TELUK INTAN, 1 JUN:
Jika
dibandingkan dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13, calon DAP, Seah Leong
Peng mendapat majoriti sebanyak 27,399 undi menewaskan calon BN, Mah Siew Keong
dengan majoriti sebanyak 20,086 undi.
Manakala
calon bebas Moralingam Kannan yang hanya berjaya meraih 279 undian.
Bagaimanapun
pada pilihan raya kecil yang diadakan kali ini, ia menyaksikan perubahan besar
dengan majoriti kecil.
Calon
BN, Datuk Mah Siew Keong meraih 20,157 undi manakala calon DAP, Dyana Sofya
Mohd. Daud pula meraih 19,919 undi.
Ia
menyaksikan Presiden Gerakan itu hanya mendapat lebih 238 undi.
Bagi
penganalisis politik, Profesor Madya Dr. Sivamurugan Pandian, pola pengundian
pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan tidak banyak berbeza daripada sebelum
ini di mana ia tidak menyaksikan pertambahan sokongan.
Apa
yang membezakan adalah peratusan mengundi di mana 66.67 peratus atau 40,236
pengundi daripada 60,349 pemilih telah menunai tanggungjawab mereka.
Dia
berkata dalam pilihan raya ini, pengundi Cina tidak memainkan peranan yang
begitu penting dalam menentukan kemenangan parti yang bertanding kerana
jumlahnya tidak meningkat berbeza.
“Saya
tidak nampak yang pengundi berbangsa Cina memainkan peranan penting dalam
kemenangan BN dalam PRK kali ini kerana saya rasa BN meraih kemenangan atas
sebab peningkatan sokongan dari pengundi berbangsa India.
“Saya
anggap kemenangan BN kali ini kerana peningkatan sokongan dari pengundi India
dan juga pengundi Melayu manakala pengundi Cina pula mungkin hanya satu peratus
sahaja,” katanya.
Ketika
ditanya mengenai lawan Mah Siew Keong yang berusia jauh lebih muda darinya,
Sivamurugan memberitahu faktor pengalaman dan latar belakang seseorang calon
lebih diutamakan pengundi tempatan bukannya ditentukan faktor usia.
“Saya
rasa mungkin pengalaman dan latar belakang Mah lebih menonjol jika dibandingkan
dengan calon DAP, Dyana Sofya. Berdasarkan penerimaan pengundi pula, calon muda
masih belum sampai ke tahap diterima ramai,” katanya.
Menurutnya,
peratusan merosot pengundi keluar mengundi juga membantu BN meraih kemenangan
dalam PRK ini.
“Ramai
pengundi yang tinggal di luar Teluk Intan tidak pulang mengundi dan penyokong
DAP pula terlalu yakin untuk menang mudah.
“Mah
juga bekerja kuat dalam pilihan raya kali ini dan oleh kerana dikatakan jika
beliau menang, wakil Parlimen Teluk Intan akan diberikan tempat sebagai Menteri
sudah tentulah ramai badan bukan kerajaan (NGO) datang membantu beliau,”
katanya.
Mengulas
lanjut mengenai faktor kekalahan DAP, Siva berkata kempen manifesto mereka
tidak bersesuaian dan tidak menarik perhatian pengundi tempatan.
“Manifesto
Mah lebih bersifat tempatan manakala manifesto Dyana pula lebih bersifat
nasional tetapi penduduk tempatan lebih yakin dengan manifesto BN daripada
manifesto kempen DAP.
“Tambah
Siva, DAP bukanlah tersalah pencaturan sebaliknya tiada pembaharuan dalam
kempen mereka.
“Mungkin
juga Penasihat DAP, Lim Kit Siang sedang cuba menguji kemampuan calon baru di
kawasan luar bandar,” katanya.
No comments:
Post a Comment