'Pilihan raya tahun depan? Selepas Umno satukan Melayu' The Malay Mail Online, 19 September 22
Malay Mail Online
© Provided by Trinity Diligent Sdn Bhd Datuk Seri Najib Razak berucap di perhimpunan agung Umno pada 2015. Beliau dijangka mengadakan pilihan raya umum selepas perhimpunan tahun ini. — Foto…SERDANG, 19 Sept — Pilihan raya umum ke-14 (PRU 14) dijangka tidak berlangsung sehingga selesai perhimpunan agung Umno (PAU).
Seorang pensyarah Universiti Sains Malaysia berkata PAU menjadi medan terpenting menyatukan ahli Umno supaya tidak berlaku undi protes nanti.
“PAU harus diguna untuk mendapatkan barisan yang kukuh pada Disember nanti. Sebelum PRU13 hanya tiga parti orang Melayu iaitu PAS, PKR dan Umno.
“Tetapi kini bertambah dua iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (Amanah) yang boleh memecahbelahkan undi Umno,” kata profesor Dr Sivamurugan Pandian.
© Provided by Trinity Diligent Sdn Bhd Dr Sivamurugan berkata sabotaj perlu diminimumkan supaya Umno boleh berdepan dengan masalah lain. — Foto oleh Zulyana Rahman PRU14 perlu diadakan selewat-lewatnya Ogos tahun depan, namun pemerhati berpandangan ia mungkin diadakan akhir tahun ini atau awal tahun depan.
PAS, tidak bersama Pakatan Harapan (PH), menyebabkan undi Melayu khususnya pembangkang berpecah dalam persaingan tiga penjuru dengan Barisan Nasional.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini menyatakan kesediaan untuk mengadakan PRU pada bila-bila masa melihat perselisihan dalam PH.
Sivamurugan berkata selain PAU yang menjadi medan menyatukan ahli Umno, rakyat terbanyak juga ingin merasai insentif dalam Bajet 2018.
Katanya, apa yang lebih penting adalah PAU itu sendiri yang akan memberi peringatan kepada ahlinya untuk tidak mensabotaj parti dalam PRU 14.
“PAU itu penting untuk mengelak perpecahan undi Melayu. Ahli Umno perlu disatukan bagi mengelak undi protes dan apakah agenda untuk orang Melayu sendiri.
“Sabotaj perlu diminimumkan supaya Umno boleh berdepan dengan masalah lain.
“Kalau masalah dalaman sukar untuk diatasi bagaimana untuk bersama mengatasi pembangkang,” katanya lagi.
© Provided by Trinity Diligent Sdn Bhd Dr Arnold Puyok berkata rakyat tidak melihat isu kabotaj tetapi kesan langsung daripada GST. — Foto oleh Zulyana Rahman
Pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pula berpandangan kerajaan perlu menangani isu kenaikan kos sara hidup di Malaysia Timur menjelang PRU 14.
Dr Arnold Puyok berkata isu itu penting kerana pengecualian dasar kabotaj di dua negeri itu tidak memberi kesan kepada penurunan harga barang.
“Ada pihak mendakwa kenaikan harga bukan disebabkan kabotaj tetapi disumbang beberapa faktor lain. Perdebatan ini masih berterusan.
“Keluhan yang kita dengar harga barang dan harga minyak semakin naik. Ini menimbulkan keresahan rakyat.
“Rakyat tidak melihat isu kabotaj tetapi kesan langsung daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST),” katanya.
Blog Archive
-
▼
2017
(107)
-
▼
September
(20)
- 'Kesedaran Mengundi Pelajar IPT Masih Rendah', Kos...
- 'Reputasi Lonjak Kepercayaan Dalam Kalangan Rakyat...
- 'More Party Hoping Expected As GE14 Draws Near', T...
- 'jangan Biar Hingga Jadi Budaya', Sinar Harian, 22...
- 'Better Beer Festivals Undang Masalah', Utusan Mal...
- 'PKR Goyang'; 'PKR Perlu Proaktif Untuk Kekal Kuas...
- 'Pilihan raya tahun depan? Selepas Umno satukan Me...
- 'Kemasukan Semula Mat Taib Strategi UMNO Rampas Ba...
- 'Latest Exits Show Wheels Coming Off For PPBM, Obs...
- 'Dr M Could Decide RCI Outcome', New Straits Times...
- 'Experts: Mat taib's Return Good For UMNO', New St...
- 'Kesepaduan Rakyat Berada Pada Tahap 80 peratus – ...
- 'Belum Ada Anak Dihukum Tak Hafal Rukun Negara', M...
- 'Komitmen Keseriusan Malaysia Wajar Dicontohi', Mi...
- 'Perpaduan Kunci Keamanan, Kemakmuran Negara', Ber...
- 'Rafizi hits a raw nerve over internal PKR schism ...
- 'Analysts: Challenges ahead for Pakatan Harapan st...
- 'Pupuk Semangat Patriotik Sejak Prasekolah', Berna...
- 'Inculcate Patriotism From Young', Bernama, 30 Aug...
- 'In SEA Games Victory, Khairy Emerges As Political...
No comments:
Post a Comment