Tuesday, January 25, 2011

‘KPT Menerajui Transformasi’, Utusan Malaysia, 25 Januari 2011

Bertemakan 'Pengajian Tinggi Ke Arah Transformasi Negara', Menteri Pengajian Tinggi (KPT) Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah menyampaikan amanat tahun 2011 beliau di Putrajaya Iternational Convention Centre (PICC) pada Isnin minggu lalu.

Ia merupakan kesinambungan daripada saranan tahun 2010 yang bertemakan 'Kualiti, Inovasi & Keserakanan' seiring dengan usaha menjadi pengajian tinggi sebagai jambatan yang bersedia berkongsi kepakaran, melahirkan modal insan dan mengutamakan kerjasama yang berterusan dalam usaha meningkatkan pencapaian dan kejayaan serta kecemerlangan secara berterusan.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Tuesday, January 04, 2011

‘Cabaran 2011 Untuk Najib’, Utusan Malaysia, 4 Januari 2011

Ramai meramalkan 2011 merupakan ‘tahun pilihan raya umum’ dengan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak memasuki fasa kedua selepas mengambil alih tadbir-urus negara pada April 2009.

Sejak Najib memimpin, pelbagai dasar dan agenda dilancar, diumum dan disampaikan. Pelan Transformasi Kerajaan (PTK), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Pelan Transformasi Ekonomi (PTE), Model Baru Ekonomi (MBE), Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dan 1Malaysia merupakan ‘Doktrin Najib’.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Wednesday, December 29, 2010

‘1Malaysia Paksi Patriotisme’, Utusan Malaysia, 29 Disember 2010

1Malaysia diumum oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengambil alih pentadbiran negara pada 3 April 2009. Konsep tersebut muncul ketika keadaan politik tidak menentu, pertumbuhan ekonomi global berada dalam krisis dan lebih daripada itu, perpaduan dalam negara dianggap rapuh. Konsep, gagasan, slogan, agenda ataupun dasar 1Malaysia, namakan apa sahaja tetapi ia mempunyai hubungan utuh sebagai jambatan kesinambungan kepimpinan lalu ke arah satu transformasi holistik.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Wednesday, December 22, 2010

‘Kuatkah Pembangkang, Lemahkah BN?’, Utusan Malaysia, 22 Disember 2010

SEPANJANG 33 bulan selepas pilihan raya umum 2008, senario politik arus perdana sudah merentasi pelbagai rintangan. Walaupun di peringkat awal wujud andaian bahawa keadaan adalah tidak menentu tetapi selepas April 2009 sehingga kini, suasana sudah berubah. Ia membabitkan transisi kepimpinan dan kemudiannya disusuli dengan 'Doktrin Najib' sebagai asas transformasi nasional.

Malah, populariti Datuk Seri Najib Tun Razak melonjak naik sehingga 72 peratus berbanding dengan 56 peratus ketika mengambil alih teraju pentadbiran negara. Ia berbeza dengan pakatan pembangkang yang pada awalnya menerima sokongan daripada pelbagai kelompok berasaskan kepada harapan tinggi untuk menunjukkan ia merupakan pilihan yang konstruktif sebagai pesaing kepada Barisan Nasional (BN). Bagaimanapun sokongan itu telah merudum walaupun penyokong tegar akan terus menyatakan ia masih mendapat mandat besar tanpa menyedari blok besar sokongan pada pilihan raya lalu adalah dari mereka yang melakukan undi protes dan pengundi atas pagar.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Tuesday, November 30, 2010

‘Siapa Pemimpin Kaum India’, Utusan Malaysia, 30 November 2010

PARTI MIC akan mempunyai presiden baru selepas Datuk Seri Samy Vellu mengumumkan persaraannya secara hakiki pada 6 Disember ini. Ia dilihat sebagai pemangkin ke arah kesinambungan perubahan dalam memperkukuhkan parti menerusi barisan kepimpinan baru.

Ia juga berlaku ketika senario politik masyarakat India masih bergelut untuk mencari nilai kepimpinan sebenar bagi masyarakatnya.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Tuesday, November 16, 2010

‘Keahlian Terus Barisan Nasional’, Utusan Malaysia, 16 November 2010

BARISAN Nasional (BN) dijangka mengadakan konvensyennya pada 28 November 2010. Antara penjenamaan yang dijangka mewarnai konvensyen ini adalah usaha melobi keahlian terus secara individu untuk menjadi ahli BN tanpa perlu menjadi ahli parti komponennya.

Selepas keputusan pilihan raya tahun 2008, ramai berpandangan BN perlu menukar wajah sebagaimana yang dilakukan pada tahun 1973 ketika ia berubah daripada Parti Perikatan kepada Barisan Nasional. Persekitaran politik semasa menunjukkan bahawa BN perlu memenuhi ekspektasi umum dan pada waktu yang sama mengharungi cabaran politik landskap arus perdana.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Tuesday, November 02, 2010

‘Amanat Najib, Galas dan Batu Sapi’, Utusan Malaysia, 2 November 2010

TARIKH 4 November 2010 akan menyaksikan dua pilihan raya kecil yang diadakan serentak untuk menentukan wakil rakyat kawasan Dewan Undangan Negeri N45-Galas dan kerusi Parlimen P185-Batu Sapi. Di Galas, Barisan Nasional (BN) berhadapan dengan calon Pas, manakala di Batu Sapi, ia adalah pertandingan tiga penjuru di antara calon BN, PKR dan SAPP.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Tuesday, October 05, 2010

‘Bermula Transisi Samy Vellu’, Utusan Malaysia, 5 Oktober 2010


S. Samy Vellu (kiri) mendengar bisikan timbalannya G.Palanivel pada Perhimpunan Agung MIC Ke-63 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra pada 2009.

SEGALA teka-teki bila Datuk Seri S. Samy Vellu akan mengumumkan persaraannya berakhir pada minggu lalu apabila beliau memilih Januari 2011; sebelum tempoh matang jawatan Presiden parti MIC yang disandangnya untuk selama 31 tahun berakhir.

Desus-desus Samy Vellu akan bersara bermula sejak beliau memulakan sesi perjumpaan dengan para perwakilan MIC di Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis malahan di Pulau Pinang menyatakan ia akan berlaku dalam jangka masa dua setengah bulan. Di Perak, beliau menyatakan kepada perwakilan itu merupakan pertemuan terakhir beliau bersama mereka. Kini, segalanya menjadi jelas dan terjawab.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Tuesday, September 21, 2010

‘Pelengkap Wawasan 2020’, Utusan Malaysia, 21 September 2010

Konsep 1Malaysia merupakan antara gagasan induk pemikiran pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diperkenalkan ketika beliau mengambil- alih teraju kepimpinan negara. Sejak mukadimahnya, konsep itu diberikan nilai pengukuhan yang dominan terutama dari sifatnya yang dikatakan sebagai satu kesinambungan daripada konsep, gagasan, manifestasi mahupun agenda kepimpinan yang lalu.

Bermakna, sejak merdeka sehingga detik 1 Malaysia, ia mencerminkan satu pendekatan yang mempunyai matlamat yang sama berpaksikan kepada usaha berterusan kesemua kepimpinan untuk memastikan rakyat hidup sejahtera dan secara berterusan cuba memperbaiki kualiti kehidupan agar masyarakat dapat menikmati limpahan kekayaan sumber bersama tanpa ada gugatan ke atas kemajmukan anggota masyarakat.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Tuesday, September 07, 2010

‘Raya Sebagai Anak 1Malaysia’, Utusan Malaysia, 7 September 2010

Menjelang musim Hari Raya Aidilfitri, seringkali ramai yang ternanti-nanti untuk menyambutnya bersama keluarga, sanak-saudara dan rakan-rakan yang menampakkan sambutan di Malaysia berbeza dengan negara lain. Cuti yang panjang digunakan untuk menghabiskan masa lapang bersama semua sehingga tiket bas, kereta api dan kapal terbang sama ada habis atau menjadi mahal sehingga ada yang tidak dapat beraya di kampung.

Lebuh raya menjadi sesak apatah lagi diberikan pengecualian bayaran tol di beberapa kawasan menambahkan keseronokan untuk pulang ke kampung. Bandar raya menjadi kosong, lesu, kaku, sunyi dan sepi. Jualan murah digunakan untuk membeli barangan untuk kesemua ahli keluarga yang menunjukkan nilai 'kekeluargaan' mendasari perayaan seperti ini.

Ramai yang melihat perayaan Hari Raya Aidilfitri sekadar tamatnya tempoh masa berpuasa selama satu bulan tetapi tidak mahu menilai signifikasi perayaan tersebut bukan sahaja untuk masyarakat Islam tetapi keseluruhan rakyat negara ini.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Tuesday, August 31, 2010

‘Keharmonian Terus Subur’, Berita Harian, 31 Ogos 2010

Malaysia merangkumi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak yang unik dengan sendirinya kerana dihuni pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang berbeza. Sepanjang 53 tahun merdeka, hubungan etnik adalah kekuatan kepada Malaysia untuk terus pesat membangun, hidup rukun dan bersedia bersama menghadapi sebarang cabaran. Nilai kemuafakatan, keharmonian dan perpaduan serta integrasi yang jelas daripada rundingan kemerdekaan antara Raja, pemimpin Melayu, pemimpin bukan Melayu dan rakyat sendiri ketika itu memaparkan ketinggian nilai kompromi dan pengorbanan berpusatkan kepada kejujuran dalam kalangan mereka demi mempertahankan Perlembagaan dan Rukunegara.


Tuesday, August 24, 2010

‘Mensyukuri Nikmat Merdeka’, Utusan Malaysia, 24 Ogos 2010

Amat jarang kita dapat menyambut hari kemerdekaan pada bulan Ramadan. Keunikan bulan Ramadan di negara ini adalah pemahaman masyarakat bukan Islam ke atas makna dan maksud sambutan Ramadan oleh masyarakat Islam yang menunaikan Rukun Islam ketiga. Pemahaman ini berbeza dengan masyarakat di luar Malaysia yang mungkin tidak mempunyai pengalaman sebagaimana yang diperhatikan oleh masyarakat bukan Islam di tanah air kita.

Ini kerana hampir kesemua masyarakat bukan Islam di negara ini telah melalui proses sosialisasi tersebut sewaktu kecil, dewasa mahupun selepasnya, baik di kawasan perumahan atau kediaman bersama rakan sekolah dan rakan sekerja serta melalui paparan media mengenai sambutan perayaan Hari Raya selepas berakhir bulan tersebut.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Tuesday, August 10, 2010

‘Politik Kelas Menengah’, Utusan Malaysia, 10 Ogos 2010

DALAM pilihan raya yang lalu, pengundi kelas menengah dianggap antara kelompok masyarakat yang menyumbang kepada kehadiran 'politik kelas' baru di negara ini. Ramai golongan kelas menengah di kawasan bandar khususnya terlibat dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dianggap sebagai platform untuk menyuarakan pandangan mereka dalam konteks kemasyarakatan.

Jika dibandingkan dengan kedudukan jurang antara masyarakat dalam stratifikasi penduduk, jelas sudah wujud pertumbuhan besar yang turut memperlihatkan penglibatan mereka dalam politik yang semakin meningkat. Hakikatnya, pembabitan mereka secara aktif dalam kempen dan jentera pilihan raya semakin ketara.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Wednesday, July 28, 2010

‘Dekati Pengundi Luar Bandar’, Utusan Malaysia, 28 Julai 2010

RATA-RATA ramai yang bercakap mengenai pilihan raya kebelakangan ini. Pelbagai spekulasi mengenai tarikh pilihan raya turut mewarnai dunia politik tanah air walaupun pilihan raya umum akan datang hanya mencapai tempoh matang pada 2013.

Ada pula menganggap bahawa Pilihan Raya Negeri Sarawak yang mesti diadakan sebelum Mei 2011 akan diadakan pada bila-bila masa. Apakah indikator untuk mengadakan pilihan raya? Bilakah masa yang sesuai? Adakah keadaan ekonomi semata-mata boleh membantu prestasi sesebuah parti atau perlu melihat pada faktor lain sebelum benar-benar beradu kekuatan?

Apakah dengan hanya bergantung pada kedudukan dalaman atau faktor luaran, ia akan menjadi faktor penolak dan penarik sebelum keputusan mengadakan pilihan raya dibuat? Adakah laporan penyelidik akan diguna pakai? Jenis pengundi yang manakah boleh menjadi aset atau liabiliti kepada parti politik? Adakah pengundi tradisional, muda, pertengahan, tua ataupun demografi penduduk seperti latar belakang etnik mempengaruhi pola pengundian.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Monday, July 12, 2010

‘Tunjuk MIC Sudah Berubah’, Utusan Malaysia, 12 Julai 2010



Najib Tun Razak berucap semasa Perhimpunan Agung MIC Ke-64 di PWTC, Sabtu lalu.

PERHIMPUNAN Agung MIC Ke-64 yang diadakan minggu ini tidak semeriah perhimpunan tahun lalu tetapi amat signifikan ke atas masa depan parti tersebut.

Walaupun wujud pelbagai desakan baik dari luar terutama kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Gerakan Anti-Samy (GAS) serta suara-suara dari dalam parti yang hanya berani bersuara di belakang tabir untuk melihat pengunduran Datuk Seri S.Samy Vellu lebih awal, ia hanya sia-sia kerana kedudukan kuat penyokong Presiden yang mendominasi parti ini.

Ramai mengharapkan beliau akan menggunakan perhimpunan ini untuk menyampaikan amanah terakhir dan secara hakiki menyatakan tarikh pengunduran serta menamakan Timbalannya Datuk G.Palanivel secara rasmi sebagai pengganti di hadapan para delegasi untuk menghentikan teka-teki sebelum ini.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Tuesday, June 29, 2010

‘Membina Negara Bangsa 1Malaysia’, Utusan Malaysia, 29 Jun 2010

PADA 31 Ogos 2010, kira-kira 60 hari lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke-53. Barangkali, akan ada usaha pihak berwajib untuk memulakan proses menyemat nilai tersirat di sebalik semangat kemerdekaan mulai sekarang. Ini bermakna, selepas 53 tahun, kita boleh menilai apakah yang memberikan kekuatan kepada pembinaan negara bangsa selama ini.

Benarkah hubungan antara kaum menjadi nadi penggerak kepada usaha pembinaan tersebut ataupun dinamik kemuafakatan yang terbina dalam kesemua elemen kehidupan masyarakat negara ini menjana kekuatan tersebut?

Klik sini untuk artikel lengkap.

Monday, June 14, 2010

‘Populariti Najib dan RMK-10’, Utusan Malaysia, 14 Jun 2010

April 2009, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih teraju kepimpinan negara sebagai Perdana Menteri yang keenam menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan sejak itu, banyak tinjauan pendapat dilakukan untuk menguji gaya kepimpinan beliau yang berubah dengan landskap politik tanah air.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Tuesday, June 01, 2010

‘Masa Depan MIC Tanggungjawab Siapa?’, Utusan Malaysia, 1 Jun 2010

Datuk Seri Samy Vellu, 74, sudah menjadi Presiden MIC selama 11 penggal selepas menyertai parti itu pada 1959. Di peringkat awal, beliau disanjung dan dilihat seorang pemimpin yang bertanggungjawab ke atas masa depan masyarakat India. Era pemimpin ada zaman kegemilangan dan kemerosotannya. Lewat tahun 1990-an, beliau mula menerima kritikan ke atas gaya kepimpinan dan pencapaian MIC walaupun sumbangannya tidak dapat dinafikan.

Lazimnya, dalam mana-mana parti, jika pemimpin nombor satu adalah seorang personaliti yang hebat, beliau akan diimbangi dengan barisan pasukan yang tidak kuat. Inilah yang berlaku dalam MIC sekarang. Hakikatnya, jatuh bangun seorang presiden tidak dapat diputuskan oleh pihak luar. Ini kerana presiden dipilih melalui amalan demokrasi dalam parti.

Hanya pemimpin MIC terutama di peringkat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) boleh membawa usul tersebut tetapi berapa ramaikah bersedia melakukannya secara terbuka? Ini kerana mereka tahu ia akan memberi kesan yang cukup besar ke atas kedudukan dan pangkat yang dimiliki. Suara yang menunjukkan rasa tidak puas hati hanya kedengaran diluahkan secara tertutup dan kerana itulah, Samy mampu bertahan sehingga 31 tahun sebagai presiden.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Tuesday, May 18, 2010

‘Isu, Pengundi Cina Di Sibu’, Utusan Malaysia, 18 Mei 2010

KEPUTUSAN Pilihan Raya kecil di Sibu berpihaK kepada DAP. Keputusan itu menyimpang daripada status quo kerana kerusi P212 Sibu diisytiharkan kosong selepas Ahli Parlimen Barisan Nasional lima penggal, Robert Lau Hoi Chew meninggal dunia pada 9 April 2010.

Pilihan Raya kecil yang berlangsung kelmarin juga merupakan yang ke sebelas sepanjang dua tahun selepas pilihan raya umum pada Mac 2008. Bermula di Permatang Pauh pada Ogos 2008, diikuti dengan di Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Batang Ai, Bukit Selambau, Manek Urai, Penanti, Permatang Pasir, Bagan Pinang dan Hulu Selangor; kesemuanya berpihak kepada gabungan parti pembangkang kecuali dua keputusan pilihan raya kecil yang terakhir berpihak kepada BN serta kemenangan di Batang Ai.

Apakah kekalahan Barisan Nasional (BN) di Sibu merupakan petunjuk yang berbeza dengan kemenangan di Hulu Selangor? Adakah kemenangan DAP yang bertanding buat kali pertama di pilihan raya kecil sejak 2008 menunjukkan parti tersebut mendapat kepercayaan pengundi?

Klik sini untuk artikel lengkap.

Tuesday, May 11, 2010

‘Faktor Najib Penentu Kejayaan BN’, Utusan Malaysia, 11 Mei 2010

SEJAK Datuk Seri Najib Tun Razak memimpin negara, satu evolusi perubahan dalam pelbagai sektor dan agensi seolah-olah telah melalui perubahan. Baru setahun mentadbir, kepimpinan beliau telah menjadi rujukan dan terma yang dikaitkan dengan masa depan negara.

Tidak ada tempoh bulan madu untuk Najib sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada April 2009 memandangkan kekangan persekitaran politik masa kini yang memerlukannya menangani isu kepimpinan, kegawatan ekonomi dan perpaduan yang ketara terhakis selepas Pilihan Raya Umum (PRU) pada Mac 2008.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Blog Archive