Thursday, January 26, 2012
Benarkah Ada 'Kepercayaan' Dalam Politik?, Kolum Pena Dr.Siva-Utusan Malaysia, 26 Januari 2012
Patuh 'Jeneral' Tawan Kelantan-Berita Harian, 26 Januari 2012
Wednesday, January 25, 2012
'BN Perlu Perkukuh Jentera Di P Pinang'- Sinar Harian, 25 Januari 2012
'Pelbagai pihak sedia beri ruang pada Hasan Ali'- Utusan Malaysia, 25 Januari 2012
"Prof. Madya Sivamurugan Pandian berkata, BN wajar mengambil kesempatan menjadikan usaha Hasan berceramah ke seluruh negara sebagai salah satu medium parti itu menyalurkan maklumat tentang hal politik semasa kepada masyarakat. ''Bagi saya, saranan yang dibuat itu amat baik sekali dan wajar diterima oleh semua parti komponen BN memandangkan ia sendiri memberi manfaat kepada BN," katanya."
'Tanggungjawab berat Pas terangkan kekeliruan'- Utusan Malaysia, 25 Januari 2012
Friday, January 20, 2012
'Resurgence of BN in Selangor' - New Straits Times, 20 January 2012
Tuesday, January 10, 2012
‘Apa Makna Sebenar Sekolah’, Utusan Malaysia, 10 Januari 2012
Setiap tahun, di samping cuti panjang, yang akan menjadi tumpuan adalah sesi persekolahan dan sesi tahun 2012 sudah bermula. Dalam kerancakan membeli pakaian, kasut dan beg sekolah, ada juga dalam kalangan ibu bapa dan penjaga berlumba-lumba mencari bahan bacaan, dan tidak kurang yang cuba mendapatkan guru tuisyen terbaik untuk anak mereka.
Yang berada di Tahun 6, pelajar yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM); sudah pasti merasa bahangnya bukan saja diri sendiri tetapi ibu bapa yang mahu memastikan mereka mendapat keputusan terbaik dengan gred A sahaja.
Apakah makna sekolah sebenarnya? Adakah sekolah merupakan hanya tempat untuk mendapat gred terbaik atau ia sebenarnya merupakan penginstitusian tersohor melahirkan modal insan yang bukan hanya mencari ilmu tetapi turut menampilkan kreativiti dan kebolehan di samping menerokai nilai karakter keperibadian mulia. Apakah guru hanya menjadi cikgu yang mengajar ataupun sebagai 'pendidik'?
Klik sini untuk artikel lengkap.
Tuesday, January 03, 2012
‘Najib dan Penentuan 2012’, Utusan Malaysia, 3 Januari 2012
DALAM artikel bertajuk ‘Cabaran 2011 Untuk Najib’, 4 Januari 2011, saya menyatakan bahawa “tahun 2011 barangkali boleh dinamakan sebagai ‘tahun persediaan pilihan raya’ dan ‘pelaksanaan manifesto - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ untuk berhadapan dengan slogan ‘Ubah Sekarang dan Selamatkan Malaysia’ barisan pembangkang” yang kini menjadi ‘Demi Rakyat’.
Saya juga menyatakan bahawa “Dalam Pilihan Raya Umum (PRU 13) mereka tidak lagi boleh menyalahkan pengundi hantu atau memilih untuk melihat kelemahan lawan semata-mata. Kekuatan pembangkang sendiri akan menjadi asas ukuran PRU 13. BN juga perlu mencari kekuatan.
Cabaran besar Najib adalah untuk memobilisasi sokongan bertunjangkan kekuatan Barisan Nasional (BN) supaya mandat pilihan raya dapat digunakan untuk meletakkan landasan perjalanan beliau dalam meneruskan transformasi tanah air”.
Klik sini untuk artikel lengkap.Thursday, December 29, 2011
‘Seni Perang Politik Alam Maya’, Utusan Malaysia, 29 Disember 2011
Politik adalah satu misteri hari ini. Dalam cuba merebut peluang untuk mendapatkan sokongan dengan apa cara sekalipun, ada yang gusar apabila tembelang dalam parti menjadi tontonan. Politik tidak boleh bergantung kepada takdir semata-mata. Politik memerlukan kepintaran menyusun strategi yang bijak dan tersusun jelas jika bermotivasi untuk menang.
Seni perang politik bergantung kepada lenggok yang dimainkan oleh jentera sendiri dan lawan. Musuh perlu dikenali, difahami, dirisik dan diteliti sentiasa. Manipulasi ke atas tingkah laku politik penting kerana penanda aras dalam seni perang politik adalah kewibawaan untuk membina kepercayaan dan legitimasi politik.
Misteri seni perang politik ini adakalanya bersifat jerangkap samar dan kita tidak tahu dari mana dan bila datangnya serangan hendap musuh yang bersifat tiba-tiba atau memeranjatkan. Politik juga tidak boleh bergantung kepada lipatan sejarah kerana jika tidak berinteraksi dengan umum sepanjang masa dan sentiasa terbayang berada dalam zon selesa, ia boleh menjerat diri sendiri.
Klik sini untuk artikel lengkap.
Thursday, December 22, 2011
‘Siapakah Boleh Dipercayai Dalam Politik’, Utusan Malaysia, 22 Disember 2011
DALAM kerancakan menghampiri penghujung tahun, politik terus mewarnai dunia tanah air. Maklumat demi maklumat disebar untuk mendekati umum agar dapat mempengaruhi emosi, hati dan minda.
Bagi yang taksub dengan politik kepartian, sebarang maklumat tidak akan menjejaskan interaksi dengan parti masing-masing tetapi informasi yang disalurkan walaupun rekaan, boleh mempengaruhi persepsi yang tidak menyokong mana-mana parti.
Politik adalah permainan minda. Maka, bagi sesetengah pihak pembunuhan karakter dan melakar satu imaginasi ke atas kepimpinan dianggap wajar sebagai nilai tambah kepada pemasaran politik. Thomas Jackson ada menyatakan bahawa 'always mystify, mislead and surprise the enemy if possible'. Manipulasi ke atas maklumat akan membolehkan lahirnya kekeliruan atau mewujudkan ruang persoalan baru ke atas sesuatu isu.
Klik sini untuk artikel lengkap.
Thursday, December 15, 2011
‘iStrategi dan Perang Alam Maya’ (Bahagian II), Utusan Malaysia, 15 Disember 2011
PENDEKATAN holistik iStrategi adalah untuk proses peremajaan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.
Maka, media sosialnya perlu mengenali tujuan blog dilancar; siapa pelayar; apakah isu yang dekat kepada pelayar; bagaimana membawa keyakinan hati, minda dan emosi; dan di manakah lokasi strategik untuk memastikan kemenangan.
Friday, December 09, 2011
‘iStrategi dan Perang Alam Maya’ (Bahagian I), Utusan Malaysia, 9 Disember 2011
DATUK Seri Najib Tun Razak dalam Perhimpunan Agung UMNO Ke-62 dan pertemuan dengan para ahli media sosial di Konvensyen Media Sosial baru-baru ini menyatakan bahawa alam maya bakal menjadi ruang yang boleh mempengaruhi pola pengundian dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.
Selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 diketahui umum, BN dikatakan membuat kesilapan yang paling besar kerana bertanggapan suratkhabar dan televisyen lebih penting tetapi generasi muda lebih mempercayai SMS dan blog.
Banyak persoalan timbul apabila menganalisis hubungan media sosial dengan politik kepartian negara. Antaranya peranan media sosial ke atas pengguna yang melayari beberapa elemen media sosial; keberkesanan media sosial dalam melahirkan keyakinan dan kepercayaan; bagaimana untuk memenangi perang psikologi di alam maya; agenda setting isu atau pemasaran politik yang bagaimanakah mampu mendekati pengguna.
Klik sini untuk artikel lengkap.
Thursday, October 27, 2011
‘Nambikei Dan Masyarakat India’, Utusan Malaysia, 27 Oktober 2011
Nambikei - menjadi ungkapan popular yang sering digunakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ketika bertemu masyarakat India kini. Ia boleh diterjemah secara literatur sebagai ‘kepercayaan’, ‘keyakinan’ atau ‘harapan’; bersifat nilai positif. Membina nambikei memerlukan amanah dan rasa tanggungjawab dalam kalangan kepimpinan.
Sejak 2009, Najib menggunakan pelbagai pendekatan dan hadir bermacam-macam aktiviti serta program dalam usaha berterusan menjana ikatan ‘kepercayaan’ ini bersama masyarakat India.
‘Integriti dan Generasi Muda’, Utusan Malaysia, 27 Oktober 2011
SAMBUTAN Hari Integriti Nasional 2011 yang diamanahkan kepada Institut Integriti Malaysia (IIM) adalah bertemakan Agenda Integriti Nasional: Peranan Generasi Muda.
Dalam persekitaran politik, ekonomi dan sosial tanah air kini; isu integriti merupakan antara elemen utama yang sering menjadi tumpuan oleh kesemua lapisan anggota masyarakat termasuk kepimpinan kerajaan, Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau pernah menyatakan bahawa untuk memulihkan keyakinan ke atas kerajaan; sikap telus, bercakap benar dan keterbukaan menjadi agenda beliau.
Thursday, October 13, 2011
‘Membina Kepercayaan Kepada BN’, Utusan Malaysia, 13 Oktober 2011
Sewaktu merasmikan Perhimpunan Agung MCA baru-baru ini, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bahawa kemenangan BN banyak bergantung kepada sejauh manakah kemampuan jentera parti untuk membina kepercayaan dalam kalangan bukan sahaja penyokong tegar tetapi juga pengundi atas pagar dan keseluruhan rakyat umumnya.
Usaha berterusan dilakukan oleh beliau untuk melahirkan kepercayaan semula ke atas parti yang berhadapan dengan krisis keyakinan dan kepercayaan pasca Mac 2008. Keputusan Mac 2008 memberi isyarat bahawa kelemahan bukan kerana lawan kuat.
Monday, September 26, 2011
‘Bagaimana Memenangkan Parti’, Utusan Malaysia, 26 September 2011
DALAM Konvensyen Barisan Nasional (BN) peringkat Selangor minggu lalu, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menyatakan jika mahu menang, semua perlu menerima keputusan yang dibuat oleh kepimpinan mengenai soal calon mahupun agihan kerusi.
Sifat 'syok sendiri' mesti digugurkan. Yang penting kata beliau adalah bagaimana untuk memastikan parti boleh menang dan tidak menjadi 'pembangkang' di Selangor. Pilihan raya semakin hampir, kata beliau lagi.
Keyakinan. Barangkali ini merupakan 'kata kunci' bila pilihan raya akan diadakan. Jika berkeyakinan tinggi, dengan motivasi, keazaman, kepercayaan dan kesungguhan; memenangkan parti menjadi mudah.
Tuesday, September 06, 2011
‘Wadah Politik Sepadu’, Utusan Malaysia, 6 September 2011
Thursday, August 11, 2011
‘PRU-13: Siapa Calon-Calonnya?’, Utusan Malaysia, 11 Ogos 2011
BAHANG Pilihan Raya Umum (PRU) dikatakan sudah mula dirasai apabila siri menjelajah seluruh negara giat dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Malahan, di belakang tabir, parti-parti politik mula menyusun strategi untuk menarik sokongan pengundi baik parti pemerintah mahupun pembangkang. Tidak timbul soal sama ada sudah bersedia ataupun tidak tetapi lebih untuk memenuhi vakum semangat PRU kerana Februari hingga Mac 2012, barangkali akan menjadi penentu.
Ini kerana wujud pelbagai tafsiran dan terjemahan ke atas setiap ungkapan dan kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu sehingga kesemuanya dikaitkan dengan lingkaran PRU.
Wednesday, July 27, 2011
‘Peluang MIC Bangkit Semula’, Utusan Malaysia, 27 Julai 2011
PARTI MIC akan mengadakan Perhimpunan Agung yang ke-65 pada Sabtu ini. Buat pertama kali, Presiden parti yang baru, Datuk G.Palanivel akan mengambil pentas utama untuk menyampaikan amanat Presiden kepada pada delegasinya selepas Datuk Seri S.Samy Vellu melepaskan jawatan tersebut Disember tahun lalu.
Buat pertama kali selepas sekian lamanya, perhimpunan kali ini juga akan menyaksikan kehadiran lebih 3,500 delegasi yang turut melibatkan pengerusi cawangan dan bahagian.
Ada faktor penolak kepada status masyarakat India jika diamati kepada latar belakang mereka sejak kebelakangan ini sehingga Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sendiri merasakan komuniti ini memerlukan perhatian langsung dari Jabatan Perdana Menteri.
Thursday, July 21, 2011
‘Zon ‘Perang’ Di Alam Maya’, Utusan Malaysia, 21 Julai 2011
BERJALAN dari stesen LRT Dang Wangi ke Puduraya dan kemudiannya dari Puduraya ke KL Sentral merupakan satu pengalaman apatah lagi pada 9 Julai 2011.
Selepas memerhati demonstrasi reformasi 1998; kemudiannya perhimpunan Bersih 2007 dan Hindraf November 2007; suasananya jauh berubah walaupun tujuannya sama.
Wednesday, July 06, 2011
‘Peranan Pemimpin Atau Rakyat’, Utusan Malaysia, 6 Julai 2011
PEMIMPIN lahir daripada rakyat. Tanpa rakyat, siapalah pemimpin dalam konteks pemerintahan negara ini. Rakyat adalah 'raja' yang menentukan kedudukan seseorang pemimpin dalam konteks politik arus perdana hari ini.
Semua pemimpin dalam stratifikasi masyarakat baik dengan apa jawatan sekalipun sama ada di peringkat bawahan mahupun atasan, lahir daripada rakyat. Namakan mereka apa sahaja, pemimpin tetap wajar memiliki penjenamaan rakyat dalam diri mereka. Barulah, kepemimpinan daripada rakyat dan merakyatkan kepimpinan dilihat saling perlu memerlukan.
Tuesday, June 21, 2011
‘Mengurus Permainan Persepsi Politik’, Utusan Malaysia, 21 Jun 2011
Politik adalah persepsi. Ia adalah suatu 'permainan' yang bergantung kepada kebijaksanaan menangani, mengurus dan menyusun strategi untuk menang dengan menggunakan apa kaedah sekalipun.
Keyakinan dan kepercayaan dibina sama ada secara ikhlas ataupun melalui pembohongan. Manipulasi wujud dalam proses membina sokongan sehingga ada yang bertanggapan wujud keadaan terdesak untuk melabel dan menamakan musuh agar dapat meraih undi.
Tuesday, June 07, 2011
‘Bila Bersedia Untuk Pilihan Raya’, Utusan Malaysia, 7 Jun 2011
AKHIR-AKHIR ini, ramai yang berminat untuk mengetahui sama ada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU Ke-13) akan diadakan tidak berapa lama lagi. Baik Barisan Nasional (BN) mahupun barisan pembangkang, masing-masing menyatakan sudah bersedia.
Apakah makna di sebalik retorik 'sudah bersedia'? Bagaimanakah untuk menilai tahap persediaan? Adakah 'bersedia' bermakna masing-masing yakin akan mempamer prestasi jauh lebih baik dari PRU Ke-12 Mac 2008.
Benarkah, BN dan barisan pembangkang sudah mengambil iktibar daripada tsunami politik yang melanda ketika itu atau PRU Ke-13 perlu diadakan akibat desakan dalaman dan luaran agar kerajaan dapat menjalankan tanggungjawab mereka melangkaui politiking semasa?
Thursday, May 26, 2011
‘Kepunyaan Asas Perpaduan’, Utusan Malaysia, 26 Mei 2011
ASAS kekuatan negara ini adalah kepelbagaian. Warna-warni perbezaan kepercayaan, keturunan, agama, ritual, kebudayaan dan amalan yang diwarisi sejak turun-temurun diiktiraf dan diberi penghormatan sewajarnya. Kunjungan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Brickfields sempena Rumah Terbuka Hari Wesak di Buddhist Maha Vihara menunjukkan bahawa keharmonian perlu terus diperkukuhkan kerana ia dilihat sebagai 'khazanah'.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula di syarahan bertajuk 'Gabungan Golongan Sederhana dan Kefahaman Antara Tamadun' di Sheldonian Theatre, Universiti Oxford menyatakan pendirian beliau bahawa 'kesederhanaan' merupakan mekanisme terbaik untuk maju ke hadapan supaya keganasan, kebencian, ketakutan, kesangsian dan ketidakadilan dapat diatasi bersama.
Thursday, May 19, 2011
‘Temph Masa Kritikal Politik Negara’, Utusan Malaysia, 19 Mei 2011
Wednesday, April 27, 2011
‘Apa Isyarat Keputusan Pilihan Raya Sarawak’, Utusan Malaysia, 27 April 2011
SAYA turut berada di Sarawak ketika pilihan raya negeri tahun 2006 yang ketika itu boleh dijangka dengan mudah tetapi pilihan raya kali ini menguji kekuatan dan kelemahan politik kepartian yang diamalkan selama ini.
Akhirnya, apabila keputusan diumum, ia tidak memeranjatkan terutama yang mengikuti kempen tiga hari terakhir. Malahan, keputusan ini dianggap satu yang istimewa buat Barisan Nasional (BN) dalam suasana politik yang dipenuhi dengan kecemasan dan pelbagai andaian.
Thursday, April 14, 2011
‘Ujian BN Hadapi Pilihan Raya Sarawak’, Utusan Malaysia, 14 April 2011
PILIHAN Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-10 ini menyaksikan 213 calon menawarkan diri termasuk 41 calon Bebas. Dua pertiga kerusi menyaksikan pertembungan pelbagai penjuru termasuk tiga, empat, lima dan enam penjuru. Hanya di 27 kawasan memperlihatkan pertembungan ‘satu lawan satu’ bagi calon BN.
Yang menarik adalah tidak ada calon menang tanpa bertanding dan pilihan raya kali ini juga menyaksikan 16 calon wanita bertanding (BN, DAP dan PKR masing-masing empat calon, dua calon Pas dan PCM serta Bebas masing-masing seorang calon). Bilangan angka besar bertanding menunjukkan nilai kepercayaan yang tinggi ke atas pilihan raya sebagai cabang demokrasi yang diamalkan di negara ini walaupun akan ada faktor sampingan yang menjadi penarik dan penolak dalam keputusan bertanding.
Thursday, April 07, 2011
‘Najib Selepas Dua Tahun Sebagai PM’, Utusan Malaysia, 7 April 2011
SUDAH genap dua tahun sejak Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih kepimpinan negara. Sepanjang dua tahun ada pasang surutnya. Ada zaman kegemilangan dan zaman yang penuh onak dan duri, cabaran pula menggunung tinggi.
Apakah signifikan kepimpinan Najib sejak 3 April 2009? Sewaktu Najib mengambil alih tadbir urus kepimpinan negara, beliau berhadapan dengan suasana politik yang tidak menentu, krisis ekonomi global dan hubungan etnik yang rapuh.
Seiring dengan persekitaran sedemikian, Najib telah mengemukakan beberapa gagasan besar untuk dijadikan dokumen rujukan sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri. Ini termasuklah konsep 1Malaysia, Pelan Transformasi Kerajaan (PTK), Pelan Ekonomi Kerajaan (PTE), RMK-10 dan Model Baru Ekonomi (MBE) yang membolehkan ‘pasukan’ beliau diberikan penelitian pencapaian jika sokongan ke atas kepimpinan Najib mahu diterjemah kepada sokongan terhadap parti yang beliau pimpin hari ini pada PRU-13 nanti.
Wednesday, March 16, 2011
‘Jaguh Rakyat’- BN atau Pembangkang?, Utusan Malaysia, 16 Mac 2011
Mengimbas semula selepas tiga tahun, pasca pilihan raya umum (PRU) ke- 12 menunjukkan bahawa keadaan yang penuh emosi dan provokasi serta keadaan tidak menentu kembali reda walaupun politiking masih berterusan. Perak kembali ditadbir oleh Barisan Nasional (BN) dan perubahan kepimpinan berlaku dalam parti serta lima Ahli Parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) memilih untuk keluar dan menjadi wakil rakyat Bebas.
Tiga tahun merentasi pasca PRU Ke-12, banyak pencapaian dan cabaran yang boleh diperihalkan. Berlaku pertukaran baton kepimpinan dalam BN secara teratur dan licin dari Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak. Ia membawa suntikan baru dengan kesungguhan dan keazaman Najib untuk mentransformasi parti dan tadbir urus kerajaan. Dari saling tuduh menuduh pada peringkat awal kekalahan pilihan raya, beliau membina semula 'pasukan' ini untuk bersama.
Friday, February 25, 2011
‘Sudah Bersediakah BN?’, Utusan Malaysia, 25 Februari 2011
SEJAK Konvensyen Barisan Nasional (BN) pada Disember 2010, Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak secara berterusan bertemu dengan pelbagai lapisan pemimpin.
Ekoran itu, ramai pihak menafsirkan bahawa Parlimen akan dibubar dan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan diadakan tidak lama lagi. Benarkah BN sudah bersedia untuk berhadapan dengan PRU-13? Mampukah BN kembali meraih cemerlang sebelum PRU-12 pada 2008? Benarkah BN akan sekadar berpuas hati dengan keputusan yang hampir sama dengan PRU 2008 atau berpuas hati dengan peningkatan beberapa kerusi sahaja?
Tuesday, February 22, 2011
‘Mengingati Ikon 1Malaysia’, Utusan Malaysia, 22 Februari 2011
PADA tanggal 22 Februari 1992, Allahyarham Sudirman Haji Arshad menghembus nafas terakhir ketika berumur 38 tahun. Penghibur Nombor 1 Asia ini merupakan seorang ‘penghibur’ asli yang bukan sahaja boleh menyanyi, menari mahupun melukis, malahan mempunyai kelulusan jurusan undang-undang Universiti Malaya.
Selepas 19 tahun, dunia seni masih belum mempunyai pengganti ‘penghibur’ seperti Sudirman. Walaupun ramai yang muncul dan hilang serta pada waktu yang sama tidak dinafikan industri seni sudah berkembang hebat tetapi ‘Sudirman tetap Sudirman’ walaupun Datuk Siti Nurhaliza turut memenangi Anugerah Penghibur selepas Sudirman. Barangkali masing-masing ada kekuatan dan keistimewaannya.
Tuesday, February 08, 2011
‘Dari Tenang Ke Merlimau’, Utusan Malaysia, 8 Februari 2011
BERAKHIR sudah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, kini masing-masing sama ada Barisan Nasional (BN) mahupun barisan pembangkang akan menjadikan DUN Merlimau destinasi berikutnya.
Keputusan Tenang mengekalkan status quo kepada BN dengan kemenangan majoriti 3,707 undi berbanding 2,492 undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Mac 2008. Walaupun ramai menyatakan keyakinan BN akan menang selesa dan rata-rata membuat anggaran majoriti yang sama, namun apakah isyarat pengundi sebenarnya? Adakah kemenangan BN dan kekalahan Pas mempunyai nilai signifikan ke atas pola pengundian umum yang boleh digeneralisasikan di peringkat kebangsaan?
Tuesday, January 25, 2011
‘KPT Menerajui Transformasi’, Utusan Malaysia, 25 Januari 2011
Bertemakan 'Pengajian Tinggi Ke Arah Transformasi Negara', Menteri Pengajian Tinggi (KPT) Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah menyampaikan amanat tahun 2011 beliau di Putrajaya Iternational Convention Centre (PICC) pada Isnin minggu lalu.
Ia merupakan kesinambungan daripada saranan tahun 2010 yang bertemakan 'Kualiti, Inovasi & Keserakanan' seiring dengan usaha menjadi pengajian tinggi sebagai jambatan yang bersedia berkongsi kepakaran, melahirkan modal insan dan mengutamakan kerjasama yang berterusan dalam usaha meningkatkan pencapaian dan kejayaan serta kecemerlangan secara berterusan.
Tuesday, January 04, 2011
‘Cabaran 2011 Untuk Najib’, Utusan Malaysia, 4 Januari 2011
Ramai meramalkan 2011 merupakan ‘tahun pilihan raya umum’ dengan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak memasuki fasa kedua selepas mengambil alih tadbir-urus negara pada April 2009.
Sejak Najib memimpin, pelbagai dasar dan agenda dilancar, diumum dan disampaikan. Pelan Transformasi Kerajaan (PTK), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Pelan Transformasi Ekonomi (PTE), Model Baru Ekonomi (MBE), Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dan 1Malaysia merupakan ‘Doktrin Najib’.
Wednesday, December 29, 2010
‘1Malaysia Paksi Patriotisme’, Utusan Malaysia, 29 Disember 2010
Wednesday, December 22, 2010
‘Kuatkah Pembangkang, Lemahkah BN?’, Utusan Malaysia, 22 Disember 2010
SEPANJANG 33 bulan selepas pilihan raya umum 2008, senario politik arus perdana sudah merentasi pelbagai rintangan. Walaupun di peringkat awal wujud andaian bahawa keadaan adalah tidak menentu tetapi selepas April 2009 sehingga kini, suasana sudah berubah. Ia membabitkan transisi kepimpinan dan kemudiannya disusuli dengan 'Doktrin Najib' sebagai asas transformasi nasional.
Malah, populariti Datuk Seri Najib Tun Razak melonjak naik sehingga 72 peratus berbanding dengan 56 peratus ketika mengambil alih teraju pentadbiran negara. Ia berbeza dengan pakatan pembangkang yang pada awalnya menerima sokongan daripada pelbagai kelompok berasaskan kepada harapan tinggi untuk menunjukkan ia merupakan pilihan yang konstruktif sebagai pesaing kepada Barisan Nasional (BN). Bagaimanapun sokongan itu telah merudum walaupun penyokong tegar akan terus menyatakan ia masih mendapat mandat besar tanpa menyedari blok besar sokongan pada pilihan raya lalu adalah dari mereka yang melakukan undi protes dan pengundi atas pagar.
Tuesday, November 30, 2010
‘Siapa Pemimpin Kaum India’, Utusan Malaysia, 30 November 2010
PARTI MIC akan mempunyai presiden baru selepas Datuk Seri Samy Vellu mengumumkan persaraannya secara hakiki pada 6 Disember ini. Ia dilihat sebagai pemangkin ke arah kesinambungan perubahan dalam memperkukuhkan parti menerusi barisan kepimpinan baru.
Ia juga berlaku ketika senario politik masyarakat India masih bergelut untuk mencari nilai kepimpinan sebenar bagi masyarakatnya.
Tuesday, November 16, 2010
‘Keahlian Terus Barisan Nasional’, Utusan Malaysia, 16 November 2010
BARISAN Nasional (BN) dijangka mengadakan konvensyennya pada 28 November 2010. Antara penjenamaan yang dijangka mewarnai konvensyen ini adalah usaha melobi keahlian terus secara individu untuk menjadi ahli BN tanpa perlu menjadi ahli parti komponennya.
Selepas keputusan pilihan raya tahun 2008, ramai berpandangan BN perlu menukar wajah sebagaimana yang dilakukan pada tahun 1973 ketika ia berubah daripada Parti Perikatan kepada Barisan Nasional. Persekitaran politik semasa menunjukkan bahawa BN perlu memenuhi ekspektasi umum dan pada waktu yang sama mengharungi cabaran politik landskap arus perdana.
Tuesday, November 02, 2010
‘Amanat Najib, Galas dan Batu Sapi’, Utusan Malaysia, 2 November 2010
Tuesday, October 05, 2010
‘Bermula Transisi Samy Vellu’, Utusan Malaysia, 5 Oktober 2010
S. Samy Vellu (kiri) mendengar bisikan timbalannya G.Palanivel pada Perhimpunan Agung MIC Ke-63 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra pada 2009. |
Tuesday, September 21, 2010
‘Pelengkap Wawasan 2020’, Utusan Malaysia, 21 September 2010
Konsep 1Malaysia merupakan antara gagasan induk pemikiran pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diperkenalkan ketika beliau mengambil- alih teraju kepimpinan negara. Sejak mukadimahnya, konsep itu diberikan nilai pengukuhan yang dominan terutama dari sifatnya yang dikatakan sebagai satu kesinambungan daripada konsep, gagasan, manifestasi mahupun agenda kepimpinan yang lalu.
Bermakna, sejak merdeka sehingga detik 1 Malaysia, ia mencerminkan satu pendekatan yang mempunyai matlamat yang sama berpaksikan kepada usaha berterusan kesemua kepimpinan untuk memastikan rakyat hidup sejahtera dan secara berterusan cuba memperbaiki kualiti kehidupan agar masyarakat dapat menikmati limpahan kekayaan sumber bersama tanpa ada gugatan ke atas kemajmukan anggota masyarakat.