Wednesday, June 06, 2007
Sunday, May 20, 2007
MU and MILA AF5


The sad story is MU lost. Yes, MU lost! We know that Chelsea cannot afford to win only Carling Cup after handing over the Premiership championship to MU and dumped out of the Champions League by Liverpool. Chelsea spent more than 500 million pounds and to make the money spent look slightly worth it, they beat MU in extra time. The fulltime score was 0-0.
Saturday, May 19, 2007
Tuesday, May 15, 2007
Pensyarah USM Saran Pilihan Raya Umum Tidak Diadakan Dalam Masa Terdekat
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Seorang pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) berpendapat lebih baik pilihan raya umum tidak diadakan dalam masa terdekat.Dr P. Sivamurugan dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan USM berkata Barisan Nasional (BN) perlu menangani beberapa isu terlebih dahulu jika ia mahu memperolehi keputusan selesa pada pilihan raya umum akan datang."BN mungkin akan adakan pilihan raya umum pada akhir tahun ini atau Mac tahun depan. Walaupun ada pertumbuhan ekonomi (yang memberangsangkan), tetapi indeks-indeks itu bukan semata-mata faktor untuk mengadakan pilihan raya."Banyak faktor lain harus diambil kira," katanya ketika ditemui selepas memberi taklimat mengenai isu-isu semasa di Angkasapuri, di sini hari ini.Sivamurugan berkata faktor seperti masalah rakyat di Sabah dan Sarawak juga perlu diambil kira."BN banyak bergantung kepada kemenangannya di Sabah dan Sarawak untuk mengekalkan majoriti dua per tiga," katanya.Beliau meramalkan pilihan raya umum mungkin diadakan akhir tahun ini."Ogos ialah bulan sambutan kemerdekaan negara ke-50, September pula bulan berpuasa orang Islam, Oktober adalah bulan Hari Raya Aidil Fitri sementara November akan diadakan perhimpunan agung Umno," katanya.Sivamurugan berkata perhimpunan agung Umno kali ini merupakan platform bagi Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menyampaikan amanat sebelum pilihan raya.-- BERNAMA
Saturday, April 28, 2007
Najib Gets PM's Support
Friday, April 27, 2007
Barack Obama - Mr. President!
Monday, April 23, 2007
Politik Bermoral Atasi Soal Perkauman
Politik bermoral dirujuk kepada usaha melahirkan pemimpin dan pengikut yang mempunyai hubungan resiprokal yang harmoni, bertunjangkan nilai-nilai mulia, murni dan beretika dalam penglibatan politik seseorang individu. Yang diutamakan adalah tanggungjawab, amanah dan kejujuran ke atas rakyat dan negara.
Wakil rakyat tahu peranan dan fungsinya dalam masyarakat iaitu bukan sekadar memenuhi tuntutan dan keperluan kawasannya tetapi wakil rakyat juga merupakan mekanisme yang akan dan sepatutnya digunakan oleh orang ramai untuk memperlihatkan tanggungjawab pada Perlembagaan, Rukun Negara dan dasar yang diamalkan.
Martabat DUN dan Parlimen bergantung bukan kepada kelantangan menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kaum lain tetapi kekuatan secara berhemah mengukuhkan penginstitusian agensi dan jabatan serta memenuhi perincian kependudukan tanah air.
Politik bermoral boleh dijadikan perintis kepada penjenamaan semula ke atas skop hubungan antara kaum yang boleh diberi penekanan terutamanya dalam kempen pilihan raya. Jikapun mahu berpolitik, garis panduan politik berhemah perlu dituruti; mengetepikan isu perkauman atau serangan ke atas karakter seseorang untuk kepentingan sendiri. Jika ini keadaannya, bagaimanakah parti yang bertanding di Ijok akan tahu batasannya apabila sudah ada perang siber digunakan untuk mendekati pengundi.
Artikel lengkap Utusan Malaysia 230407
After 20 years of enmity..

nst. 230407
They are friends again.
'It's an emotional time for me. I'm welcoming back a friend. Two hearts have become one'.
Datuk Seri S. Samy Vellu
MIC President
'Enough is enough. No more animosity with MIC. We want to work together, not only for this
by-election but also beyond this'
Datuk M.G Pandithan
IPF President
Sunday, April 01, 2007
Monday, March 19, 2007
Pilihan Raya 2007 atau 2008!!
Thursday, March 15, 2007
Abdullah Utama Prinsip Kerja Secara Muafakat
Thursday, February 22, 2007
‘Ilham Pilihan Raya?’, Utusan Malaysia, 22 Februari 2007
TIBA-tiba timbul kejutan bahawa prestasi mantap semua fundamental ekonomi negara boleh dijadikan petunjuk sudah tiba masanya Parlimen dibubarkan untuk membolehkan pilihan raya ke-12 berlangsung; yang kedua di bawah pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa belum sampai masanya untuk membubarkan Parlimen kerana manifesto pilihan raya masih belum dipenuhi sepenuhnya.
Manifesto BN dalam pilihan raya 2004 memperlihatkan satu agenda yang menyeluruh, holistik dengan pendekatan ke atas kesemua elemen di bawah tema Cemerlang, Gemilang, Terbilang, memastikan perpaduan antara pelbagai etnik terpelihara di samping kualiti hidup yang jauh lebih baik.
Saturday, February 17, 2007
Friday, February 09, 2007
'Reformasi Penyampaian Awam’, Utusan Malaysia, 9 Februari 2007
PENUBUHAN Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) melibatkan 23 personaliti berwibawa dari sektor awam swasta menunjukkan komitmen kerajaan terhadap keperluan persekitaran hari ini.
Ini boleh dianggap sebagai reformasi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ke atas sistem penyampaian awam yang didapati masih ada kekangan sehingga melewatkan proses mencapai matlamat akhir agenda beliau seolah-olah ada jurang di antara perancang, pelaksana dan kumpulan sasar.
Walaupun sudah banyak penerangan dan hebahan dilakukan untuk mendekati kesemua ejen yang terbabit, masih ada lompong kosong yang memperlahankan proses keputusan akhir kerana hasil yang lebih baik dapat dilihat jika wujud pemantauan ke atas hubungan resiprokal antara ketiga- tiga komponen ini
Saturday, January 06, 2007
‘Perbaiki Sistem Penyampaian’, Utusan Malaysia, 6 Januari 2007
Pada Khamis lalu, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia bersama Institut Sosial Malaysia (ISM), Yayasan Strategik Sosial (YSS) dan Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) telah menganjurkan Seminar Kebangsaan Abdullah Ahmad Badawi: Tiga Tahun di Putrajaya – Menjejaki Pencapaian dan Strategi Masa Depan Negara.
Seminar ini bertujuan menilai sejauhmanakah agenda atau gagasan besar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sepanjang tiga tahun mentadbir negara sudah mencapai objektifnya.
Terdapat beberapa perkara yang menjadi agenda utama pentadbiran Abdullah. Antaranya adalah Islam Hadhari, modal insan, pertanian, bioteknologi dan rasuah.












.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)