Monday, March 06, 2017

'Daftar Undi Automatik, Malaysia Sudah Boleh Mula', Sinar Harian, 5 Mac 2017

Daftar undi automatik, Malaysia sudah boleh mula
  
   
Hadir Mengundi
Para pengundi yang hadir menunaikan tanggungjawab untuk membuang undi.- Foto Bernama
SHAH ALAM – Kerajaan boleh mengambil pendekatan dengan membuat pendaftaran mengundi secara automatik terhadap setiap remaja yang menginjak usia 21 tahun.
Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, Malaysia sudah ada kemampuan untuk ke arah itu dan mengikut jejak beberapa negara yang sudah melakukannya.
Menurutnya, dengan cara ini ia dapat mengurangkan angka golongan muda yang masih tidak mendaftar sebagai pengundi.
“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) boleh merealisasikan perkara ini.
“Kita tahu, mengundi adalah tanggungjawab semua, namun jika kita hanya menunggu, dikhuatiri akan lebih ramai tidak mahu mendaftar memandangkan ada beberapa faktor yang saya kira mengapa golongan muda ini tidak mahu mendaftar,” katanya kepada Sinar Online.
Beliau berkata, sungguhpun ia mungkin dianggap satu perubahan drastik, namun ia boleh dijadikan percubaan untuk ke arah lebih baik.
“Sudah pasti akan ada pro dan kontranya. Tetapi, jika kita tidak mulakan dari sekarang, bila lagi?
“Jumlah 4.1 juta yang masih belum berdaftar dan majoriti adalah golongan muda, ia tidak boleh dipandang ringan.
“Antara faktor yang menyebabkan mereka tidak mahu mendaftar adalah kurang sikap ingin mengambil tahu kepentingan mengundi serta tiada pendedahan khusus mengenai tanggungjawab sebagai pengundi,” katanya.
Katanya lagi,  ada juga segelintir golongan muda ini merasakan, mendaftar atau tidak, ia tidak akan membawa apa-apa perubahan terhadap sistem yang ada sekarang.
“Pandangan itu silap. Dengan kefahaman yang betul, jumlah ini akan dapat dikurangkan dan lebih ramai golongan muda akan mula mendaftar.
“Tetapi, tugas untuk memberi kefahaman bukan terletak kepada SPR dan parti politik sahaja. Ia perlu dilakukan oleh semua pihak termasuk keluarga sendiri,” katanya.
Jelasnya, keengganan golongan muda mendaftar sebagai pengundi memberi kebimbangan kerana merekalah nadi masa depan negara.
Lebih banyak pendedahan perlu dilakukan untuk menyuntik semula semangat dan mengembalikan keyakinan kepada golongan ini untuk mendaftar.

'Putus hubungan Diplomatik Pun Tidak Apa', Kosmo, 6 Mac 2017


'Banteras Habis-Habisan', Mingguan Malaysia, 5 Mac 2017


Tuesday, February 28, 2017

'TN50 Gagasan Besar Masa Depan Negara', Pena DrSiva, Utusan Malaysia, 18 Februari 2017

              

 


NAJIB TUN RAZAK bersama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin
NAJIB TUN RAZAK bersama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin ketika sesi Wacana Dialog Perdana pada program Dialog Perdana Transformasi Nasional 2050 (TN50) di Dewan Tuanku Canselor Universiti Malaya di Kuala Lumpur pada 19 Januari lalu. UTUSAN
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah melancar­kan Transformasi Na­sio­nal (TN50) di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya pada 19 Januari lalu. Ia membawa petanda baru dalam konteks negara kita; yang akan melakar sejarah tanah air mulai 2020. Namakan gagasan, visi atau misi mahupun wawasan, intipatinya jelas: memacu kecemerlangan berterusan negara dalam ledakan persaingan global dan memastikan kekal aman, sentosa, bahagia, rukun dan sejahtera; dari generasi ke generasi.
Pendekatan baharu diperkenalkan untuk merealisasikan pembentukan gagasan besar TN50 ini. Di peringkat awal diadakan dialog dengan kumpulan sasar; khusus­nya generasi muda sebagai ­modal insan yang akan memeta dan membawa lonjakan dalam ketamadunan baharu Malaysia.
Pelbagai kaedah dan pendekatan dirancang untuk memastikan transformasi nasional ‘untuk rakyat dari rakyat’ berpaksikan amalan ‘bottom-up’ dilaksanakan. Ini sesuai dengan perubahan landskap negara dari konteks demografi dan geografinya. Hakikatnya, bicara town-hall ini amat signifikan bagi menggarap mindset, keperluan dan kemahuan setiap warga Malaysia ini.
Matlamatnya apabila kita ­me­langkah masuk ke tahun 2020; TN sudah tersergam untuk diimplementasi berpandukan kehendak dan persetujuan majoriti yang akan dan telah memberi sumbangan maklumat, pandangan dan idea untuk turut serta dalam perwatakan TN50 ini.
Cabaran kepada sekretariat ada­lah mendekati pelbagai kumpulan kerana masing-masing ada kepentingan dan pandangan berbeza, seterusnya mencari formula menang-menang supaya semua­nya merasai nilai kepunyaan (ownership) dan pemilikan (belonging). Ujian adalah untuk turut menerima teguran dan kritikan tetapi jika membina, rasional dan praktikal; saya percaya ia akan diberi pertimbangan yang sewajarnya.
Dari sekecil kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas serta kumpulan pelajar, mahasiswa, keluarga, anak, guru, pensyarah, nelayan, petani, pekerja awam, jururawat, wartawan, pengamal media, peguam, pelayan, pramugara, pekebun, doktor, pembersih sanitasi, pekerja swasta dan lain-lain pekerja am, staf sokongan, profesional, ­masing-masing ada tanggungjawab ke atas pembinaan negara-bangsa TN50 ini atas matlamat TN50 adalah untuk kita bersama.
Harus diingatkan Wawasan 2020 dicipta pada 1991 mengikut acuan yang dirasakan sesuai untuk pencapaian tahun 2020 mengikut trend kebanyakan negara maju dunia pertama tatkala itu. Hakikatnya, antara sumbang­an besar Wawasan 2020 adalah membina kelas pertengahan yang ­semakin membesar berbanding kelas bawahan. Dilemanya adalah kelas pertengahan tersepit di tengah-tengah. Maka, perancangan efisien harus mengambil kira soal ‘sejahtera’ untuk melengkapkan elemen aman dan sentosa.
Masyarakat semakin materia­listik dan individualistik. Bagaimana TN50 akan pastikan wujud hubungan saling melengkapi an­tara kesemua kelas masyarakat ini agar jurang mengecil dan garis kemiskinan juga bersesuaian de­ngan keadaan semasa? Kita juga harus melihat dalam konteks satu gagasan besar agar kesemua ne­geri termasuk Sabah dan Sarawak menikmati limpahan kekayaan negara sepenuhnya supaya soal tidak ada jalan, elektrik, air memencil; dan soal maruah diri, masyarakat dan negara membesar. Nilai inovasi TN50 akan melengkapkan nilai kecekapan untuk menggapai kejayaan.
Kita tidak boleh bandingkan dengan Jepun dan Amerika hari ini tetapi mempunyai ‘imaginasi komuniti’ yang mahu dizahirkan pada tahun 2050 mengikut acuan sendiri secara rasional dan praktikal. Jika KDNK Malaysia diramal menjadi berkali ganda menjelang tahun 2050 ­berbanding 1990 dan 2020; kini rakyat Malaysia harus menjadi enam kali ganda sejahtera dan mapan pada tahun 2050. Tanggapan bahawa ‘satu saiz untuk semua’ mesti dihentikan kerana setiap kumpulan sasar mempunyai latar berbeza dan kelonggaran dalam pelaksanaan sesuatu da­sar perlu demi menjamin hasil yang memberangsangkan.
Cabaran perlu mengambil kira perubahan teknologi dan budaya serta yang lain jika mahu berada pada kedudukan yang baik ter­utama dengan anjakan berpusat kepada inovasi. Ia boleh menjadi cabaran jika ideologi politik tidak diberikan keutamaan berban­ding sistem penyampaian. Yang pentingnya masing-masing harus boleh bersama selepas selesai pe­milihan demi masa depan negara bangsa ini. Banyak agensi perlu bersama supaya kebajikan masyarakat kekal terpelihara. Ini yang akan menguji kematangan.
Dunia maju juga masih bergelut dengan nilai dan norma serta budaya melainkan budaya dijadikan sebagai gaya hidup. Matlamat Pembangunan Mampan 2015-2030 (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) boleh dijadikan rujukan terutamanya ke arah kemiskinan sifar; tiada kelaparan; kesihatan dan kesejahteraan; pendidikan berkualiti; kesaksamaan gender; air dan sa­nitasi bersih; tenaga bersih; pertumbuhan ekonomi; industri, inovasi dan infrastruktur; kurangkan ketaksamaan; komuniti/ bandar mapan; produktiviti dan kepenggunaan bertanggungjawab; perubahan cuaca; alam air; alam ta­nah; keamanan dan keadilan; dan rakan untuk mencapai kesemua matlamat.
Hanya keyakinan dan kepercayaan dapat membawa kejayaan di sebalik perancangan TN50. Malaysia bakal mencipta sejarah baharu. Kesemuanya adalah di bawah pemilikan dan tanggungjawab bersama sesiapa sahaja yang menamakan dirinya warga Malaysia.
PROFESOR DR. P. SIVAMURUGAN dari Pusat Pengajian Sains Ke­masyarakatan, Universiti Sains Malaysia.

Tuesday, January 17, 2017

'Kerjasama Pas Dan PPBM Hanya Berlaku Jika Tanpa Sebarang Syarat - Penganalisis Politik', Bernama, 16 Januari 2017


                       

Kerjasama Pas dan PPBM hanya berlaku jika tanpa sebarang syarat - Penganalisis politik
PROF DR SIVAMURUGAN: Gabungan Pas dengan PPBM hanya akan berlaku sekiranya tiada sebarang syarat yang ditetapkan parti itu kepada PPBM - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Gabungan antara PAS dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hanya akan berlaku sekiranya tiada sebarang syarat yang ditetapkan parti itu kepada PPBM terutama dalam menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan, demikian menurut seorang ahli akademik.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata ini kerana sehingga kini, PAS kekal dengan pendirian mereka bahawa untuk PPBM bekerjasama dengan mereka, parti itu terlebih dahulu perlu mengorbankan 'hubungan' mereka dengan Pakatan Harapan khususnya DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

"Persoalannya, adakah PPBM bersedia untuk melakukannya? Dan, siapakah sebenarnya yang sanggup berkorban untuk kepentingan gagasan pembangkang?" kata pensyarah sosiologi politik itu kepada Bernama.

PAS, dalam satu kenyataan semalam, sekali lagi menegaskan bahawa parti itu terbuka dan sedia menjalin hubungan serta kerjasama politik dengan mana-mana pihak yang bersedia menerima dasar dan perjuangannya kecuali DAP dan PAN.

Pemuda PAS baru-baru ini turut menyatakan parti itu optimis bahawa kerjasama PAS dengan PPBM boleh berlaku meskipun Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad sering kali bersikap negatif termasuk melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap kepimpinan parti itu.

Mengulas lanjut, Sivamurugan berkata hal berkenaan menimbulkan polemik yang hebat ekoran ia banyak bergantung kepada persoalan siapakah yang akan mengalah atau berkorban.

"Apakah akan wujud kemungkinan PAS sedia bergabung dengan PPBM meskipun maklum akan kerjasama antara PPBM dengan DAP, PKR dan PAN? Atau mungkin, PAS bersedia mengenepikan isu kerjasama PPBM dengan Pakatan Harapan semata-mata untuk memastikan mereka meraih kemenangan pada pilihan raya umum ke-14 nanti.

"Mungkin juga, Pakatan Harapan sendiri bersedia membenarkan PPBM bekerjasama dengan PAS walaupun PAN dilihat sebagai alternatif kepada parti itu terutama oleh DAP. Namun, masih menjadi tanda tanya adakah PAN boleh menerima kerjasama itu?," katanya.

Sehubungan itu, beliau berpendapat bukan mudah untuk pakatan pembangkang bersatu kerana bukan sahaja PAS atau PPBM perlu berkorban, bahkan besar kemungkinan Pakatan Harapan khususnya DAP dan PAN perlu mengalah demi kepentingan pembangkang secara umum.

Selagi masing-masing kekal bertegas dengan syarat tertentu parti, selagi itulah nilai kompromi dan konsensus 2008 dan 2013 sukar dicapai untuk pakatan pembangkang.
"Sekiranya masing-masing masih mendahulukan kepentingan perjuangan parti, maka sukar untuk pembangkang merealisasikan kemuafakatan bersama dengan etika politik yang memperlihatkan pakatan pembangkang berada di tahap sama," katanya.

-- BERNAMA

'Experts Believe DrM Has Realised BR1M Works', New Straits Times, 16 January 2017


'Opposition Front May Not Take Root', The Star, 14 January 2017


Thursday, November 24, 2016

'PAU 2016: Fokus Utama Sosioekonomi Rakyat, Bukan Politik', Bernama, 23 November 2016

MELAKA, 23 Nov – Isu sosioekonomi rakyat wajar diangkat menjadi fokus utama Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2016 sejajar matlamat parti itu yang mahu meningkatkan tahap sosioekonomi rakyat terutama orang Melayu.
Penganalisis politik Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata isu sosioekonomi rakyat terutama kos sara hidup, kemiskinan bandar, serta jurang ekonomi rakyat bandar dan luar bandar semakin mencengkam kini, sudah tiba masanya perhimpunan parti keramat orang Melayu itu kembali ke resam perjuangan tersebut.
Prof Sosiologi Politik dari Universiti Sains Malaysia itu berkata sebagai parti utama bukan sahaja untuk orang Melayu tetapi menunjangi rakyat dan negara, UMNO pada perhimpunan kali ini perlu menunjukkan parti itu sedia berdiri sebagai pembela dan berjuang untuk kehidupan rakyat yang lebih baik.
“Isu sosioekonomi rakyat amat wajar dibincang dan didebatkan secara rasional pada perhimpunan kali ini serta mencari mekanisme paling berkesan untuk mengatasi segala permasalahan berkaitan sosioekonomi yang dihadapi rakyat pada masa kini,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Perhimpunan itu yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur minggu depan akan dihadiri 5,732 anggota perwakilan UMNO seluruh negara, manakala 681 usul diterima dari 191 Bahagian UMNO dengan 510 usul diterima dan dikategorikan mengikut kluster termasuk politik, sosial, agama, pendidikan dan ekonomi.
Sivamurugan berkata sering dibincangkan adalah meningkatkan tahap sosioekonomi kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah atau B40, namun cabaran sebenar UMNO dalam isu ini adalah bagaimana parti itu mampu meningkatkan tahap sosioekonomi kumpulan isi rumah berpendapatan pertengahan atau M40.
“Kumpulan M40 paling sukar didekati jadi sekiranya UMNO sebagai parti utama kerajaan mampu membentuk sebuah pendekatan untuk mengatasi masalah sosioekonomi rakyat saya percaya ia akan menarik perhatian kumpulan M40 ini,” katanya.
Beliau berkata apabila pendekatan realistik untuk mengatasi isu sosioekonomi rakyat dapat diformulasi UMNO, parti itu boleh menarik sokongan rakyat terutama kumpulan M40 menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Bagaimanapun katanya, menemui mekanisme penyelesaian isu sosioekonomi rakyat pada PAU 2016 hanyalah satu daripada komponen permulaan, untuk menarik seluruh sokongan rakyat bagi UMNO dan Barisan Nasional (BN) memenangi PRU14.
“Sukar untuk nyatakan (adakah UMNO dan BN mampu menang selepas menemui mekanisme penyelesaian masalah sosioekonomi rakyat) namun UMNO telah laksana tanggungjawab itu dan terpulang kepada pengundi untuk menilai dan bersifat rasional.
“Ia juga bergantung kepada bagaimana UMNO dan BN mampu laksanakan (mekanisme tersebut) dalam bentuk dasar lebih konkrit dan praktikal pada peringkat kerajaan, di pihak pengundi perlu rasional menilai,” kata Sivamurugan.
Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) Tan Sri Dr Abdul Rahim Tamby Chik berkata badan itu menyokong penuh isu sosioekonomi rakyat diangkat sebagai fokus utama PAU 2016.
Beliau berkata ini kerana PAU perlu menjadi medan bagi orang Melayu mencari persamaan dalam membentuk sebuah kerjasama untuk mengatasi segala permasalahan sosioekonomi yang semakin menghimpit rakyat pada masa kini.
“PAU tidak usah berlebihan menggunakan masa untuk menyentuh perkara politik sahaja, UMNO perlu mencari jalan menambah rezeki rakyat dengan menambah peluang pekerjaan dan sebagainya, perjuangan sosioekonomi ini perlu diteruskan dan rakyat akan melihat,” katanya.
Bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata berdasarkan pengalamannya dalam politik dan UMNO sendiri, penumpuan utama terhadap isu politik akan menyebabkan perhimpunan agung itu menjadi medan percakaran yang seterusnya boleh menyebabkan perpecahan dalam kalangan anggota UMNO itu sendiri.
“Bukan hendak menyapu masalah politik dihadapi di bawah tikar, tetapi perlu berpada-pada dan sentiasa beringat perpaduan parti serta khidmat untuk rakyat itu lebih penting. Justeru amat cocok apabila isu sosioekonomi itu diletak fokus utama memperlihat bahawa UMNO sedia berkhidmat untuk rakyat,” katanya.

'UGA 2016: Main Focus Is Sosio-economy Of Rakyat, Not Politics', Bernama, 23 November 2016

 



By Fadzli Ramli
MELAKA, Nov 23 (Bernama) – The fight to improve the socio-economy of the rakyat, especially the Malays, will take centre stage of the UMNO General Assembly (UGA) 2016.
Political analyst Prof Dr Sivamurugan Pandian of Universiti Sains Malaysia (USM) said issues such as the cost of living, urban poverty, and the urban-rural economic gap are items that should be on the minds of delegates.
“There is a need for rational discussion and debate on socio-economic issues of the rakyat to find effective mechanisms to address them,” he told Bernama when contacted today.
Some 5,732 delegates and 681 motions have been received from 191 UMNO divisions nationwide.
Of the number, 510 motions were accepted and categorised under political, social, religious, educational and economic.
The UGA 2016 will be held from Nov 29-Dec 3 at Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur.
Sivamurugan said on top of improving the economy of households with 40 per cent lowest income (B40), the other challenge is to improve the economy of middle income households (M40).
“The M40 group is the most difficult to approach. I believe the M40 group will be drawn to UMNO if the party can address their grievances. If this can be done, then UMNO can win them over in the 14th general election (GE14).
Finding an effective mechanism to solve the socio-economic issues during the UGA 2016 is just one of the ways to draw the people’s support for UMNO and Barisan Nasional (BN).
“Difficult to say (whether UMNO and BN can win by finding the mechanism to solve the socio-economic problems) but UMNO has done its responsibility and it is up to the voters to judge them.
“It will also depend on the practicality of how UMNO and BN can implement (the mechanism) more effectively at government level” he added.
Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) chairman, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik said the body fully supports the move to make socio-economic issues the main focus of UGA 2016.
He said the UGA has become a platform for the Malays to find commonality via cooperation to resolve the socio-economic problems plaguing the people.
“UMNO delegates should not waste time on politics but must find ways to raise the income of the rakyat by increasing job opportunities. The struggle to improve the socio-economy must be continued.
The former Melaka chief minister said making politics the main focus of UGA 2016 would result in infighting which can lead to disunity among members.
“This is not sweeping problems under the carpet. We must bear in mind that party unity and to serve the rakyat are most important,” he added.
–BERNAMA
(Bernama)

Blog Archive