Friday, January 08, 2010
Thrid Front Can Empower The People, Malaysiakini, 070110
A third political coalition would be an exciting prospect for the growth of democracy in the nation, said a local academician.
Hailing it as a “good, progressive idea”, academic Sivamurugan Pandian said a third force would ensure that the people have a viable choice among three political coalitions, unlike now. Full Report, Malaysiakini, 07 January 2010
Thursday, January 07, 2010
Sub Judice In Jeopardy As Leaders Rush To Speak Out; NST 060110
"... Sivamurugan acknowledged that while public figures have the responsibility to lead by example, they also have the right to speak their minds. But he stressed that leaders must remember that getting into the thick of things may not be the best way to share their opinions". Full Report New Straits Times, 6 January 2010.
I agree with Bar Council president Ragunath Kesavan whose interview focused on 'People and Freedom of Expression' that "... there will be people for and against (an issue). As long as it is done in an open and democratic space, and responsibility is taken for statements made, I think it is very healthy", he said.
Tuesday, January 05, 2010
Too Many Political Parties Not Good, Says Don; The Star 040110
Universiti Sains Malaysia School of Social Science Deputy Dean Assoc Prof Dr Sivamurugan Pandian said these parties might look good on paper but in reality, they could further divide the communities. Full report; The Star 040110.
Sunday, January 03, 2010
UMNO Dan PAS Harus Duduk Semeja@Sinar Harian 030110
Pindaan Demi Kebaikan Negara@Mingguan Malaysia 030110
'Pandangan saya perkara ini mungkin boleh dilakukan untuk tempoh percubaan dahulu ....';hlm.7 untuk pandangan penuh.
Friday, November 20, 2009
‘Pelihara Institusi Demokrasi Berparlimen’, Utusan Malaysia, 20 November 2009
SEWAKTU merasmikan pameran "Demokrasi Berparlimen Tonggak Pemerintahan Negara" di bangunan Parlimen pada 2007, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan, "status Parlimen kekal penting kepada tadbir urus negara". Perlembagaan Persekutuan Bahagian 4 Fasal 44 menyatakan, kuasa undang-undang Persekutuan Tanah Melayu terserah kepada Parlimen yang merangkumi Yang di-Pertuan Agong, Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Tahun ini merupakan tahun bersejarah bagi amalan demokrasi berparlimen Malaysia. Ini kerana genap 50 tahun amalan tersebut dipertahan dan diberi pengiktirafan sewajarnya. Ia bersesuaian dengan perkara yang dipersetujui dalam rundingan kemerdekaan di London pada 18 Januari hingga 6 Februari 1956.
Pembinaan negara ini walaupun tidak melalui proses pertumpahan darah, tetapi ia juga tidak datang dengan mudah.
Saturday, September 19, 2009
‘Raikan Hari Raya Bersama Kaum Lain’, Utusan Malaysia, 19 September 2009
Rakan-rakan 1 Malaysia, Siti Rokiah Ibrahim, (kiri) V. Shanti, Janet Tee Siew Mooi dan Sauyah Che Ros bersama-sama membuat ketupat pada majlis perasmian pameran Nostalgia Sajian Raya di Muzium Negara, Kuala Lumpur, baru-baru ini. |
Setiap kali menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri, nyanyian lagu P. Ramlee Dendang Perantaumahupun M. Nasir Satu Hari Di Hari Raya pasti berkumandang di peti televisyen mahupun radio dalam mana-mana rangkaian media, baik berbahasa Melayu, Inggeris, Cina ataupun India.
Ramai yang bertanggapan bahawa sebaik sahaja lagu tersebut dimainkan, maka bermula juga mood Aidilfitri. Banyak lagu lain turut dimainkan terutama nyanyian Jamal Abdillah ataupun Sudirman Haji Arshad yang masih segar dalam kehidupan masyarakat Malaysia.
Suasana di Malaysia berbeza dengan negara-negara lain yang menyambut perayaan ini. Dalam konteks negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik, kehadiran pelbagai perayaan menggambarkan suasana kepelbagaian dan sejauh mana ia turut diraikan bersama untuk menunjukkan wujudnya nilai 'kemuafakatan'; di samping tanda bermulanya bulan Syawal dan berakhirnya bulan Ramadan serta memenuhi hukum Islam yang ketiga bagi masyarakat beragama Islam.
Tuesday, July 14, 2009
‘6 KRA Najib: Penentu Survival BN’, Utusan Malaysia, 14 Julai 2009
Pada 11 Julai 2009, genap 100 hari Datuk Seri Najib Tun Razak mentadbir negara. Pelbagai penilaian diberikan ke atas kepimpinan beliau; ada yang bersifat positif dan ada yang negatif.
Namun begitu yang menarik adalah kesungguhan beliau untuk mengurus krisis kepercayaan, kesetiaan dan keyakinan dalam kalangan warga Malaysia. Lahir Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang dijadikan sebagai penanda aras atau kayu pengukur ke atas kewibawaan kepimpinan beliau.
Di samping '11 Hadiah Rakyat' yang mencakupi unsur ekonomi dan sosial, beliau muncul dengan enam Bidang Keberhasilan Utama (KRA) yang akan dijadikan sebagai 'petunjuk' sepanjang beliau memimpin supaya dapat mencapai matlamat KPI.
Keenam-enam bidang tersebut adalah mencegah jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan dan meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah serta memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman dan meningkatkan tahap pengangkutan.
Saturday, July 11, 2009
Thursday, January 01, 2009
‘Perpaduan Agenda 2009’, Utusan Malaysia, 1 Januari 2009
KITA melangkah ke tahun 2009 dengan dipenuhi keyakinan dalam keadaan tidak menentu selepas menyaksikan satu tahun yang penuh dengan kejutan, sandiwara, ramalan, drama, krisis dan tidak kurang keadaan di luar kawalan dan jangkaan.
Krisis ekonomi global pula diramal akan menjadi lebih buruk dan tempiasnya sudah pun dirasai di negara ini. Ada juga yang membuat spekulasi bahawa tahun 2009 bakal diwarnai dengan konflik antara negara-bangsa dan ketegangan hubungan antara kaum dalam sesebuah negara akibat desakan dalaman dan luaran.
Jika tahun 2008 menyaksikan kesungguhan golongan tertentu untuk berubah; kini ia menimbulkan dilema. Adakah perubahan yang mahu dibawa menjanjikan keamanan dan keharmonian?
Friday, December 26, 2008
Sunday, May 04, 2008
DrM Starts Blogging

Sunday, April 27, 2008
28 April 2008: Adakah Sejarah Baru Akan Lahir?
Ramai membuat pelbagai jenis ramalan:
i. Parlimen bersidang buat pertama kali selepas PRU Ke-12
ii. BN hanya memiliki majoriti mudah - 140 kerusi (112 kerusi yang dikehendaki untuk menubuhkan kerajaan)
iii. Buat pertama kali kehadiran 82 Ahli Parlimen pembangkang
iv. Adakah akan ada MP yang 'melompat' kepada pakatan pembangkang pada hari tersebut?
v. Adakah akan ada usul undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri?
vi. Adakah PR akan dapat menubuhkan kerajaan baru berdasarkan kepada keazaman dan motivasi yang ditunjukkan sejak bulan Mac 08?
vii. Adakah Perdana Menteri akan letak jawatan?
viii. Dimana kedudukan DS Anwar Ibrahim ... satu pilihan raya kecil hanya boleh diadakan 6 bulan selepas PRU.
ix. Pertama kali melihat Ketua Pembangkang adalah seorang wanita- DS Wan Azizah Wan Ismail
Monday, April 21, 2008
Judiciary Body..
Wednesday, April 16, 2008
Seimbas Lalu...
iii. Dalam artikel bertajuk, ‘Politik Moral Atasi Soal Perkauman’, Utusan Malaysia, 23 April 2007; saya mencadangkan agar kita beralih kepada politik bermoral dengan penyampaian secara berhemah dan tidak bergantung kepada faktor 'kaum' lagi.
.....
Tuesday, April 15, 2008
After A Long Break..
Wednesday, January 16, 2008
‘Calon, Isu dan Parti’, Utusan Malaysia, 16 Januari 2008
Bendera parti politik berkibar di jalan raya Kuala Berang, Terengganu menandakan bahang pilihan raya kian hampir. |
Bahang pilihan raya sudah mula terasa. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya menyatakan bahawa pilihan raya akan diadakan dalam jangka masa terdekat ini. Ada parti yang sudah mula mencari calon dan ada pula yang mula menyiapkan senarai mereka.
Pilihan raya yang ke-12 ini merupakan pilihan raya yang kedua di bawah kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Sebelas pilihan raya telah diadakan sejak kemerdekaan dan Barisan Nasional (BN) yang dulunya dikenali sebagai parti Perikatan tidak pernah gagal mempertahankan majoriti kerusi peringkat Parlimen.
Wednesday, October 31, 2007
‘Menukar Strategi Jadi Pelaksanaan’, Utusan Malaysia, 31 Oktober 2007
MASA pantas berlalu; sudah empat tahun Tun Dr. Mahathir Mohamad bersara dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menduduki kerusi nombor satu negara sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelima.
Ketika beliau mula mengambil alih kepimpinan negara, ramai yang khuatir sama ada beliau merupakan calon terbaik sebagai ‘pengganti’ Dr. Mahathir. Sindrom ini bukan baru kerana ketika Allahyarham Tun Hussein Onn menggantikan Allahyarham Tun Abdul Razak, ramai yang mempersoalkannya. Ketika Dr. Mahathir menggantikan Tun Hussein pula, wujud pelbagai reaksi tetapi terbukti, beliau merupakan pengganti yang paling secocok dengan persekitaran ketika itu.
Friday, August 31, 2007
‘Pengisian 50 Tahun Erti Kebebasan’, Utusan Malaysia, 31 Ogos 2007
Pengisian kemerdekaan yang diwarnai dengan kemuafakatan kepelbagaian kaum wajar diraikan sempena 50 tahun kemerdekaan apatah lagi ia turut dikongsi bersama negeri Sabah dan Sarawak melahirkan tiga wilayah bersama Semenanjung; yang terpisah kerana Laut China Selatan yang kemudiannya dikenali sebagai Malaysia.
Kekuatan hubungan antara kaum membolehkan negara terus pesat membangun; bermula dari sebuah negara mundur yang baru merdeka, kini ia muncul sebagai sebuah negara yang pesat membangun dan akan tergolong dalam kalangan negara maju dalam masa terdekat ini.
Teras kepada asas kejayaan ini adalah kemuafakatan politik yang lahir dari kontrak sosial; tanpa kontrak sosial, tidak ada Perlembagaan; tanpa adanya Perlembagaan, tidak mungkin kita meraikan 50 tahun kemerdekaan hari ini.