sebuah lagi negara Asia yang sering menjadi kecaman Barat kerana sistem pentadbiran kerajaan dan hak asasi kemanusiaannya.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Pelancaran Buku ''Abdullah Ahmad Badawi: Jalan ke Puncak"


Utusan Malaysia - 21 November 2004

SAMY VELLU menerima buku berjudul `Jalan Ke Puncak' daripada penulis buku itu, Sivamurugan Pandian (kanan) sambil diperhatikan oleh Dzulkifli Abdul Razak di Kuala Lumpur, semalam selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Abdullah Ahmad Badawi: Satu Tahun di Putrajaya.


Klik sini untuk artikel lengkap.

'Seminar Kebangsaan Setahun Kepimpinan Abdullah Sebagai Perdana Menteri 20 Nov', Utusan Malaysia, 12 Oktober 2004

Menurut Dzulkifli, anggota panel yang akan mengambil bahagian dalam Sidang 1: Mengurus Kejayaan ialah Pengerusi Eksekutif Utusan Karya Sdn. Bhd., Prof. Datuk Dr. Firdaus Abdullah dan dua pensyarah, Dr. Sharifah Munirah Syed Hussein Alatas dan Dr. Sivamurugan Pandian, masing-masing dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan USM.

Sidang II: Agenda Sosial Ke Arah Kesejahteraan Rakyat pula disertai oleh Prof. Dr. Roziah Omar (ISM), Dr. Denison Jayasooria (YSS) dan Datuk Dr. Nordin Kardi dari Biro Tatanegara.

Tiga anggota panel lain yang terlibat dalam Sidang III: Islam Al-Hadhari - Memacu Kegemilangan Islam ialah Datuk Nakhaie Ahmad (Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia), Uthman El-Muhammady (ISTAC) dan Prof. Muhammad Syukri Salleh (USM).

Sementara Bicara Halatuju Negara: Cemerlang, Gemilang dan Terbilang akan disertai oleh bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib, Datuk G. Palanivel (MIC) dan Tan Sri Dr. Ting Chew Peh.

Klik sini untuk artikel lengkap.

'Anjakan Minda Pasca-tsunami', Utusan Malaysia, 6 Januari 2005

Selepas satu minggu peristiwa tsunami melanda Malaysia dan merata tempat di seluruh dunia, masih ada yang kehilangan ahli keluarga walaupun sebahagian besarnya sudah ditemui sama ada mati, dirawat di hospital ataupun masih bergelut dengan nyawa di unit penjagaan intensif hospital.

Usaha mencari masih diteruskan oleh pelbagai pihak walaupun hakikat mereka yang masih bersabung dengan nyawa amat tipis sekali. Tsunami yang berlaku akibat gerakan tanah dan laut dari gempa bumi yang melanda Sumatera sebenarnya suatu kejadian alam yang tidak pernah diimpi akan berlaku di negara kita. Walaupun begitu, banyak nyawa yang terkorban yang angka sebenarnya akan terus menjadi misteri.

Apakah yang harus dilakukan kini iaitu dalam tempoh masa pasca-tsunami Asia!

Klik sini untuk artikel lengkap.

'Bina Rakyat Kelas Satu', Utusan Malaysia, 10 Januari 2005

Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Istana Budaya pada 11 Januari 2005 merupakan satu kempen yang dirasakan sesuai dengan persekitaran hari ini demi kesejahteraan masa depan.

Malahan, ini merupakan susulan kepada usaha Institut Sosial Malaysia (ISM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di bawah kepimpinan Datin Profesor Roziah Omar yang telah menganjurkan satu Seminar Nilai dan Pembangunan Sosial ke arah pemantapan Dasar Sosial Negara (DSN) dan masyarakat cemerlang pada 16 September 2004. Seminar ini membincangkan mengenai penyematan nilai-nilai murni dalam usaha melahirkan warga cemerlang sebagai `masyarakat kelas satu di sebuah negara kelas pertama.'

Masalah sosial bukan baru tetapi liputan mengenainya menjadi kronik kebelakangan ini. Ini seolah-olah menimbulkan persoalan sama ada kesejahteraan masyarakat Malaysia dan kehidupan berkualiti mereka belum berada dalam tahap yang memberangsangkan.

Klik sini untuk artikel lengkap.

'Modal Insan Jadi Agen Penjana Wawasan 2020', Utusan Malaysia , 9 Mac 2005

Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) (2006-2010) merupakan Rancangan Malaysia yang sangat penting buat kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ini bukan sahaja merupakan Rancangan Malaysia yang pertama akan mengambil kira proses pelaksanaan dasar berdasarkan kepada fikiran beliau dan matlamat kepimpinannya yang mahu melahirkan masyarakat unggul tetapi lebih daripada itu, rancangan ini merupakan rancangan yang akan berakhir pada tahun 2010, 10 tahun sebelum Wawasan 2020 dapat direalisasikan.

Hanya akan ada dua Rancangan Malaysia iaitu dari tahun 2010-2015 dan 2015-2020 ketika Malaysia berada di kemuncak Wawasan 2020. Mereka yang lahir pada tahun 2005 akan berusia 15 tahun manakala mereka yang lahir ketika Wawasan ini mula-mula dilancarkan pada tahun 1991 oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan berusia 29 tahun. Malahan ketika Dr. Mahathir melancarkannya pada 28 Februari 1991, beliau menyatakan ramai yang mungkin tidak berkesempatan melihat hasilnya tetapi kita berharap mereka yang terlibat di dalam proses melahirkan Wawasan 2020 akan dipanjangkan umur untuk sama-sama melihat hasil muktahirnya. Dr. Mahathir akan berumur 95 tahun dan Abdullah pula 81 tahun pada tahun 2020.

Klik sini untuk artikel lengkap.

'Punca Remaja Menjadi Penjenayah', Utusan Malaysia, 14 Julai 2005

SATU hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah jumlah pelajar yang terlibat di dalam jenayah kini semakin meningkat.Barangkali kita masih belum lupa dengan peristiwa penangkapan seorang pelajar berumur 16 tahun yang ponteng sekolah selama 88 hari dan berjaya menembusi masuk 35 rumah serta mencuri.

Menurut perangkaan, sehingga Mei lalu, 605 daripada 1,048 pelajar sekolah yang ditangkap terbabit dengan kegiatan jenayah.

Statistik Yayasan Pencegahan Jenayah Negara (YPJN) mendedahkan bahawa pada tahun 2004 jumlah tahanan remaja untuk tempoh 10 bulan ialah seramai 4,674 dengan 2,377 adalah pelajar.
Namun angka sebenar agak sukar diperoleh kerana tidak kesemua kes dilaporkan.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Blog Archive