TAHUN 2006 dianggap penting untuk menentukan hala tuju pembangunan negara kerana sepanjang 2005, banyak usaha telah diambil untuk membuat perincian dalam merangka dan merancang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) termasuk mendapatkan input daripada rakyat sendiri.
RMK-9 akan bermula tahun ini dan berakhir pada tahun 2010, sembilan tahun sebelum Wawasan 2020 menjadi kenyataan.
Sudah pasti dalam merancang strategi RMK-9, pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengambil kira usaha untuk mencapai wawasan tersebut di samping turut memberi perhatian ke atas prestasi Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) [2001-2010].
Sepanjang pelaksanaan RMK-8 (2000-2005), sudah pasti ada kejayaan dan pada waktu yang sama ada kelemahannya yang boleh dijadikan sebagai dorongan untuk dijadikan kekuatan RMK-9 nanti.
No comments:
Post a Comment