Friday, July 22, 2016

'DAP akan menang mudah pilihan raya Pulau Pinang, kata penganalisis', Free Malaysia Today, 22 Julai 2016

 

 | July 22, 2016
Walaupun pembangkang berpecah, ia sedikit pun tidak menggugat sokongan rakyat Pulau Pinang kepada DAP.
Dr-Sivamurugan-PandianPETALING JAYA: Rata-rata penganalisis politik meramalkan DAP akan kekal berkuasa di Pulau Pinang sekiranya pilihan raya negeri (PRN) diadakan sebelum PRU14.
Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata walaupun trend sokongan pengundi Cina mula kembali kepada Barisan Nasional (BN), ia masih belum mampu mempengaruhi majoriti pengundi bukan Melayu di Pulau Pinang menolak DAP.
“Tujuan PRN mungkin untuk kukuhkan semula kedudukan dalam parti selepas pendakwaan ketua menteri (Lim Guan Eng). Saya percaya DAP akan kekal berkuasa walaupun PRN ditolak oleh majoriti pengundi yang melihat ia sebagai pembaziran,” katanya kepada FMT.
Penganalisis politik Universiti Malaya, Dr Awang Azman Awang Pawi berpandangan serupa, dan berkata sukar pentadbiran DAP digugat memandangkan Pulau Pinang merupakan kubu kuat parti itu walaupun prestasi pembangkang di mata rakyat kurang memuaskan.
“Bagi pengundi Pulau Pinang, saya percaya mereka lebih cenderung kepada DAP. MCA dan Gerakan belum cukup kuat lagi mengatasi DAP di Pulau Pinang.
“Saya kira pembangkang mampu mempertahankan (kerusi) tapi sukar menambah kerana BN dan krisis PAS dan Amanah,” katanya.
Azman bagaimanapun tidak menolak kedudukan DAP dan PKR di kawasan majoriti Melayu sedikit goyang berdasarkan kepuusan dua PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebelum ini.
“Saya rasa mungkin majoriti undi (DAP, PKR dan PAS) berkurangan kerana pakatan pembangkang yang tidak bersatu menghadapi kekuatan jentera BN seluruh Malaysia di Pulau Pinang.
“Saya rasa BN boleh mengambil peluang, memandangkan pengundi Cina menunjukkan tanda-tanda kembali menyokong BN.
“Ini ada kelebihan kepada BN untuk meningkatkan majoriti sokongan pengundi Cina,” kata seorang lagi penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani kepada FMT.

Tuesday, June 28, 2016

'Cabinet Reshuffled With Eye On Coming Polls, Analysts Say', Malay Mail Online, 28 June 2016

 

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak arriving to announce a cabinet reshuffle, at Bangunan Perdana Putra in Putrajaya, June 27, 2016. — Bernama picKUALA LUMPUR, June 28 ― Changes Datuk Seri Najib Razak made to his Cabinet indicate that the prime minister has shifted his attention to the next general election, after having overcome recent challenges to his leadership.
According to political observers, the new appointments showed that the prime minister was both rewarding loyalists who stood firmly beside him when he faced the height of opposition and shoring up support in key battlegrounds ahead of the coming poll.
Ibrahim Suffian who heads independent pollster Merdeka Center said the biggest clue was the selection of Selangor Umno chief Tan Sri Noh Omar as housing, urban well being, and local government minister, which he said would be a vital portfolio heading into the polls.
“It is clear that Najib is gunning to regain Selangor in the next election,” Ibrahim said.
Yesterday's reshuffle came after Umno sacked Tan Sri Muhyiddin Yassin and Datuk Mukhriz Mahathir who had been openly attacking the prime minister over 1Malaysia Development Bhd (1MDB) and related issues.
Datuk Seri Shafie Apdal was also suspended from the party and Umno leaders from his Semporna division yesterday quit en masse in protest.
With the three leaders as well as former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad no longer in Umno, Najib's position as party president — and, by extension, prime minister — is now virtually unassailable from within.
In further clues that the reshuffle was orchestrated to quell dissent over the sackings, Jerlun MP Datuk Othman Aziz was made deputy finance minister while Silam MP Datuk Datu Nasrun Datu Mansur was picked as deputy plantation, industries and commodities minister.
Mukhriz headed the Umno division in Jerlun prior to his sacking while the Silam chapter is led by Shafie's brother, Datuk Yusof Apdal.
One oddity Ibrahim noted in the reshuffle was that the vacancy left by Datuk Amar Douglas Uggah Embas, who became Sarawak deputy chief minister, was not filled by another  Barisan Nasional leader from the state.
The possible fallout was also pointed out by Deputy Rural and Regional Development Minister Datuk Alexander Nanta Linggi, initially tipped to replace Uggah, who said Sarawakians were likely to be upset by the omission.
Sarawak overwhelmingly returned BN to power during a state election in May, and is considered a key state for keeping the coalition in Putrajaya.
“It is quite surprising to note that no Sarawakian minister was appointed even to replace Douglas,” Ibrahim added.
Universiti Sains Malaysia’s Professor Dr Sivamurugan Pandian said the current lineup was likely to be Najib's vanguard heading into the 14th general election.
Although the prime minister yesterday declined to say if the reshuffle will be the last before BN heads to the polls, Sivamurugan also took Noh's appointment as a clear indication that further changes were unlikely.
“It is a minor reshuffle but a restructuring of the Cabinet. This is the team that the PM would be taking into the next elections,” he told Malay Mail Online when contacted.
Independent political analyst Khoo Kay Peng told Malay Mail Online that the appointment of Gerakan president Datuk Seri Mah Siew Keong as the plantation, industries and commodities minister was Najib's way of rewarding the party for its efforts in the recently concluded by-elections.
He added that Najib was banking on Mah and Gerakan to help foment the return of the Chinese vote to BN, after the community that abandoned the coalition in Election 2013 began showing signs of reconsidering its previous hostility.
“When Mah was given a full ministership, it was Najib trying to help restore Gerakan's influence. He is trying to shore up the Chinese votes ahead of the GE,” Khoo explained.
Other notable changes in yesterday's reshuffle was Datuk Abdul Rahman Dahlan, who previously held Noh's portfolio, as minister in the Prime Minister's Department and Datuk Johari Abdul Ghani as second finance minister.
The 14th general election is due no later than 2018.

'New Cabinet Will Lead BN Into GE14', New Straits Times, 28 June 2016


'Kukuh Urus Tadbir', Harian Metro, 28 Jun 2016


'Promotion For 3 Deputy Ministers?', New Straits Times, 27 June 2016


Monday, June 20, 2016

'Gagal Terima Kekalahan Pilihan Raya Antara Ciri Diktaktor - Penganalisis Politik', Bernama, 20 Jun 2016


Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Pihak pembangkang yang obses terhadap kemenangan dan enggan menerima kekalahan pilihan raya dengan hati terbuka dilihat mempunyai ciri-ciri diktator, kata beberapa penganalisis politik.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Md Shukri Shuib berkata sistem demokrasi memberi jaminan kepada hak kebebasan rakyat memilih, dan pemimpin politik yang bijak sepatutnya amat maklum tentang perkara itu.

Justeru itu, katanya, kenyataan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli terhadap keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak yang seolah-olah menyalahkan rakyat kerana tidak memilih calon mereka, adalah respons yang 'tidak matang'.

"Mereka sahaja yang betul, pandangan masyarakat tidak dikira. Ini adalah ciri-ciri diktator. Kalau kelompok sebegini perintah (negara), saya khuatir nanti suara rakyat akan hilang," katanya ketika dihubungi di sini.

Sebuah akhbar melaporkan Rafizi dipetik sebagai berkata penyakit 'kebendaan' dalam kalangan pengundi menjadi antara penyebab Barisan Nasional (BN) memenangi kedua-dua kerusia Parlimen itu.

"Baik pengundi Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan semua yang lain, faktor projek dijanjikan dan wang kebendaan yang diagihkan semasa kempen tetap berkesan mengekalkan sejumlah undi kepada mereka (BN)," kata Rafizi dalam laporan itu.

Md Shukri berkata rakyat dan pemimpin matang adalah dua perkara yang saling diperlukan ke arah pembentukan Malaysia yang membangun.

"Dalam konteks ini, saya lihat keluhuran hati pemimpin itu sendiri. Kalau penghormatan ke atas rakyat tidak boleh diberikan, ini meruncing kepada pembentukan sebuah negara yang matang.

"Rakyat seharusnya buka mata," kata beliau.

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian pula menyifatkan Rafizi sebagai pemimpin yang emosional.

"Beliau sepatutnya lebih rasional dan praktikal dalam perkara ini," katanya.

Sivamurugan berkata hak dan kedudukan pengundi untuk memilih perlu diiktiraf, dan tidak ada mana-mana parti yang boleh perlekehkan perkara ini.

Jika dilihat pada pilihan raya sebelum ini, katanya, pengundi telah menganugerahkan parti pembangkang beberapa negeri untuk ditadbir.

"Kekalahan dan kemenangan boleh disebabkan faktor calon, jentera parti dan juga isu-isu yang dibawa. Tiga elemen ini menyumbang dengan besar.

"Dalam konteks ini, pihak yang kalah haruslah lakukan bedah siasat (tentang kekalahan mereka)," kata beliau.

Pada PRK Sungai Besar, calon BN Budiman Mohd Zohdi menang dengan majoriti 9,191 undi menewaskan calon PAS Dr Abdul Rani Osman dan calon Amanah Azhar Abdul Shukur.

PRK Kuala Kangsar pula menyaksikan calon BN Datin Mastura Mohd Yazid menang dengan majoriti 6,969 undi mengalahkan calon PAS Dr Najihatussalehah Ahmad, calon Amanah Prof Dr Ahmad Termizi Ramli dan calon bebas Izat Bukhary Ismail Bhukary.

-- BERNAMA

'Jentera BN Jitu', Harian Metro, 20 Jun 2016


'Chinese Voters Fed up With Opposition', New Straits Times, 20 June 2016


'Iktibar Buat Mahathir', Utusan Malaysia, 20 Jun 2016



p/s: Kenyataan saya adalah sumbangan faktor nasional ke atas keputusan PRK. Kenyataan 'Iktibar Buat Mahathir' dibuat oleh oleh Tun Abdul Hamid, bekas KHN.

Tuesday, June 14, 2016

'BN Perlu Berhati-hati Undi Berubah Pada Saat Akhir - Penganalisis', Bernama, 14 Jun 2016


Oleh Kamarul Irwan Alias

SUNGAI BESAR, 14 Jun (Bernama) -- "Bukannya Superman atau Batman, tapi Budiman yang akan datang membantu menyelesaikan masalah anda."

Itu janji Budiman Mohd Zohdi, calon Barisan Nasional (BN) kepada pengundi-pengundi bagi pilihan raya kecil (PRK) kawasan Parlimen Sungai Besar.

Jika mengikut bacaan politik, peluang BN dilihat cerah di Sungai Besar, namun andaian itu bukan signal untuk BN 'beraya' awal kerana parti itu dikatakan perlu berhati-hati dengan elemen perubahan undi yang mungkin berlaku saat akhir.

Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata pesonaliti dan kredibiliti Budiman yang mesra masyarakat dan mudah didekati mampu menjadi faktor penentu kepada kejayaan BN pada pilihan raya kecil itu.

Beliau berkata penduduk kawasan Parlimen Sungai Besar yang meliputi kawasan luar bandar mementingkan wakil rakyat yang boleh memperjuangkan isu-isu tempatan dan kebajikan mereka.

"Apa yang pengundi Sungai Besar mahu ialah wakil rakyat yang mudah didekati dan mampu membawa suara mereka ke peringkat persekutuan," katanya kepada Bernama di sini.

Malah katanya isu-isu yang dibangkitkan PAS dan Amanah sejak bermulanya kempen PRK itu pada 5 Jun lepas tidak begitu memberi impak terhadap masyarakat luar bandar.

"Isu-isu seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) merupakan isu yang sudah lama berlalu, kesannya pada pengundi tidak begitu besar," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata BN perlu memberi perhatian kepada faktor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang boleh membawa perubahan undi pada saat-saat akhir.

Katanya menteri besar Selangor itu yang tidak menonjolkan diri pada separuh masa pertama kempen, boleh datang bersama jentera kerajaan negeri, dalam memberikan harapan dan janji-janji kepada pengundi.

"Namun, ini juga bergantung kepada kesediaan Azmin untuk mengorbankan kestabilan kerajaan negeri Selangor ketika ini yang turut dianggotai PAS dengan membantu Amanah bagi mencapai matlamat jangka pendek," katanya.

Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian, pula berpendapat kehadiran Mohamed Azmin boleh mempengaruhi undi, namun dilihat agak minimum, kerana Timbalan Presiden PKR itu tidak menyertai kempen sejak peringkat awal.

"Sedikit sebanyak kehadiran beliau (Mohamed Azmin) mempengaruhi pola pengundian tetapi impaknya tidak sehebat seperti Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang berada sejak awal kempen di Kuala Kangsar," katanya.

Justeru, katanya, BN perlu mengambil peluang berkenaan dengan memanfaatkan hari-hari terakhir kempen dalam memastikan penyokong setia BN dan pengundi yang berada di luar Sungai Besar keluar mengundi pada 18 Jun ini.

"Saya lihat di Sekinchan juga banyak pertubuhan-pertubuhan Cina dan BN perlu mendekati mereka dalam mendapatkan sokongan kaum Tionghua," katanya.

Kekosongan kerusi Parlimen itu berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon yang merupakan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

-- BERNAMA

Blog Archive