Thursday, February 16, 2012

Program Warga Pendidik, Gombak, 15 Februari 2012

Forum Warga Pendidik, Pandan, 14 Februari 2012

Program Warga Pendidik Ampang, 13 Februari 2012

Malaysia Social Media Week 2012, PWTC, 13 February 2012

Was the moderator for Impact of Social Media in Malaysian Politi-X and What's The Challenge? Session; PWTC, 13 February 2012

Speakers:

YB Khairy Jamaluddin
YB Nik Nazmi Nik Ahmad
Anas Zubedy
Stephen Doss

Friday, February 10, 2012

World Blogger Summit, 13-14 February 2012, PWTC, Kuala Lumpur

Invited as one of the speaker fo 4th Session: Impact of Social Media in Malaysian Politics and What's The Challenge - Advertisement out in Utusan Malaysia, 8 Februari 2012


Forum Transformasi Pendidikan, 9 Februari 2012, Ipoh, Perak

Salah seorang Ahli Panel, Forum Transformasi Pendidikan, 9 Februari 2012, Ipoh, Perak

Jom 'main politik' Menjelang PRU-13, Utusan Malaysia, 10 Februari 2012

Artikel Pena Dr.Siva-Utusan Malaysia, 10 Februari 2012



Universities Must Make An Impact, Sunday Star, 5 February 2012


Universities Must Make An Impact, Sunday Star, 5 February 2012

Quoted ....

Amendments to the Act

Reflecting on the impending amendments to the Universities and University Colleges Act (UUCA) 1971, Mohamed Khaled said that the changes to the Act were not a “ticket for absolute freedom”.

“I have never prevented university students from being critical, but these criticisms must be channelled in a prudent and civilised manner,” he said.

At the end of last year, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak announced that Section 15 of the Act would be amended to allow university students aged 18 years and above (age of majority) to join political parties.

A special committee to oversee the amendments was set up almost immediately after the Nov 24 announcement by the Prime Minister.

The committee currently includes Universiti Teknologi Mara law expert Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi, Universiti Malaya deputy vice-chancellor Prof Datuk Dr Rohana Yusof, UKM director of ethic studies Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin and USM lecturer Assoc Prof Dr Sivamurugan Pandian-Sunday Star, 5 February 2012


 





Usaha Penubuhan Kelab Penyokong BN Tampak Rumit, Bernama, 9 Februari 2012

Seorang penganalisis politik di USM, Dr Sivamurugan Pandian, berkata tugas paling penting bagi mereka yang mempromosikan Kelab Penyokong BN di Sarawak untuk menjelaskan peranannya. "Bagaimana ia harus berbeza daripada mana-mana parti komponen BN? Jika anda dipecat daripada sebuah parti komponen, bagaimana anda boleh terus memainkan peranan, menyokong dalam BN? Jika mereka ini ingin bertanding, bagaimana isu ini boleh diselesaikan?"katanya-Bernama, 9 Februari 2012

The Complexity Of Starting A BN Supporter Club-Bernama, 9 February 2012

A political analyst at USM, Dr Sivamurugan Pandian, said the most important task for the promoters of the BN Supporter Club in Sarawak is to define its role. "How should it become different from any BN component party? If you are sacked from a component party, how can you continue to play a supportive role in BN? If those people want to contest, how can this be resolved" he asked-Bernama, 9 February 2012

Sesuai Bubar Parlimen Mei,Jun:Pemerhati Politik - Berita Harian, 9 Februari 2012


Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan USM, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian, berkata ia bagi membolehkan SPR melaksanakan penambahbaikan proses PRU seperti dicadangkan JKuasa PSC. Langkah itu juga membolehkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempunyai masa mencukupi untuk mempamer pelbagai hasil akhir pelan trasnformasi yang dilakukannya seperti transformasi ekonomi, politik, pentadbiran dan luar bandar-Berita Harian, 9 Februari 2012

Monday, February 06, 2012

Thaipusam, 7 February 2012


Thaipusam: a Hindu festival celebrated on the full moon in the Tamil month of Thai. It is referred to the occasion when Parvati gave Murugan a vel "spear" to vanquish the evil demon Soorapadam. Some says Thaipusam marks Murugan's birthday although it is believed Murugan's birthday falls in May/June (Vaikhasi month). Let's understand 'humanity' and practice those values in our daily life.






Every Thaipusam, USM have been offering food for the people at Waterfall temple. For the past 8 years, I'm one of the volunteers, today too


7 Feb via Twitter for BlackBerry®
 
Estimated 3000 ppl attended USM stall which offered free food just now.. Not many student volunteers this year, may be semester break.


7 Feb via Twitter for BlackBerry®

Time To go, Mustapa Tells Nik Aziz, NST-5 February 2012



"Universiti Sains Malaysia school of social sciences deputy dean Associate Professor Dr Sivamurugan Pandian said Pas should stop its veteran leaders from contesting in the general election if it wanted the party to move beyond Kelantan's shadow. With Nik Aziz contesting, it shows that Pas is still very much a personality driven party, and this will not benefit them in the long run at the national level. Pas has to understand that there are a lot of changes outside the party and it can't stick to the same strategy." - NST, 5 February 2012

Read more: Time to go, Mustapa tells Nik Aziz - Politics - New Straits Times http://www.nst.com.my/local/politics/time-to-go-mustapa-tells-nik-aziz-1.42183#ixzz1laK7ShDC

Tuesday, January 31, 2012

Pembentangan Cadangan Deraf Pindaan AUKU 1971 Bersama YB Menteri KPT- 31 Januari 2012

Sesi Pembentangan Cadangan Deraf Pindaan AUKU 1971 Bersama YB Menteri KPT di Putrajaya pada 31 Januari 2012.
Persetujuan dicapai oleh Jkuasa dan Menteri bersetuju dengan cadangan yang sebolehnya akan dibentangkan di Sidang Parlimen Mac 2012.
Apakah persetujuan JKuasa? Yang pasti, ia merupakan yang 'terbaik' walaupun tidak berkemungkinan dapat memuaskan kesemua pihak kerana masing-masing mempunyai pandangan tersendiri. Cadangan Jkuasa telah mengambilkira dapatan maklumbalas stakeholders dari konsultansi awam di KL, Sarawak dan Sabah serta PICC; respons dari IPT/MPUU/MATDUM; borang soal selidik dan blog/emel/facebook.
Mac 2012 akan membolehkan kita merentasi satu fasa baru dalam Akta Pengurusan dan Pentadbiran Universiti dan Kolej Universiti.

31 Januari 2012

Monday, January 30, 2012

Put Sex Video Issue To Rest-NST, 28 January 2012


"USM Associate Professor Dr Sivamurugan Pandian said should Anwar decide to engage the international forensics experts, the public would see him as having integrity in the issue. If the results prove to be in his favour, this will help clear up his name once and or all. We can then move beyond Anwar and put an end to the whole saga.However, if he doesn't, the public will continue to harbour suspicions as to whether the incident happened or not." - NST, 28 January 2012

Read more  here

Saturday, January 28, 2012

PKR Slams Azizan's Move- NST, 28 January 2012



Universiti Sains Malaysia school of social sciences deputy dean Associate Professor Dr Sivamurugan Pandian said the Kedah government's decision was against their Buku Jingga manifesto. "The question is to what extent does the opposition coalition has the power to interfere with the states under them. "If Azizan says the issue is not related to Buku Jingga and that the state government need not follow it, then the manifesto is meaningless because it is supposed to be a guideline." - NST, 28 January 2012

Read more: PKR slams Azizan's move - Politics - New Straits Times http://www.nst.com.my/local/politics/pkr-slams-azizan-s-move-1.38187#ixzz1l2EyMxAn

Friday, January 27, 2012

'We're Not Ready For Third Force'- New Straits Times, 27 January 2012



"Political  analyst Associate Professor Dr Sivamurugan Pandian, of USM, said the third force would most likely consist of independent candidate and that they would likley play an important role in deciding the future of Malaysian politics".
"Sivamurugan said the concept of s third force was still too soon for Malysia"
"He said Malaysia would be ready for a third force when the voters became well-informed and political literacy had reached a different level. Hoewever, he was unsure how the third force might fare with rural voters' - NST, 27 January 2012.



Pembentukan Kuasa Ketiga Mengarut-Berita Harian, 27 Januari 2012

"Penganalisis, Prof. Madya Sivamurugan Pandian, berkata kuasa ketiga akan memain peranan penting jika Parlimen berada dalam keadaan BN dan pembangkang tidak memperoleh majoriti yang jelas. Katanya, dalam konteks politik semasa, kuasa ketiga boleh dirujuk kepada wakil rakyat Bebas yang mempunyai ideologi politik berbeza tetapi bersedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik"- Berita Harian, 27 Januari 2012.

Thursday, January 26, 2012

Benarkah Ada 'Kepercayaan' Dalam Politik?, Kolum Pena Dr.Siva-Utusan Malaysia, 26 Januari 2012

Bagaimana untuk 'percaya' dalam politik? Benarkah dendam politik menzahirkan kepercayaan? Kepercayaan dalam politik tidak datang dengan sendirinya kecuali mereka yang taksub dengan politik kepartian. Politik berasaskan kepada prinsip 'kepercayaan' memerlukan kompromi dan pengorbanan. Kedudukan parti politik hari ini adalah di persimpangan. Apakah mungkin kita melahirkan 'zon bebas' dalam politik' yakni politik melangkaui politik peribadi dan politik matang berasaskan kepada politik berhemah seiring dengan proses pembangunan negara yang dipenuhi dengan limpahan modenisasi dan industralisasi. Saling tuduh menuduh tidak menguntungkan diri tetapi memusnahkan pengiktirafan kepada ketokohan pembesar politik sebenarnya kerana pemimpin yang bertanggungjawab memberikan pendefinisian ke atas 'kepercayaan' dalam lingkaran politik. Aktor politik yang berkepentingan harus ditolak keluar baik yang lama mahupun baru kerana mereka inilah yang menjadi racun dalam madu; yang sedia menggugurkan maruah bangsa dan tanah air semata-mata untuk memanipulasi isu dan informasi.

 Klik disini untuk artikel lengkap.




Patuh 'Jeneral' Tawan Kelantan-Berita Harian, 26 Januari 2012



"Penganalisis Politik di USM, Prof Madya Sivamurugan Pandian, berkata faktor Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dikatakan sebagai penghalang besar kemenangan BN, tidak relevan lagi kerana pilihan raya kecil DUN Manek Urai da DUN Galas membuktikan pengaruh beliau semakin merosot" - Berita Harian, 26 Januari 2012.

Saya menyatakan bahawa yang penting dan harus diutamakan adalah untuk menyelesaikan masalah dalaman dan menjadikan strategi di Manek Urai sebagai asas untuk berhadapan dengan PRU akan datang memandangkan BN berupaya mengurangkan majoriti di PRK tersebut. Faktor Tok Guru Nik Aziz akan kekal sebagai salah satu faktor (kekal relevan) dan bukan satu-satunya faktor pertembungan di Kelantan. Ada faktor lain menyumbang kepada kemenangan/kekalahan di Kelantan terutama kepuakan dalam politik di Kelantan. Masalah factionalisme BN lebih besar dari personaliti Tok Guru.

Wednesday, January 25, 2012

'BN Perlu Perkukuh Jentera Di P Pinang'- Sinar Harian, 25 Januari 2012

"Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr P Sivamurugan berkata, seharusnya agenda utama adalah memperkukuhkan jentera parti ini dapat menanam keyakinan rakyat bahawa BN mampu memimpin dan melaksanakan janji. Menurutnya, BN harus menubuhkan kabinet bayangan terlebih dahulu mengenai siapa ketua menteri dan ahli exconya kepada rakyat bagi menunjukkan kesungguhan mereka untuk menawan Pulau Pinang". 

'Pelbagai pihak sedia beri ruang pada Hasan Ali'- Utusan Malaysia, 25 Januari 2012



"Prof. Madya Sivamurugan Pandian berkata, BN wajar mengambil kesempatan menjadikan usaha Hasan berceramah ke seluruh negara sebagai salah satu medium parti itu menyalurkan maklumat tentang hal politik semasa kepada masyarakat. ''Bagi saya, saranan yang dibuat itu amat baik sekali dan wajar diterima oleh semua parti komponen BN memandangkan ia sendiri memberi manfaat kepada BN," katanya."

Klik sini untuk artikel lengkap. 

'Tanggungjawab berat Pas terangkan kekeliruan'- Utusan Malaysia, 25 Januari 2012

"Penganalisis politik, Dr. Sivamurugan Pandian menyifatkan, 'pengorbanan' yang dilakukan Pas demi matlamat menakluki Putrajaya sehingga menyimpang jauh perjuangan asal mereka merupakan antara titik kejatuhan parti tersebut. Katanya, peranan Pas yang kian pudar di dalam pakatan pembangkang perlu disedari pemimpin parti itu agar tidak hanya melukut di tepi gantang sahaja dalam pakatan. "Jika keadaan ini berterusan, akan timbul kekeliruan dalam kalangan rakyat dan penyokong mereka yang menyoal kenapa Pas kini hanya menjadi picisan?

Klik sini untuk artikel lengkap. 

Friday, January 20, 2012

'Resurgence of BN in Selangor' - New Straits Times, 20 January 2012


"Political analysts, including UiTM's Dr Shaharuddin Baharuddin and Universiti Sains Malaysia's Dr Sivamurugan Pandian, think the BN's menteri besar-designate should be made known before the election, to give voters a better idea of what its state administration will look like"


Click here for full article

Tuesday, January 10, 2012

‘Apa Makna Sebenar Sekolah’, Utusan Malaysia, 10 Januari 2012

Guru juga berperanan memastikan sekolah menjadi lokasi paling disukai oleh murid.

Setiap tahun, di samping cuti panjang, yang akan menjadi tumpuan adalah sesi persekolahan dan sesi tahun 2012 sudah bermula. Dalam kerancakan membeli pakaian, kasut dan beg sekolah, ada juga dalam kalangan ibu bapa dan penjaga berlumba-lumba mencari bahan bacaan, dan tidak kurang yang cuba mendapatkan guru tuisyen terbaik untuk anak mereka.

Yang berada di Tahun 6, pelajar yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM); sudah pasti merasa bahangnya bukan saja diri sendiri tetapi ibu bapa yang mahu memastikan mereka mendapat keputusan terbaik dengan gred A sahaja.

Apakah makna sekolah sebenarnya? Adakah sekolah merupakan hanya tempat untuk mendapat gred terbaik atau ia sebenarnya merupakan penginstitusian tersohor melahirkan modal insan yang bukan hanya mencari ilmu tetapi turut menampilkan kreativiti dan kebolehan di samping menerokai nilai karakter keperibadian mulia. Apakah guru hanya menjadi cikgu yang mengajar ataupun sebagai 'pendidik'?

Klik sini untuk artikel lengkap.


Tuesday, January 03, 2012

‘Najib dan Penentuan 2012’, Utusan Malaysia, 3 Januari 2012

DALAM artikel bertajuk ‘Cabaran 2011 Untuk Najib’, 4 Januari 2011, saya menyatakan bahawa “tahun 2011 barangkali boleh dinamakan sebagai ‘tahun persediaan pilihan raya’ dan ‘pelaksanaan manifesto - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ untuk berhadapan dengan slogan ‘Ubah Sekarang dan Selamatkan Malaysia’ barisan pembangkang” yang kini menjadi ‘Demi Rakyat’.

Saya juga menyatakan bahawa “Dalam Pilihan Raya Umum (PRU 13) mereka tidak lagi boleh menyalahkan pengundi hantu atau memilih untuk melihat kelemahan lawan semata-mata. Kekuatan pembangkang sendiri akan menjadi asas ukuran PRU 13. BN juga perlu mencari kekuatan.

Cabaran besar Najib adalah untuk memobilisasi sokongan bertunjangkan kekuatan Barisan Nasional (BN) supaya mandat pilihan raya dapat digunakan untuk meletakkan landasan perjalanan beliau dalam meneruskan transformasi tanah air”.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Thursday, December 29, 2011

‘Seni Perang Politik Alam Maya’, Utusan Malaysia, 29 Disember 2011

Politik adalah satu misteri hari ini. Dalam cuba merebut peluang untuk mendapatkan sokongan dengan apa cara sekalipun, ada yang gusar apabila tembelang dalam parti menjadi tontonan. Politik tidak boleh bergantung kepada takdir semata-mata. Politik memerlukan kepintaran menyusun strategi yang bijak dan tersusun jelas jika bermotivasi untuk menang.

Seni perang politik bergantung kepada lenggok yang dimainkan oleh jentera sendiri dan lawan. Musuh perlu dikenali, difahami, dirisik dan diteliti sentiasa. Manipulasi ke atas tingkah laku politik penting kerana penanda aras dalam seni perang politik adalah kewibawaan untuk membina kepercayaan dan legitimasi politik.

Misteri seni perang politik ini adakalanya bersifat jerangkap samar dan kita tidak tahu dari mana dan bila datangnya serangan hendap musuh yang bersifat tiba-tiba atau memeranjatkan. Politik juga tidak boleh bergantung kepada lipatan sejarah kerana jika tidak berinteraksi dengan umum sepanjang masa dan sentiasa terbayang berada dalam zon selesa, ia boleh menjerat diri sendiri.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Thursday, December 22, 2011

‘Siapakah Boleh Dipercayai Dalam Politik’, Utusan Malaysia, 22 Disember 2011

DALAM kerancakan menghampiri penghujung tahun, politik terus mewarnai dunia tanah air. Maklumat demi maklumat disebar untuk mendekati umum agar dapat mempengaruhi emosi, hati dan minda.

Bagi yang taksub dengan politik kepartian, sebarang maklumat tidak akan menjejaskan interaksi dengan parti masing-masing tetapi informasi yang disalurkan walaupun rekaan, boleh mempengaruhi persepsi yang tidak menyokong mana-mana parti.

Politik adalah permainan minda. Maka, bagi sesetengah pihak pembunuhan karakter dan melakar satu imaginasi ke atas kepimpinan dianggap wajar sebagai nilai tambah kepada pemasaran politik. Thomas Jackson ada menyatakan bahawa 'always mystify, mislead and surprise the enemy if possible'. Manipulasi ke atas maklumat akan membolehkan lahirnya kekeliruan atau mewujudkan ruang persoalan baru ke atas sesuatu isu.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Thursday, December 15, 2011

‘iStrategi dan Perang Alam Maya’ (Bahagian II), Utusan Malaysia, 15 Disember 2011

PENDEKATAN holistik iStrategi adalah untuk proses peremajaan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

Maka, media sosialnya perlu mengenali tujuan blog dilancar; siapa pelayar; apakah isu yang dekat kepada pelayar; bagaimana membawa keyakinan hati, minda dan emosi; dan di manakah lokasi strategik untuk memastikan kemenangan.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Friday, December 09, 2011

‘iStrategi dan Perang Alam Maya’ (Bahagian I), Utusan Malaysia, 9 Disember 2011

DATUK Seri Najib Tun Razak dalam Perhimpunan Agung UMNO Ke-62 dan pertemuan dengan para ahli media sosial di Konvensyen Media Sosial baru-baru ini menyatakan bahawa alam maya bakal menjadi ruang yang boleh mempengaruhi pola pengundian dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

Selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 diketahui umum, BN dikatakan membuat kesilapan yang paling besar kerana bertanggapan suratkhabar dan televisyen lebih penting tetapi generasi muda lebih mempercayai SMS dan blog.

Banyak persoalan timbul apabila menganalisis hubungan media sosial dengan politik kepartian negara. Antaranya peranan media sosial ke atas pengguna yang melayari beberapa elemen media sosial; keberkesanan media sosial dalam melahirkan keyakinan dan kepercayaan; bagaimana untuk memenangi perang psikologi di alam maya; agenda setting isu atau pemasaran politik yang bagaimanakah mampu mendekati pengguna.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Thursday, October 27, 2011

‘Nambikei Dan Masyarakat India’, Utusan Malaysia, 27 Oktober 2011


Najib Tun Razak bersama isterinya, Rosmah Mansor menyampaikan sumbangan kepada warga tua sempena Karnival Deepavali Pesta Cahaya di Jalan Tengku Kelana, Klang, baru-baru ini.

Nambikei - menjadi ungkapan popular yang sering digunakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ketika bertemu masyarakat India kini. Ia boleh diterjemah secara literatur sebagai ‘kepercayaan’, ‘keyakinan’ atau ‘harapan’; bersifat nilai positif. Membina nambikei memerlukan amanah dan rasa tanggungjawab dalam kalangan kepimpinan.

Sejak 2009, Najib menggunakan pelbagai pendekatan dan hadir bermacam-macam aktiviti serta program dalam usaha berterusan menjana ikatan ‘kepercayaan’ ini bersama masyarakat India.

Klik sini untuk artikel lengkap.

‘Integriti dan Generasi Muda’, Utusan Malaysia, 27 Oktober 2011

SAMBUTAN Hari Integriti Nasional 2011 yang diamanahkan kepada Institut Integriti Malaysia (IIM) adalah bertemakan Agenda Integriti Nasional: Peranan Generasi Muda.

Dalam persekitaran politik, ekonomi dan sosial tanah air kini; isu integriti merupakan antara elemen utama yang sering menjadi tumpuan oleh kesemua lapisan anggota masyarakat termasuk kepimpinan kerajaan, Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau pernah menyatakan bahawa untuk memulihkan keyakinan ke atas kerajaan; sikap telus, bercakap benar dan keterbukaan menjadi agenda beliau.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Thursday, October 13, 2011

‘Membina Kepercayaan Kepada BN’, Utusan Malaysia, 13 Oktober 2011

Sewaktu merasmikan Perhimpunan Agung MCA baru-baru ini, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bahawa kemenangan BN banyak bergantung kepada sejauh manakah kemampuan jentera parti untuk membina kepercayaan dalam kalangan bukan sahaja penyokong tegar tetapi juga pengundi atas pagar dan keseluruhan rakyat umumnya.

Usaha berterusan dilakukan oleh beliau untuk melahirkan kepercayaan semula ke atas parti yang berhadapan dengan krisis keyakinan dan kepercayaan pasca Mac 2008. Keputusan Mac 2008 memberi isyarat bahawa kelemahan bukan kerana lawan kuat.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Monday, September 26, 2011

‘Bagaimana Memenangkan Parti’, Utusan Malaysia, 26 September 2011

DALAM Konvensyen Barisan Nasional (BN) peringkat Selangor minggu lalu, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menyatakan jika mahu menang, semua perlu menerima keputusan yang dibuat oleh kepimpinan mengenai soal calon mahupun agihan kerusi.

Sifat 'syok sendiri' mesti digugurkan. Yang penting kata beliau adalah bagaimana untuk memastikan parti boleh menang dan tidak menjadi 'pembangkang' di Selangor. Pilihan raya semakin hampir, kata beliau lagi.

Keyakinan. Barangkali ini merupakan 'kata kunci' bila pilihan raya akan diadakan. Jika berkeyakinan tinggi, dengan motivasi, keazaman, kepercayaan dan kesungguhan; memenangkan parti menjadi mudah.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Tuesday, September 06, 2011

‘Wadah Politik Sepadu’, Utusan Malaysia, 6 September 2011

Dalam artikel bertajuk "Zon 'Perang' Di Alam Maya" yang disiarkan pada 21 Julai 2011, saya ada menyatakan bahawa kesemua pihak perlu mengetepikan kepentingan masing-masing dalam menangani isu yang dibawa oleh perhimpunan Bersih 2.0 (9 Julai 2011) agar satu titik 'keseimbangan' dapat diterokai bersama.

Klik
sini untuk artikel lengkap.

Thursday, August 11, 2011

‘PRU-13: Siapa Calon-Calonnya?’, Utusan Malaysia, 11 Ogos 2011

BAHANG Pilihan Raya Umum (PRU) dikatakan sudah mula dirasai apabila siri menjelajah seluruh negara giat dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Malahan, di belakang tabir, parti-parti politik mula menyusun strategi untuk menarik sokongan pengundi baik parti pemerintah mahupun pembangkang. Tidak timbul soal sama ada sudah bersedia ataupun tidak tetapi lebih untuk memenuhi vakum semangat PRU kerana Februari hingga Mac 2012, barangkali akan menjadi penentu.

Ini kerana wujud pelbagai tafsiran dan terjemahan ke atas setiap ungkapan dan kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu sehingga kesemuanya dikaitkan dengan lingkaran PRU.

Klik sini untuk artikel lengkap.

Blog Archive