Tuesday, March 06, 2012

Gambar di Majlis Makan Malam Bengkel MKN, Cameron Highlands, 29 Feb-1 Mac 2012

Ramlah Ram menjadi artis jemputan disamping in-house singer: Najib ..

Indikator Terkini Jamin Kemenangan Besar BN, Sinar Harian, 6 Mac 2012

Populariti Perdana Menteri Kelebihan BN, Utusan Malaysia, 6 Mac 2012

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandian berkata, rakyat hari ini melihat Perdana Menteri sebagai pemimpin yang mendengar masalah mereka.

''Saya melihat perkara itu menerusi pendekatan Perdana Menteri yang menggunakan laman sosial untuk mendengar luahan hati rakyat dan ia secara tidak langsung memberi kelebihan kepada BN,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pandangan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dalam Mingguan Malaysia semalam yang menyatakan UMNO serta BN mempunyai kelebihan berbanding pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

Ditanya sama ada isu video seks Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek bakal mempengaruhi pengundi Cina, Sivamurugan menjelaskan, masyarakat Cina tidak akan menjadikan isu itu sebagai faktor untuk tidak memberikan sokongan.

Sebaliknya, kata beliau, masyarakat Cina lebih memerhatikan kepimpinan Soi Lek yang berkarisma berbanding Setiausaha DAP, Lim Guan Eng.

''Bagaimanapun, BN perlu berusaha untuk menarik sokongan kaum Cina di kawasan bandar dengan memberi tumpuan terhadap isu pendidikan dan hak asasi manusia,'' katanya.




Monday, March 05, 2012

Bersiap Sediakah BN Pulau Pinang Hadapi PRU-13?, Bernama, 5 Mac 2012

'BN tidak boleh lagi menjadi parti yang retorik, mereka harus bekerja dan memahami hati rakyat dan tidak bertelagah sesama sendiri'

'Krisis dalaman dan sabotaj antara satu sama lain adalah antara faktor yang menyumbang kekalahan MCA dan Gerakan dan jika perbuatan itu diulangi, BN tidak akan menawan semula Pulau Pinang sehingga bila-bila pun'

Artikel ini boleh dibaca dengan lebih lanjut di sini



Pas Central Committee Fails To Resolve Kedah Crisis, NST, 3 March 2012

"Pas senior leaders decision to go down to Kedah would not have been made if it was not in bad shape"- Associate Professor Dr Sivamurugan Pandian, Deputy Dean, USM, School of Social Sciences

Also read here

iStrategi & Perang Alam Maya, Mentari, Bilangan 3/11

Artikel dalam makalah Mentari, penerbitan Kementerian Penerangan Malaysia


Thursday, March 01, 2012

DrM's Race Rhetoric Unwarranted, The Malay Mail, 23 February 2012

I believe many are using 'race' as their 'trump card' when it comes to win votes. However, this is how it was reported:-

"A political analyst from Universiti Sains Malaysia Dr P. Sivamurugan defended Dr Mahathir’s statement. He said all parties were guilty of playing race politics.

“I think everyone is playing along that line now to win votes from their respective ethnic groups. It might not have any effect among urban voters but rural electorate may see that as a factor,” he said.

Read more  here.

Ibrahim Ali Cabar Ketua Pembangkang Berdebat, Utusan Malaysia, 23 Februari 2012

Saya ingin menyatakan bahawa debat membuka ruang baru dalam pendemokrasian dan setapak kehadapan. Ia perlu juga menggambarkan kematangan dalam berdebat melangkaui nilai emosi dan peribadi.


Waspada Pihak Bertopengkan NGO pejuang Politik Kelompok, Berita Harian, 22 februari 2012


NGO Buka Kusa Ketiga, Utusan Malaysia, 22 Februari 2012

Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Lepasan Ijazah) Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandian berkata, apa yang diungkapkan Rais memang tepat.

"Sememangnya apa yang dikatakan menteri itu betul kerana ada sesetengah NGO kini berperanan seperti parti politik, menyebelahi parti politik tertentu dan mempunyai kepentingan politik. Mereka bukanlah Kuasa Ketiga yang seharusnya menjadi kuasa pengimbang yang tidak berpihak," katanya.

Menurutnya, NGO seharusnya tahu membezakan antara dirinya dengan pertubuhan politik dan juga perbezaan dasar penubuhan organisasi masing-masing.

Katanya, kalau hal semudah itu pun tidak dapat difahami dengan betul, bagaimana mereka hendak berperanan dengan baik dan akan hanya menimbulkan persoalan di kalangan rakyat mengapa NGO itu berperanan seperti parti politik sedangkan di negara ini sudah banyak parti politik.

Sivamurugan berkata, banyak NGO sekarang ini boleh dilihat jelas mempunyai kecenderungan sama ada kepada kerajaan atau pun pembangkang.

"Kalau nak main peranan sebagai badan politik, sesebuah NGO itu perlu menjadi parti politik atau menyertainya dan tidak menjadikan NGO itu sebagai topeng untuk kepentingan politik kelompok mereka," katanya.

Katanya, NGO yang berperanan sebagai "sekatan dan imbangan" tidak semestinya memilih untuk menentang kerajaan pada setiap masa, ataupun menyebelahi pembangkang dalam apa juga keadaan kerana rakyat kini bijak menilai dan tidak mudah terpengaruh dengan label.


Sila baca disini 


 

Sokong Debat Anwar-Najib Tidak Perlu, Utusan Malaysia, 21 februari 2012

'Debat tidak sepatutnya menyeleweng daripada dasar dan isu utama serta tidak bersifat emosional'

Lebih lajut disini

Scholars, Intellectuals Laud Rais' Remarks That NGOs Not Third Force, Bernama, 21 February 2012

I said:

NGO should know how to differentiate themselves from political parties and the differences in tehir respective organizational policies.

More:-

Tuesday, February 28, 2012

Program Warga Pendidik:Transformasi Pendidikan Jan-Feb 2012

Gambar-gambar Program Warga Pendidik:Transformasi Pendidikan Jan-Feb 2012

Spekaer di Program Pengguna dan Transformasi Pengguna, Swiss Inn Hotel, Sungai Petani, 26 Februari 2012

Spekaer di Program Pengguna dan Transformasi Pengguna, Swiss Inn Hotel, Sungai Petani, 26 Februari 2012

Program Transformasi Pendidikan, Kota Raja, 23 Februari 2012

Program Transformasi Pendidikan, Kapar, 22 Februari 2012

Program Transformasi Pendidikan, Sungai Besar, 21 Februari 2012

Calon Menjadi Kekuatan PRU-13, Utusan Malaysia, 28 Februari 2012

Artikel di kolum Pena Dr.Siva:-

Antaranya:-

"Masalah dominan yang besar dalam mana-mana PRU adalah politik hasutan, dengki dan cemburu sehingga membawa kepada sabotaj dalam parti sendiri seolah-olah PRU adalah pemilihan dalam parti. Unsur hasutan akan digunakan jika pemimpin tertentu tidak terpilih sebagai calon apatah lagi jika pemimpin tersebut melakukan pelbagai aktiviti dan program serta berbelanja besar; ia akan dilihat tidak berbaloi dan tidak diberikan ganjaran setimpalnya. Apakah hanya menjadi 'calon', maka ia membolehkan mereka dilihat diberikan pengiktirafan? Sifat menghasut, dengki dan cemburu tidak dapat dielak kerana ia adalah 'psikik' politik. Ia dilakukan atas kegagalan mengawal perasaan dan emosi kerana kuasa dan kedudukan adakalanya menjadi penentu dalam percaturan politik kepartian dan kebangsaan. Fitnah akan ditabur dan yang palsu menjadi benar; dan yang benar akan mengelirukan umum sehingga mereka merasa muak dengan politik pembunuhan karakter. Hatta, jika PRU akan dilihat 'ibu segala pilihan raya' dan misi 'hidup atau mati', maka fitnah dan hasutan tidak akan berlaku. Namun, sebagai pemimpin yang bernama manusia, sukar mengetepikan emosi kerana adakalanya pengalaman, pengorbanan masa dan tenaga akan mula dinilai sehingga mempengaruhi keputusan mereka dan penyokongnya. Ada juga yang berjumpa bomoh dan tok sami untuk mendapatkan petunjuk bagaimana menggagalkan misi seteru menjadi calon. Ada pula menyembur mantera 'sumpahan pilihan raya' dengan prinsip 'jika dirinya tidak terpilih sebagai calon, siapa juga yang dipilih akan dipastikan kalah'".

Sila layari disini untuk membaca artikel penuh.





.





Blog Archive