Tuesday, June 21, 2011

‘Mengurus Permainan Persepsi Politik’, Utusan Malaysia, 21 Jun 2011

Politik adalah persepsi. Ia adalah suatu 'permainan' yang bergantung kepada kebijaksanaan menangani, mengurus dan menyusun strategi untuk menang dengan menggunakan apa kaedah sekalipun.

Keyakinan dan kepercayaan dibina sama ada secara ikhlas ataupun melalui pembohongan. Manipulasi wujud dalam proses membina sokongan sehingga ada yang bertanggapan wujud keadaan terdesak untuk melabel dan menamakan musuh agar dapat meraih undi.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Tuesday, June 07, 2011

‘Bila Bersedia Untuk Pilihan Raya’, Utusan Malaysia, 7 Jun 2011

AKHIR-AKHIR ini, ramai yang berminat untuk mengetahui sama ada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU Ke-13) akan diadakan tidak berapa lama lagi. Baik Barisan Nasional (BN) mahupun barisan pembangkang, masing-masing menyatakan sudah bersedia.

Apakah makna di sebalik retorik 'sudah bersedia'? Bagaimanakah untuk menilai tahap persediaan? Adakah 'bersedia' bermakna masing-masing yakin akan mempamer prestasi jauh lebih baik dari PRU Ke-12 Mac 2008.

Benarkah, BN dan barisan pembangkang sudah mengambil iktibar daripada tsunami politik yang melanda ketika itu atau PRU Ke-13 perlu diadakan akibat desakan dalaman dan luaran agar kerajaan dapat menjalankan tanggungjawab mereka melangkaui politiking semasa?

Klik sini untuk artikel lengkap.

Thursday, May 26, 2011

‘Kepunyaan Asas Perpaduan’, Utusan Malaysia, 26 Mei 2011

ASAS kekuatan negara ini adalah kepelbagaian. Warna-warni perbezaan kepercayaan, keturunan, agama, ritual, kebudayaan dan amalan yang diwarisi sejak turun-temurun diiktiraf dan diberi penghormatan sewajarnya. Kunjungan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Brickfields sempena Rumah Terbuka Hari Wesak di Buddhist Maha Vihara menunjukkan bahawa keharmonian perlu terus diperkukuhkan kerana ia dilihat sebagai 'khazanah'.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula di syarahan bertajuk 'Gabungan Golongan Sederhana dan Kefahaman Antara Tamadun' di Sheldonian Theatre, Universiti Oxford menyatakan pendirian beliau bahawa 'kesederhanaan' merupakan mekanisme terbaik untuk maju ke hadapan supaya keganasan, kebencian, ketakutan, kesangsian dan ketidakadilan dapat diatasi bersama.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Thursday, May 19, 2011

‘Temph Masa Kritikal Politik Negara’, Utusan Malaysia, 19 Mei 2011

DALAM konteks pensejarahan politik kontemporari tanah air, kebelakangan ini boleh diiktiraf sebagai tempoh masa yang kritikal. Ia ketara kerana politiking yang berterusan seolah-olah setiap detik perlu diawasi, diperhati dan dibuat congakan tertentu walaupun tahu ia mengancam kestabilan dan nilai kemuafakatan kemasyarakatan. Adakah ini kesannya daripada politik masa depan ataupun politik baru yang diuar-uarkan oleh sesetengah pihak?

Klik sini untuk artikel lengkap.

Wednesday, April 27, 2011

‘Apa Isyarat Keputusan Pilihan Raya Sarawak’, Utusan Malaysia, 27 April 2011

SAYA turut berada di Sarawak ketika pilihan raya negeri tahun 2006 yang ketika itu boleh dijangka dengan mudah tetapi pilihan raya kali ini menguji kekuatan dan kelemahan politik kepartian yang diamalkan selama ini.

Akhirnya, apabila keputusan diumum, ia tidak memeranjatkan terutama yang mengikuti kempen tiga hari terakhir. Malahan, keputusan ini dianggap satu yang istimewa buat Barisan Nasional (BN) dalam suasana politik yang dipenuhi dengan kecemasan dan pelbagai andaian.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Thursday, April 14, 2011

‘Ujian BN Hadapi Pilihan Raya Sarawak’, Utusan Malaysia, 14 April 2011

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-10 ini menyaksikan 213 calon menawarkan diri termasuk 41 calon Bebas. Dua pertiga kerusi menyaksikan pertembungan pelbagai penjuru termasuk tiga, empat, lima dan enam penjuru. Hanya di 27 kawasan memperlihatkan pertembungan ‘satu lawan satu’ bagi calon BN.

Yang menarik adalah tidak ada calon menang tanpa bertanding dan pilihan raya kali ini juga menyaksikan 16 calon wanita bertanding (BN, DAP dan PKR masing-masing empat calon, dua calon Pas dan PCM serta Bebas masing-masing seorang calon). Bilangan angka besar bertanding menunjukkan nilai kepercayaan yang tinggi ke atas pilihan raya sebagai cabang demokrasi yang diamalkan di negara ini walaupun akan ada faktor sampingan yang menjadi penarik dan penolak dalam keputusan bertanding.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Thursday, April 07, 2011

‘Najib Selepas Dua Tahun Sebagai PM’, Utusan Malaysia, 7 April 2011

SUDAH genap dua tahun sejak Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih kepimpinan negara. Sepanjang dua tahun ada pasang surutnya. Ada zaman kegemilangan dan zaman yang penuh onak dan duri, cabaran pula menggunung tinggi.

Apakah signifikan kepimpinan Najib sejak 3 April 2009? Sewaktu Najib mengambil alih tadbir urus kepimpinan negara, beliau berhadapan dengan suasana politik yang tidak menentu, krisis ekonomi global dan hubungan etnik yang rapuh.

Seiring dengan persekitaran sedemikian, Najib telah mengemukakan beberapa gagasan besar untuk dijadikan dokumen rujukan sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri. Ini termasuklah konsep 1Malaysia, Pelan Transformasi Kerajaan (PTK), Pelan Ekonomi Kerajaan (PTE), RMK-10 dan Model Baru Ekonomi (MBE) yang membolehkan ‘pasukan’ beliau diberikan penelitian pencapaian jika sokongan ke atas kepimpinan Najib mahu diterjemah kepada sokongan terhadap parti yang beliau pimpin hari ini pada PRU-13 nanti.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Wednesday, March 16, 2011

‘Jaguh Rakyat’- BN atau Pembangkang?, Utusan Malaysia, 16 Mac 2011

Mengimbas semula selepas tiga tahun, pasca pilihan raya umum (PRU) ke- 12 menunjukkan bahawa keadaan yang penuh emosi dan provokasi serta keadaan tidak menentu kembali reda walaupun politiking masih berterusan. Perak kembali ditadbir oleh Barisan Nasional (BN) dan perubahan kepimpinan berlaku dalam parti serta lima Ahli Parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) memilih untuk keluar dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Tiga tahun merentasi pasca PRU Ke-12, banyak pencapaian dan cabaran yang boleh diperihalkan. Berlaku pertukaran baton kepimpinan dalam BN secara teratur dan licin dari Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak. Ia membawa suntikan baru dengan kesungguhan dan keazaman Najib untuk mentransformasi parti dan tadbir urus kerajaan. Dari saling tuduh menuduh pada peringkat awal kekalahan pilihan raya, beliau membina semula 'pasukan' ini untuk bersama.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Friday, February 25, 2011

‘Sudah Bersediakah BN?’, Utusan Malaysia, 25 Februari 2011

SEJAK Konvensyen Barisan Nasional (BN) pada Disember 2010, Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak secara berterusan bertemu dengan pelbagai lapisan pemimpin.

Ekoran itu, ramai pihak menafsirkan bahawa Parlimen akan dibubar dan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan diadakan tidak lama lagi. Benarkah BN sudah bersedia untuk berhadapan dengan PRU-13? Mampukah BN kembali meraih cemerlang sebelum PRU-12 pada 2008? Benarkah BN akan sekadar berpuas hati dengan keputusan yang hampir sama dengan PRU 2008 atau berpuas hati dengan peningkatan beberapa kerusi sahaja?

Klik sini untuk artikel lengkap.

Tuesday, February 22, 2011

‘Mengingati Ikon 1Malaysia’, Utusan Malaysia, 22 Februari 2011

PADA tanggal 22 Februari 1992, Allahyarham Sudirman Haji Arshad menghembus nafas terakhir ketika berumur 38 tahun. Penghibur Nombor 1 Asia ini merupakan seorang ‘penghibur’ asli yang bukan sahaja boleh menyanyi, menari mahupun melukis, malahan mempunyai kelulusan jurusan undang-undang Universiti Malaya.

Selepas 19 tahun, dunia seni masih belum mempunyai pengganti ‘penghibur’ seperti Sudirman. Walaupun ramai yang muncul dan hilang serta pada waktu yang sama tidak dinafikan industri seni sudah berkembang hebat tetapi ‘Sudirman tetap Sudirman’ walaupun Datuk Siti Nurhaliza turut memenangi Anugerah Penghibur selepas Sudirman. Barangkali masing-masing ada kekuatan dan keistimewaannya.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Tuesday, February 08, 2011

‘Dari Tenang Ke Merlimau’, Utusan Malaysia, 8 Februari 2011

BERAKHIR sudah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, kini masing-masing sama ada Barisan Nasional (BN) mahupun barisan pembangkang akan menjadikan DUN Merlimau destinasi berikutnya.

Keputusan Tenang mengekalkan status quo kepada BN dengan kemenangan majoriti 3,707 undi berbanding 2,492 undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Mac 2008. Walaupun ramai menyatakan keyakinan BN akan menang selesa dan rata-rata membuat anggaran majoriti yang sama, namun apakah isyarat pengundi sebenarnya? Adakah kemenangan BN dan kekalahan Pas mempunyai nilai signifikan ke atas pola pengundian umum yang boleh digeneralisasikan di peringkat kebangsaan?

Klik sini untuk artikel lengkap.

Tuesday, January 25, 2011

‘KPT Menerajui Transformasi’, Utusan Malaysia, 25 Januari 2011

Bertemakan 'Pengajian Tinggi Ke Arah Transformasi Negara', Menteri Pengajian Tinggi (KPT) Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah menyampaikan amanat tahun 2011 beliau di Putrajaya Iternational Convention Centre (PICC) pada Isnin minggu lalu.

Ia merupakan kesinambungan daripada saranan tahun 2010 yang bertemakan 'Kualiti, Inovasi & Keserakanan' seiring dengan usaha menjadi pengajian tinggi sebagai jambatan yang bersedia berkongsi kepakaran, melahirkan modal insan dan mengutamakan kerjasama yang berterusan dalam usaha meningkatkan pencapaian dan kejayaan serta kecemerlangan secara berterusan.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Tuesday, January 04, 2011

‘Cabaran 2011 Untuk Najib’, Utusan Malaysia, 4 Januari 2011

Ramai meramalkan 2011 merupakan ‘tahun pilihan raya umum’ dengan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak memasuki fasa kedua selepas mengambil alih tadbir-urus negara pada April 2009.

Sejak Najib memimpin, pelbagai dasar dan agenda dilancar, diumum dan disampaikan. Pelan Transformasi Kerajaan (PTK), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Pelan Transformasi Ekonomi (PTE), Model Baru Ekonomi (MBE), Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dan 1Malaysia merupakan ‘Doktrin Najib’.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Wednesday, December 29, 2010

‘1Malaysia Paksi Patriotisme’, Utusan Malaysia, 29 Disember 2010

1Malaysia diumum oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengambil alih pentadbiran negara pada 3 April 2009. Konsep tersebut muncul ketika keadaan politik tidak menentu, pertumbuhan ekonomi global berada dalam krisis dan lebih daripada itu, perpaduan dalam negara dianggap rapuh. Konsep, gagasan, slogan, agenda ataupun dasar 1Malaysia, namakan apa sahaja tetapi ia mempunyai hubungan utuh sebagai jambatan kesinambungan kepimpinan lalu ke arah satu transformasi holistik.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Wednesday, December 22, 2010

‘Kuatkah Pembangkang, Lemahkah BN?’, Utusan Malaysia, 22 Disember 2010

SEPANJANG 33 bulan selepas pilihan raya umum 2008, senario politik arus perdana sudah merentasi pelbagai rintangan. Walaupun di peringkat awal wujud andaian bahawa keadaan adalah tidak menentu tetapi selepas April 2009 sehingga kini, suasana sudah berubah. Ia membabitkan transisi kepimpinan dan kemudiannya disusuli dengan 'Doktrin Najib' sebagai asas transformasi nasional.

Malah, populariti Datuk Seri Najib Tun Razak melonjak naik sehingga 72 peratus berbanding dengan 56 peratus ketika mengambil alih teraju pentadbiran negara. Ia berbeza dengan pakatan pembangkang yang pada awalnya menerima sokongan daripada pelbagai kelompok berasaskan kepada harapan tinggi untuk menunjukkan ia merupakan pilihan yang konstruktif sebagai pesaing kepada Barisan Nasional (BN). Bagaimanapun sokongan itu telah merudum walaupun penyokong tegar akan terus menyatakan ia masih mendapat mandat besar tanpa menyedari blok besar sokongan pada pilihan raya lalu adalah dari mereka yang melakukan undi protes dan pengundi atas pagar.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Tuesday, November 30, 2010

‘Siapa Pemimpin Kaum India’, Utusan Malaysia, 30 November 2010

PARTI MIC akan mempunyai presiden baru selepas Datuk Seri Samy Vellu mengumumkan persaraannya secara hakiki pada 6 Disember ini. Ia dilihat sebagai pemangkin ke arah kesinambungan perubahan dalam memperkukuhkan parti menerusi barisan kepimpinan baru.

Ia juga berlaku ketika senario politik masyarakat India masih bergelut untuk mencari nilai kepimpinan sebenar bagi masyarakatnya.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Tuesday, November 16, 2010

‘Keahlian Terus Barisan Nasional’, Utusan Malaysia, 16 November 2010

BARISAN Nasional (BN) dijangka mengadakan konvensyennya pada 28 November 2010. Antara penjenamaan yang dijangka mewarnai konvensyen ini adalah usaha melobi keahlian terus secara individu untuk menjadi ahli BN tanpa perlu menjadi ahli parti komponennya.

Selepas keputusan pilihan raya tahun 2008, ramai berpandangan BN perlu menukar wajah sebagaimana yang dilakukan pada tahun 1973 ketika ia berubah daripada Parti Perikatan kepada Barisan Nasional. Persekitaran politik semasa menunjukkan bahawa BN perlu memenuhi ekspektasi umum dan pada waktu yang sama mengharungi cabaran politik landskap arus perdana.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Tuesday, November 02, 2010

‘Amanat Najib, Galas dan Batu Sapi’, Utusan Malaysia, 2 November 2010

TARIKH 4 November 2010 akan menyaksikan dua pilihan raya kecil yang diadakan serentak untuk menentukan wakil rakyat kawasan Dewan Undangan Negeri N45-Galas dan kerusi Parlimen P185-Batu Sapi. Di Galas, Barisan Nasional (BN) berhadapan dengan calon Pas, manakala di Batu Sapi, ia adalah pertandingan tiga penjuru di antara calon BN, PKR dan SAPP.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Tuesday, October 05, 2010

‘Bermula Transisi Samy Vellu’, Utusan Malaysia, 5 Oktober 2010


S. Samy Vellu (kiri) mendengar bisikan timbalannya G.Palanivel pada Perhimpunan Agung MIC Ke-63 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra pada 2009.

SEGALA teka-teki bila Datuk Seri S. Samy Vellu akan mengumumkan persaraannya berakhir pada minggu lalu apabila beliau memilih Januari 2011; sebelum tempoh matang jawatan Presiden parti MIC yang disandangnya untuk selama 31 tahun berakhir.

Desus-desus Samy Vellu akan bersara bermula sejak beliau memulakan sesi perjumpaan dengan para perwakilan MIC di Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis malahan di Pulau Pinang menyatakan ia akan berlaku dalam jangka masa dua setengah bulan. Di Perak, beliau menyatakan kepada perwakilan itu merupakan pertemuan terakhir beliau bersama mereka. Kini, segalanya menjadi jelas dan terjawab.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Tuesday, September 21, 2010

‘Pelengkap Wawasan 2020’, Utusan Malaysia, 21 September 2010

Konsep 1Malaysia merupakan antara gagasan induk pemikiran pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diperkenalkan ketika beliau mengambil- alih teraju kepimpinan negara. Sejak mukadimahnya, konsep itu diberikan nilai pengukuhan yang dominan terutama dari sifatnya yang dikatakan sebagai satu kesinambungan daripada konsep, gagasan, manifestasi mahupun agenda kepimpinan yang lalu.

Bermakna, sejak merdeka sehingga detik 1 Malaysia, ia mencerminkan satu pendekatan yang mempunyai matlamat yang sama berpaksikan kepada usaha berterusan kesemua kepimpinan untuk memastikan rakyat hidup sejahtera dan secara berterusan cuba memperbaiki kualiti kehidupan agar masyarakat dapat menikmati limpahan kekayaan sumber bersama tanpa ada gugatan ke atas kemajmukan anggota masyarakat.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Blog Archive